04/04/2018
💥
= Mr Han Gill Park
. 💥
CEO Atomy, Mr Han Gill Park telah di diagnos dengan kanser hati tahap akhir dan kencing manis yang serius. Pada masa itu, doa Mr Han Gill Park telah termakbul. Mr Han Gill Park telah diperkenalkan dengan HEMOHIM oleh kawan-kawannya yg berkerja sebagai Saintis terkemuka dengan KAERI (Institut Tenaga Atom Korea), sebuah Institut kedua terbesar di dunia. Dan selepas pengambilan ubat serta HemoHim selama beberapa tahun, Mr Park telah sembuh.
Pada suatu hari ketika Mr Han Gill Park sedang menonton satu berita di TV, beliau telah mendapat tahu KAERI telah menemui kaedah Sains berteknologi tinggi untuk menghasilkan kosmetik dari bahan2 herba2 segar TANPA dimasak, iaitu melalui Penulinan Teknologi Tinggi dan 100 kali ganda jauh lebih baik daripada kosmetik yang sedia ada di pasaran, dimana kosmetik yg sedia ada di pasaran menggunakan kimia yang banyak untuk mengeluarkan toksin, warna serta bau herba2 yang digunakan.
Mr Han Gill Park mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pengarah di sebuah syarikat kosmetik dan dia menyedari teknologi yang sedia ada adalah tidak secanggih teknologi KAERI, seperti yang telah dilihat nya dalam berita TV tersebut, dimana kaedah lama TIDAK dapat mengekstrak pati/khasiat dari herba2 yang segar kerana ia terpaksa dimasak dan hasilnya hanyalah herba2 yang hangus dan hitam, dan ini tidak dapat dijadikan sebagai kosmetik/produk penjagaan wajah .
Sebelum Atomy ditubuhkan, HemoHim telah dijual
oleh syarikat 'SunBiotech', iaitu dengan harga 770,000 won (RM2,900) sekotak, malah ada yang menjual lebih mahal daripada itu. Ini adalah kerana penjualan HemoHim terpaksa melalui pelbagai agensi2 penjualan, dan akhirnya sampai kepada pengguna dengan harga yang sangat mahal.
Ini adalah bertentangan dengan hasrat kerajaan kerana hanya agensi2 penjualan yang mengaut keuntungan dan tidak memberi manfaat kesihatan kepada rakyat negara Korea Selatan. Oleh itu, Kerajaan Korea Selatan telah memberi kepercayaan kepada Mr Han Gill Park untuk menjual HemoHim serta produk2 kosmetik berunsurkan herba2 Organik segar dengan membuka pasaran antarabangsa yang sekaligus akan menyumbang kepada pendapatan tukaran asing yang besar dan menguntungkan Negara Korea Selatan.
Selepas perbincangan dan penyelarasan bersama Kerajaan Korea Selatan, pada bulan Ogos 2009, Mr Han Gill Park telah menubuhkan MLM Atomy, didaftarkan di bawah syarikat 'SunBiotech', hasil kaloborasi dua syarikat besar 'The Korean Atomic Energy Institute' (KAERI) & Korea Kolmar. Dan untuk mematuhi prinsip-prinsip Kesihatan Kebangsaan Korea sekaligus dapat menyumbang kepada Negara Korea Selatan, Presiden Park telah dengan berani membuat pembaharuan dengan menggunakan Internet sebagai Pusat membeli-belah dalam talian dengan konsep Pemasaran Langsung (Online Shopping Mall with Multi Level Marketing concept).
Atomy telah ditubuhkan bukan sahaja untuk pengguna menjadi pelanggan biasa, tetapi juga memberi peluang kepada pengguna/pelanggan untuk berjaya didalam perniagaan bertaraf dunia.