15/07/2025
Alhamdulillah hari ni Abg Zand dapat first booking Chery Tiggo Cross Hybrid. Sebenarnya agak lambat juga nak dapat close customer beli Tiggo Cross Hybrid ni, sebab waktu pelancarannya ada persaingan dengan model kereta nasional yang seRival dengannya. Abg Zand pun dah agak, customer akan tunggu dan buat perbandingan dulu.
Tapi takpe, rezeki akan datang tepat pada waktunya. Ceritanya 1st booking ni adalah dari seorang Uncle Chinese. Minggu lepas dia dah datang tapi dia tak berani nak 'Test Drive". Dia suroh anak dia drive, dia duduk belakang sambil ambik "FEEL". Orang lama ni dia ada style tersendiri, dia tak akan "make it simple" dalam membuat keputusan. Apa yang dia fikir adalah apa yang orang muda tak fikir.
Selepas anaknya habis "Test Drive" Abg Zand Offer la Uncle tu pulak. Dia jawab senang je, "I takut nak bawak kereta orang..." Abg Zand jawab la, no problem la Uncle, kereta ni ada insurance punya.. Dia tetap menolak. Akhirnya harini ni datang balik tanpa buat temu janji, kebetulan pulak Abg Zand on duty lg. Betul la rezeki tak salah alamat, jumpa balik dengan Abg Zand.
Kali ni dia datang nak "Test Drive" pulak. Dia cakap... " i dah pegi tengok kereta X tu, tapi...." Bla..bla.. bla... Uncle tu cakap la apa yg dia tak s**a. Dia kata "Chery juga bagus, satu kereta semua ada, harga pun reasonable, tak macam X tu nak ada itu mau ambik mahal punya... Haiyaaa..." Abg Zand layan je la celoteh dia dengan wife dia. Tapi Uncle ni memang kelakar la.
Lepas "Test Drive" macam biasa la Abg Zand ajak mereka masuk, duduk dulu sambil Abg Zand ambilkan mereka Kopi yang di Blend fresh-fresh punya dengan karipap kentang. Mereka cakap "Wahhh Chery so special la, bagi customer Coffee mahal punya, kuih tradisional, ini macam saya sangat s**a wooo..." Kebetulan mereka belum sempat sarapan. Abg Zand pun jawab la.. "Ini biasa je Uncle, hari-hari pun ada, kalau Uncle beli kereta Chery boleh la selalu servis kat sini, ada Fresh Coffee denga kuih.." Uncle tu cakap "I mesti beli Chery la macam ni..." Abg Zand terus la hulur mesin swipe card, sekali betul-betul Uncle tu keluarkan debit card dia, haha... "Tettt..." swipe RM500 booking fees. Alhamdulillah...
Tiber Uncle tanya "I sudah umur 77 boleh loan tak?" abg zand jawab seloroh.. "Aiyoo Uncle, bank sudah tanak bagi Uncle bayar interes lagi la Uncle, duit Uncle pun mesti sudah tak muat lagi dalam bank tu, baik beli cash je la Uncle, senang..." Tergelak besar Uncle tu... "Wah pandai cakap la engkau... Ok la i beli cash saja la senang, bila boleh dapat kereta?" Steady la uncle ni... "Ok Uncle, booking dulu, next month sudah boleh dapat kereta, don't worry, i tolong Uncle dapatkan kereta cepat..."
*Kita pendekkan cerita, tunggu lah Uncle tu ambik kereta dia nanti, penat dah Abg Zand nak taip...
Nak beli kereta? Cari Abg Zand | 019-712 0077