Ilham Iskandar Flying Agent

Ilham Iskandar Flying Agent Prudential Wealth Planner
Full Time Agent

https://wa.me/message/ZLZ7YSUNQV5ON1

Providing Medical Insurance Coverage, Life Insurance and Investment.

Hello Everyone,I would like to share with you some points before purchasing coverage for yourself or your love ones. Mos...
01/10/2021

Hello Everyone,

I would like to share with you some points before purchasing coverage for yourself or your love ones. Most of the people are not so sure about waiting period, pre-existing conditions & exclusion. So here, I would love to let you know about it. Do not hesitate to ask me if you have any questions.

-The Flying Agent-

Banyak lagi kegunaan Hibah Takaful yang saya nak share pada anda. Ok ke ok? Jom saya kirakan dulu, baru fikirkan kemudia...
13/09/2021

Banyak lagi kegunaan Hibah Takaful yang saya nak share pada anda. Ok ke ok? Jom saya kirakan dulu, baru fikirkan kemudian 😊

-The Flying Agent-

Anda kenal benda alah tu? 😊Bagi anda yang kenal & masih belum ada sebarang perlindungan. Anda harus membuat perlindungan...
09/09/2021

Anda kenal benda alah tu? 😊

Bagi anda yang kenal & masih belum ada sebarang perlindungan. Anda harus membuat perlindungan diri sebelum menyaring kesihatan anda. Jom saya bantu anda beri penerangan & permohonan perlindungan secara percuma. Jangan takut..anda diberikan masa selama 14 hari selepas permohonan untuk membuat keputusan. Permohonan juga boleh dilakukan secara atas talian bagi memudahkan pelanggan.

The Flying Agent
012.7769736

25/08/2021

“TAKAFUL TIDAK MEMBUATKAN KITA KAYA TETAPI DAPAT MENYELAMATKAN EKONOMI KELUARGA”

Itulah perumpamaan yang sering aku dengarkan ketika aku masih muda dan tidak tahu apa itu takaful. Yang aku tahu takaful ni adalah Insurance, Insurance mesti nak jual kad perubatan. “Nanti dulu lah, aku muda lagi, biasa yang sakit ni kebanyakkannya orang yang sudah berumur. Nanti aku ambik lah” suara yang selalu bermain dalam kepala otak..

Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang hamba Allah ni, ahli keluarganya ditimpa musibah yang menyebabkan 2 orang sekali gus menghidap kanser yang berlainan. Kehidupan mereka bertukar dalam sekelip mata setelah salah seorang mata sumber pencarian rezeki jatuh sakit, tidak dapat meneruskan pekerjaannya & anaknya juga jatuh sakit pada masa beliau diuji yang ketika itu masih bersekolah. Kehidupan yang sebelum ini mewah, kini terpaksa dicatu. Bebanan untuk menampung kos perubatan yang tinggi, menyebabkan kesemua wang simpanan dikeluarkan demi menampung kedua-dua kos rawatan. Tidak cukup dengan wang simpanan, seluruh aset juga terpaksa dilepaskan demi mengumpul dana untuk meneruskan kehidupan & membayar hutang di hospital. Satu per satu aset yang telah dikumpul setelah sekian lama, kini lesap hanya kerana sakit..

Persepsi ku terhadap takaful terus berubah, sebelum ini aku bertanggapan sangat merugikan untuk ambil takaful & umur yang muda tidak akan sakit terus hilang. Aku terfikir, jika ini berlaku kepada diriku, duniaku akan gelap tanpa cahaya pertolongan dari sesiapa. Malah, aku dapat merasakan kesempitan hidup yang mereka lalui akan terjadi juga kepada diriku dalam bila-bila masa sahaja tanpa diduga. Siapakah yang akan membantu aku jika aku tidak mampu bergerak & tiada duit? Adakah simpanan ku cukup untuk digunakan untuk membayar kos yang telah diperlihatkan? Jauh sekali tidak cukup. Dengan pantas, aku menaip mesej kepada rakanku yang yang ketika itu baru menceburi bidang Takaful sebagai ejen.

Beliau dengan pantas membalas untuk berjumpa, untuk menerangkan manfaat yang disediakan syarikat Takaful. Kami pun berjumpa di kedai mamak sambil minum teh tarik. Setelah mendengar penjelasan beliau, aku bersetuju untuk mengambil langkah bijak dengan membuat 1 pelan perlindungan yang bersesuian dengan kehendak ku. Memandangkan ketika itu, aku bekerja di sektor yang amat berisiko tinggi, jadi amat perlulah untuk aku bersedia. Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku masih memegang polisi perlindungan yang sama, belum lagi cuba-cuba untuk pakai setelah beberapa tahun mencarum & kalau boleh minta dijauhkan dari sebarang musibah.

Aku berasa sangat bersyukur kerana telah dibukakan hati & minda untuk menerima kebaikkan takaful disaat aku masih sihat & muda. Melihat keadaan orang lain yang sakit tanpa perlindungan, menguatkan lagi kepercayaan ku terhadap pelan yang telah ku ambil akan dapat membantu disaat aku perlukannya nanti.

Pengalaman seperti ini mungkin tidak pernah anda melihat atau lalui tetapi aku telah melihat sendiri keperitan hidup yang mereka alami. Anda tidak ada duit semasa keadaan sekarang pun boleh membuatkan anda tidak boleh tidur, apatah lagi dalam keadaan yang tidak boleh bergerak & memerlukan duit yang banyak tanpa pertolongan.

Kini, aku bertekad untuk membantu lebih ramai lagi orang yang masih belum tahu kepentingan takaful dengan menjadi ejen takaful. Alhamdulillah aku dikurniakan dengan pelanggan yang sangat positif & terus menyokong aku menyebarkan kebaikkan takaful untuk yang lain.

Dapatkan nasihat kami dahulu sebelum anda membuat spekulasi. Mungkin apa yang kami ingin sampaikan boleh mengubah nasib masa depan anda kerana takaful bukan sekadar kad perubatan, ia adalah pelan yang berkait dengan kelangsungan hidup anda.

Ilham Iskandar
-The Flying Agent-
012.7769736

Let’s fight together for better future. Please take care of each other. Don’t be a selfish by spreading the virus if you...
23/08/2021

Let’s fight together for better future. Please take care of each other. Don’t be a selfish by spreading the virus if you’ve an early symptom. Get vaccinated.

“Prevent better than cure”

Ilham Iskandar
-The Flying Agent-

“PROMOSI HIBAH MERDEKA 64”Dapatkan Starbucks Thermos Flask Stainless Steel 400ml PERCUMA dengan setiap aplikasi Pelan Hi...
12/08/2021

“PROMOSI HIBAH MERDEKA 64”

Dapatkan Starbucks Thermos Flask Stainless Steel 400ml PERCUMA dengan setiap aplikasi Pelan Hibah Takaful RM350,000 dengan hanya serendah RM100/bulan (tertakluk kepada pekerjaan, umur & status merokok. Promosi berakhir 31 Ogos 2021 ini. Rebut peluang sementara stok masih ada.

“1 HIBAH, 1 KELUARGA”
- Flying Agent -

Beza antara MRTA, MRTT dan MLTT1. Definisi dan fungsi MRTA, MRTT dan MLTTMRTA - Mortgage Reducing Term AssuranceMRTT - M...
10/08/2021

Beza antara MRTA, MRTT dan MLTT

1. Definisi dan fungsi MRTA, MRTT dan MLTT

MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
MLTT - Mortgage Level Term Takaful

Perkataan ‘Reducing‘ , ‘Level‘ , ‘Assurance‘ & ‘Takaful‘ membezakan setiap pelan pelindungan yang dipilih.

Definisi 'assurance' merujuk kepada insuran konvensional manakala takaful ialah islamic insuran patuh syariah.

Sebagai muslim, pilihan terbaik yang kita ada ialah produk dari takaful.

Bank biasanya menawarkan MRTA/MRTT untuk perlindungan loan rumah.
Ada yang tanya wajib ke kena ambil MRTA/MRTT? Jawapannya adalah tidak wajib.

Walaupun tidak wajib, tetapi bank sebagai pemberi pinjaman, mereka berhak untuk ada jaminan untuk duit yang dikeluarkan.

Maka MRTA/MRTT adalah lebih selamat kepada pihak bank kerana bayaran untuk pelan ini dibayar sekali sahaja/dimasukkan bersama loan.

Memang teruja beli rumah. Tetapi pernahkah kita fikir, jika tiada MRTA/MRTT siapa yang akan bayar baki hutang loan rumah jika berlaku musibah kematian kepada kita(peminjam)?

Yang pasti ,ramai memilih untuk masukkan saja sekali dengan loan, senang bayar sekali dengan installment setiap bulan. Ini bermaksud, plan MRTA/MRTT yang diambil sekali dalam loan tu akan turut dikenakan interest.

Dalam tempoh pinjaman 30 tahun tu, andaikan berlaku kematian pada si pemimjam pada tahun ke 15, baki loan RM150k lagi akan diselesaikan oleh pihak insuran. Bermakna hutang si pemimjam akan selesai untuk rumah tersebut.

Jadi begitulah fungsi MRTA/MRTT kepada peminjam.

2. Definisi dan MLTT?

Selain MRTA/MRTT anda masih ada alternatif lain iaitu dengan mengambil MLTT.

Berbeza dengan MRTA/MRTT, memiliki plan MLTT untuk perlindungan loan rumah anda memerlukan komitmen pembayaran secara berkala, sama ada bulanan, suku tahunan, setengah tahun/tahunan.

Walaubagaimanapun, kelebihan plan ini berbanding MRTA/MRTT (dengan bank) ialah mempunyai nilai simpanan yang boleh dikeluarkan sekiranya tempoh matang.

Jumlah pampasan boleh digunakan untuk menyelesaikan baki hutang di bank serta kos pengurusan harta oleh waris si mati(peminjam).

MLTT ini juga boleh ‘attach’ dengan rider-rider perlindungan tambahan yang lain seperti manfaat sakit kritikal, manfaat kematian akibat kemalangan dan sebagainya.

Bagi pelabur hartanah yang ada lebih dari sebuah rumah, boleh pertimbangkan untuk memiliki plan ini memandangkan ianya boleh melindungi kesemua pinjaman loan rumah dalam satu plan yang sama.

Oleh yang demikian, buatlah pilihan yang tepat untuk kesenangan kelak.

“HIBAH UNTUK SEMUA”

Ilham Iskandar
012.7769736
Perancang Kewangan Anda

Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19             📣📣📣 BERITA BAIK!! Prudential Malaysia melindungi tuntutan perub...
10/08/2021

Kempen Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19


📣📣📣 BERITA BAIK!! Prudential Malaysia melindungi tuntutan perubatan kemasukan hospital COVID-19. Perlindungan ini memberikan anda ketenangan minda di saat-saat mencabar ini.

Perlindungan ini adalah untuk pelanggan Prudential Malaysia yang mempunyai pelan perubatan yang layak dan memberikan pembayaran balik perbelanjaan perubatan hospital bagi rawatan yang perlu dari segi perubatan akibat COVID-19.

Inilah masa yang sesuai untuk anda menjadi pelanggan Prudential Malaysia. Dapatkan rundingan dari saya atau ketahui lebih lanjut di bit.ly/PerlindunganPelanPerubatanCOVID19

*Tertakluk terma & syarat*

Hubungi saya untuk rundingan percuma

Ilham Iskandar
012.7769736
Prudential Wealth Planner

“AWAN DAN LANGIT YANG DAHULU KU SANGKAKAN BIRU PUTIH TELAH BERUBAH MENJADI HIJAU KUNING.MASHALLAH”Ilham IskandarPerancan...
04/08/2021

“AWAN DAN LANGIT YANG DAHULU KU SANGKAKAN BIRU PUTIH TELAH BERUBAH MENJADI HIJAU KUNING.MASHALLAH”

Ilham Iskandar
Perancang Kewangan Anda

Persediaan awal perlindungan takaful di ibaratkan seperti anda menyediakan payung sebelum hujan, menyediakan alat pemada...
22/07/2021

Persediaan awal perlindungan takaful di ibaratkan seperti anda menyediakan payung sebelum hujan, menyediakan alat pemadam api di rumah atau bangunan & menyediakan tayar simpanan di dalam kereta. Keadaan yang tidak diingini akan terjadi pada bila-bila masa tanpa amaran.

Jom hubungi saya untuk saya membantu anda membuat permohonan diatas talian. Lebih mudah, pantas & efisen.

Ilham Iskandar
Prudential Wealth Planner
60127769736

🎈PELAN HIBAH TAKAFUL SERENDAH RM3.33 SEHARI🎈- SAMPAI BILA ANDA HARUS SIMPAN RAHSIA DENGAN ISTERI & ANAK-ANAK?👨‍👩‍👧‍👦- ME...
18/07/2021

🎈PELAN HIBAH TAKAFUL SERENDAH RM3.33 SEHARI🎈

- SAMPAI BILA ANDA HARUS SIMPAN RAHSIA DENGAN ISTERI & ANAK-ANAK?👨‍👩‍👧‍👦

- MEREKA PATUT TAHU YANG ANDA MEMPUNYAI PAKEJ HIBAH UNTUK MEREKA ATAU ANDA MASIH LAGI MAHU BERTANGGUH?🤷🏻‍♂️

- JIKA APA-APA YANG BERLAKU KEPADA ANDA, BAGAIMANA KEADAAN KEWANGAN ISTERI & ANAK-ANAK?☹️

- ADAKAH ANDA TAHU BAHAWA KAMI MEMPUNYAI PAKEJ HIBAH RM350,000 SERENDAH RM3.33 SAHAJA SEHARI? WOW!♥️ (TERTAKLUK KEPADA UMUR, PEKERJAAN & STATUS MEROKOK).

- JOM MENYIMPAN BERSAMA KAMI DEMI KELANGSUNGAN HIDUP KELUARGA ANDA PADA MASA AKAN DATANG.💰

- PERMOHONAN SEMUDAH 123 SECARA ATAS TALIAN. JOM HUBUNGI SAYA ILHAM ISKANDAR 60127769736 UNTUK SAYA MEMBANTU ANDA MENDAPATKAN SEBUT HARGA SECARA PERCUMA.🙋🏻‍♂️🔛

PSSSSS!!🔊 JIKA ANDA DISAHKAN POSITIF COVID-19 SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN ANDA LAYAK UNTUK MENERIMA ELAUN SEBANYAK RM1,000 DARIPADA PIHAK PRUBSN TAKAFUL 😊

https://wa.link/v12dpc
https://wa.link/v12dpc
https://wa.link/v12dpc

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ilham Iskandar Flying Agent posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ilham Iskandar Flying Agent:

Share