16/05/2022
“Man, saya nak stop Takaful sebab baru beli kereta ke-2”
Kita selalu utamakan Takaful untuk DIBERHENTIKAN bila kita (rasa) kita nak upgrade kehidupan,
Dengan membeli rumah baru atau,
Kereta baru, kita sebenarnya melakukan kesilapan besar dalam membuat Perancangan Kewangan.
Mengikut kaedah Perancangan Kewangan yang betul, selepas dari kita berjaya mendapatkan pendapatan tetap setiap bulan,
Langkah seterusnya adalah untuk melindungi pendapatan tersebut dari bencana kewangan, dengan mengambil Takaful:
1) Income Replacement
Satu pelan khas diambil untuk mengganti Pendapatan Bulanan jika kita ditimpa musibah akibat sakit kritikal atau kemalangan.
Gaji kita akan diganti oleh pampasan dari Takaful. Ramai tak tahu ni.
2) Income Protection
Ini ramai tahu sebab nak masuk hospital swasta mewah & selesa.
Nak masuk hospital swasta kena ada medical card. Kita carum sikit kepada Takaful, tapi Takaful cover juta-juta setiap tahun.
Tapi still ramai masih belum ada..
Dua-dua ni kena ada dan ada method pengiraan tertentu dan berbincanglah dengan Takaful advisor yang berpengalaman untuk mendapatkan jumlah perlindungan yang optimum untuk anda.
Jika kita terpaksa memberhentikan Takaful untuk memiliki kehendak yang lain, bermakna kita belum mampu.
Musibah hidup ada 3D:
1) Death
2) Disability (hilang upaya)
3) Disease (penyakit-penyakit kritikal: cancer, heart attack, kidney failure, etc)
Tambah atau naikkan pendapatan kita terlebih dahulu, tapi bukan dengan cara memberhentikan Takaful.
If tak faham kenapa, cuba tengok Financial Pyramid tersebut, jika anda terus [melompat] kepada investment tanpa ada perlindungan Takaful yang mantap terlebih dahulu,
Anda memang akan menarah duit tabungan/ investment yang tak berapa nak ada atau tak banyak itu.
Kos perubatan amat tinggi & belum tentu simpanan/ investment anda mencukupi.
(Cuba google kos perubatan penyakit kritikal. Pasti anda terkejut)
Faham sekarang?
Okay, go and apply your Takaful now! 🥰🥰