05/08/2025
Pernah tak kita terfikirโ
Kenapa eh Orang ISLAM kena ambil TAKAFUL ๐ค
Sama je dengan INSURANS pun? Emm..
Sebenarnya, TOTALLY TAK SAMA.
Product sahaja yang kebiasaannya sama.
In fact, konsep nya pun berbeza, di mana;
- Insurans : jual beli, memindahkan risiko
- Takaful : sedekah & berkongsi risiko
Tapi BUKAN KONSEP yang saya nak tekankan hari ni, akan tetapi tentang MAQASID SHARIAH yang kita nak kupaskan.
Tahu kan, sebagai orang ISLAM, kita dituntut untuk seiringkan kehidupan kita dgn MEMELIHARA 5 prinsip seperti gambar dekat atas ni?
Macam mana cara kita nak seiringkan?
1) Hifz al-Deen (Memelihara agama)
- Kita dituntut untuk sentiasa mencari yang HALAL, dan meninggalkan yang haram.
- โ Mencari yang PATUH SHARIAH dan meninggalkan yang tidak.
- โ Pernah ada seorang ejen INSURANS, tetapi orang ISLAM, katanya โtakpe, dia memang insurans tapi dana yang disalurkan adalah dana shariah.โ SALAH kalau macam ni, kenapa?
- โ pernah dengar ayat ni? Masuk ke dalam Islam secara Kaffahโ iaitu Masuk ke dalam Islam secara Menyeluruhโ. (Surah alBaqarah, ayat 208)
- โ Salah untuk kita kalau nak ambil yang mudah sahaja.
2) Hifz al-Nafs (Memelihara Nyawa)
- โ kalau jatuh sakit, kita perlu ikhtiar untuk dapatkan rawatan SEGERA.
- โ untuk elakkan kita daripada beratur panjang untuk mendapatkan rawatan
- โ jadi, kita boleh ikhtiar dgn lindung diri kita menggunakan takaful utk dapatkan rawatan yang cepat.
3) Hifz al-Aqlโ (Memelihara Akal)
- dengan adanya takaful, kita akan ada ketenangan minda yang mana, sekiranya jatuh sakit, kita tak perlu pening untuk cari duit nak bayar kos rawatan. Sekiranya didiagnosis sakit kritikal, kita tak risau akan komitmen sebab kita dah ada pelan pengganti gaji.
4) Hifz al-Nasl (Memelihara Keturunan)
- Dalam Surah Al Baqarah ayat 240, โDan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya.
- โ kita dituntut untuk meninggalkan nafkah sekurangnya2 setahun untuk waris kita iaitu isteri dan anak2.
- โ Dalam Hadith Riwayat al Bukhari pun ada sebut, โTinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.
- โ andai kita tiada meninggalkan harta, tinggalkan hibah sebagai pengganti.
- โ LIFE INSURANCE murah? Ingatkan? Kita dituntut untuk mengambil yang HALAL & PATUT SHARIAH?
- โ Dan yang paling penting untuk kita tahu, Life Insurance adalah INSTANT ESTATE, bukan HIBAH.
- โ Penama hanyalah sebagai Pentadbir, bukan PENERIMA MUTLAK.
5) Hifz al-Mal (Memelihara Harta)
- sebagai orang Islam, kita dituntut supaya pelihara harta kita dengan memastikan harta kita TIDAK BERKURANG, apatah lagi kita JATUH MISKIN.
- โ jadi kita boleh gunakan TAKAFUL untuk lindung SIMPANAN kita. Tak perlu keluar duit simpanan untuk bayar Kos Perubatan.
- โ gunakan TAKAFUL untuk selesaikam komitmen kita, jaga SIMPANAN kita untuk LEGASI & SEDEKAH.
Kalau kita dah terbeli INSURANS, takpe, BELUM TERLAMBAT untuk mulakan dengan TAKAFUL sekarang.
Mulakan di DUNIA sebagai bekalan kita di AKHIRAT.