Perunding Takaful Anda

Perunding Takaful Anda Merupakan Full Time Takaful Agent di Bawah Syarikat Great Eastern Takaful.

Menyediakan perkhidmatan review polisi sedia ada, Plan Hibah/Cacat Kekal, Plan Sakit Kritikal, Plan Medical dan lain-lain.

Tak kisah lah berapa tinggi pun taraf pendidikan kita,Berapa banyak pun pengalaman kita,Berapa tua pun umur kita, kena s...
14/02/2025

Tak kisah lah berapa tinggi pun taraf pendidikan kita,Berapa banyak pun pengalaman kita,Berapa tua pun umur kita, kena sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin tunduk.

Setiap orang yang kita jumpa tu, mesti akan ada sesuatu yang kita boleh belajar daripada dia.

Kalau nak berjaya dan kekal lama dalam industri takaful ni, memang kena banyak korbankan masa untuk belajar dan berguru dengan orang yang lebih berpengalaman.

Hari ni cedok ilmu sikit dengan Group Manager(GM) yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri insuran dan takaful ni.

2 jam perbincangan yang penuh dengan input💪🏼.,

P/S- jauh GM aku tenung🤣😂., kalau dia pon tenung sejauh itu, apatah lagi ejen dia punya tenungan, memang tembus lah dinding tadi🤣🤣🤣.,

First Major claim tahun 2025 ni. ACL Surgery dengan total kos RM 49,103. ============•••••=====•••=====•••••===Kemalanga...
13/02/2025

First Major claim tahun 2025 ni. ACL Surgery dengan total kos RM 49,103.
============•••••=====•••=====•••••===

Kemalangan kalau nak jadi, kita pun tak akan boleh jangka. Macam Klien MK sorang ni, tengah bers**an tib-tiba tersalah landing, koyak ACL, PCL, dan meniscus.😅

Untuk kes-kes berkaitan kemalangan ni, memang tak ada tempoh menunggu. Terus boleh guna manfaat medical.

Klien dah ambil polisi dah 3 tahun, dan pertama kali nak guna manfaat medical beliau. Warded satu malam di hospital, esoknya dah boleh keluar dan berehat kat rumah.

Bila kita ada medical card ni kawan-kawan, kita ada pilihan. Pilihan untuk memilih hospital, rawatan, dan persekitaran yang boleh membantu dalam proses penyembuhan kita.

Bila kita sakit, kita taknak menyusahkan orang sekeliling dan persekitaran sekeliling yang selesa juga membantu untuk proses kita sembuh.

Everything comes with a price. Invest in your health. Cipta satu tabung kesihatan untuk diri sendiri sekarang!😃

Daripada seorang klien, dan dah pernah beberapa kali menggunakan manfaat medical card, hari ni beliau decide untuk sama-...
12/02/2025

Daripada seorang klien, dan dah pernah beberapa kali menggunakan manfaat medical card, hari ni beliau decide untuk sama-sama dalam industri untuk sebarkan kepentingan takaful💪🏼💪🏼💪🏼.,

Alhamdulillah hari ni ambil exam TBE (Takaful Basic Examination) dan LULUS dengan Cemerlang 😬🥳🥳🥳.

Kawan-kawan yang berminat nak join industri secara part time @ fulltime jom sama-sama join team MK dan Agensi SG (SuperGroup) kami. InsyAllah kita support kiri kanan depan belakang💪🏼💪🏼💪🏼🔥🔥🔥🔥

Setiap kali nak hantar permohonan takaful, ada beberapa set soalan berkenaan tahap kesihatan yang perlu dijawab.Setiap s...
10/02/2025

Setiap kali nak hantar permohonan takaful, ada beberapa set soalan berkenaan tahap kesihatan yang perlu dijawab.

Setiap soalan ini sangat detail dan perlu dijawab dengan jujur untuk mengelakkan masalah untuk claim di kemudian hari.

Bahagian ni juga lah sangat main peranan dalam menentukan etika seorang ejen takaful dan juga kejujuran seorang klien.

MK selalu pesan pada klien-klien yang baru nak mohon, biar kita susah payah masa nak mohon takaful asalkan masa nak claim nanti tak kan ada masalah✌🏼😀😊.

Appointment pagi hari di hujung minggu bersama orang kuat QA Biocon ni😬..Antara klien terawal MK dulu, Dulu masa nak amb...
08/02/2025

Appointment pagi hari di hujung minggu bersama orang kuat QA Biocon ni😬..

Antara klien terawal MK dulu, Dulu masa nak ambil takaful dia siap pesan “Din datang bawak kalkulator sekali” sebab nak buat kira-kira😅.

Sejam dua juga bincang and last-last member ambil bayar setahun terus. Siapa sangka sejak mencarum dah 2 kali guna manfaat medical kad beliau.

Pertama sebab appendix dan kedua sebab denggi. Total kos kedua-dua bill cecah hampir RM 30,000 jugak😌.

Hari ni jumpa kita review semula sijil takaful sedia ada dan tambah apa yang patut.

3 jam sembang tak terasa. Banyak benda yang nak disembangkan, dah kerja ni masing-masing pun dah sibuk.

Ada rezeki kita jumpa lagi di lain hari InsyaAllah.

Dulu masa kerja hakiki, masuk kerja pukul 8.30 pagi balik pukul 5.30 petang, rasa macam dah penat sangat dah.😅 lama-lama...
07/02/2025

Dulu masa kerja hakiki, masuk kerja pukul 8.30 pagi balik pukul 5.30 petang, rasa macam dah penat sangat dah.😅 lama-lama ada satu perasaan tak best dan macam berat sangat nak pergi kerja.🫠

Sekarang bila dah kerja yang kena uruskan masa sendiri ni, kadang-kadang awal pagi dah keluar rumah dan balik pun kadang-kadang lewat malam sebab appointment dengan klien, termasuklah hujung minggu.😌

Penat tu memang ada, tapi somehow macam tak terasa sangat. Betul lah orang cakap, kalau sesuatu benda yang kita buat tu adalah benda yang kita s**a, kita akan buat dengan perasaan yang best, dan akan bagi yang terbaik juga😬

Jadi, tak kisahlah kerja apa pun yang kita buat, pastikan kita s**a dengan apa yang kita buat😌.,
Hidup ni penuh dengan pilihan kan😉.

Sekian coretan di pagi jumaat.🤣


Bila kita sakit, kalau boleh kita takmau pun duduk lama-lama di hospital. Kalau boleh lagi cepat sihat, lagi baik supaya...
06/02/2025

Bila kita sakit, kalau boleh kita takmau pun duduk lama-lama di hospital.

Kalau boleh lagi cepat sihat, lagi baik supaya kita dapat balik rumah dan lakukan aktiviti rutin macam biasa.

Hanya Tuhan yang punya kuasa menyembuhkan. Akan tetapi, manusia itu diberi ilmu, dan dengan ilmu kita berusaha mencari jalan macam mana nak membantu supaya proses penyembuhan itu dapat dipercepatkan.

Beberapa hari lepas salah seorang klien MK buat ‘major surgery’ di kaki beliau.

Hanya duduk semalam di hospital dan boleh balik keesokan harinya dan Total bill RM 50,000++(nanti MK share di next posting).

Klien ni ada ambil manfaat elaun harian wad dalam plan medical card beliau.

Lepas saja keluar wad, elaun wad RM 75 akan terus dikreditkan masuk ke akaun klien selepas beberapa hari.

Lagi cepat kita sembuh, lagi cepat kita boleh kembali melakukan rutin harian kita😉

Plan simpanan+Hibah terbaru daripada Great Eastern. Yang dah ada sakit pun boleh mencarum!!Untuk kawan-kawan yang nak di...
05/02/2025

Plan simpanan+Hibah terbaru daripada Great Eastern. Yang dah ada sakit pun boleh mencarum!!

Untuk kawan-kawan yang nak diversify simpanan, mungkin boleh allocate sebahagiannya di plan ni. Caruman Serendah RM 150 sebulan sahaja!.

Kawan-kawan Yang dah ada sakit@permohonan takaful pernah ditolak sebelum ni, ini peluang untuk sediakan Hibah buat yang tersayang😉.,
Yang nak sediakan retirement fund pon sangatlah digalakkan😃.

Ada extra benefit pampasan kematian Hibah 2x ganda (kemalangan dalam negara) dan 3x ganda (kemalangan di luar negara).

Nilai return selepas tamat tempoh polisi pun boleh cecah 2x ganda nilai caruman kita(anggaran)😀.,

Dah besar dah Dak Aqil, klien uncle Din sorang ni.Dulu servicing untuk medical dia sorang ja, sekarang satu family dah a...
04/12/2024

Dah besar dah Dak Aqil, klien uncle Din sorang ni.

Dulu servicing untuk medical dia sorang ja, sekarang satu family dah ada protection dengan Great Eastern Takaful. Total semua 6-7 sijil takaful untuk satu family.

Terima kasih kak for the trust dari dulu sampai sekarang👍🤗❤️.

Semoga dak Aqil cepat sembuh🤲🏼.
*pic sharing atas consent daripada klien.

Perkongsian rakan Ejen Takaful satu agensi di meeting lepas. Berkongsi pengalaman beliau sendiri diuji dengan Kanser.Amb...
22/11/2024

Perkongsian rakan Ejen Takaful satu agensi di meeting lepas. Berkongsi pengalaman beliau sendiri diuji dengan Kanser.

Ambil sijil takaful pertama pada tahun 2012.
Diuji dengan kanser pada tahun 2023.

Kita pun tak tahu bila kita akan diuji dengan sakit. Siapa sangka kan?

Kos rawatan keseluruhan berjumlah RM 236,469.70 dibayar oleh Great Eastern Takaful.

Beliau juga ada ambil sijil pampasan untuk sakit kritikal berjumlah hampir RM 200,000.

Bila kita dah sakit, sebenarnya lagi banyak duit yang kita perlukan sebab kita dah tak boleh bekerja, dan komitmen bulanan kita berjalan seperti biasa.

Tahu tak kawan-kawan sebenarnya setiap dari kita ni, dalam badan memang ada satu genes (proto-genes) iaitu genes yang boleh bermutasi dan menyebabkan kanser. (Oncogenes).

Canggih kan teknologi perubatan sekarang? 😬😬Kita pulak yang amazed😀.Ni salah satu teknologi terbaru dalam endoskopi. Dal...
08/10/2024

Canggih kan teknologi perubatan sekarang? 😬😬
Kita pulak yang amazed😀.

Ni salah satu teknologi terbaru dalam endoskopi. Dalam kapsul tu ada kamera 360 darjah untuk view unusual event kat kawasan usus kecil.

Kqpsul ni pakai buang tau. Sekali telan berharga
RM 2,000😬. Benda yang tak boleh halang dalam perubatan adalah advancement of technology, to increase precision and lower the exposure to any risk.

Bill RM 33,374.75 selama 4 hari warded akibat Cyst pecah dan endometriosis.——————————————————————————Antara klien terawa...
19/09/2024

Bill RM 33,374.75 selama 4 hari warded akibat Cyst pecah dan endometriosis.
——————————————————————————
Antara klien terawal MK yang support masa buat part time takaful dulu.

Polisi dah lebih 5 tahun, dan ini kali pertama klien menggunakan manfaat medical beliau. Dan Dia sendiri pun tak sangka akan diuji dengan sakit yang macam ni.

Kawan-kawan, takaful ni dia bukan macam panadol, bila dah sakit atau dah ada simptom baru kita nak makan.

Tapi, ianya ibarat alat pemadam api, kita beli dari awal dan simpan, kita tak tahu bila kita akan guna, tapi bila saat diperlukan kita tahu ianya sangat membantu.😉

Address

15 Jalan Kebudayaan 12, Taman Universiti, Skudai
Johor Bahru
81300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Takaful Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share