Syahirah Ambok

Syahirah Ambok Perkongsian di page ini hanyalah dari pembelajaran dan pengalaman saya sendiri . Saya bukan Penasihat Kewangan yang beriktiraf.

Sila rujuk pada yang pakar kewangan bagi mendapatkan khidmat nasihat yang lebih mendalam.

MASA ITU EMAS.Teknologi masa kini bergerak pantas. Jika kita seorang yang s**a bertangguh kerja atau tidak mahu ikut per...
13/11/2021

MASA ITU EMAS.

Teknologi masa kini bergerak pantas. Jika kita seorang yang s**a bertangguh kerja atau tidak mahu ikut peredaran zaman. Kita akan tertinggal jauh dan apa yang kita buat sekarang tidak lagi relevan pada masa kini.
Contoh, kini ramai orang menggunakan sosial media untuk cari duit tepi, tapi kita hanya mempromosikan kedai atau servis secara offline atau bersemuka dengan pelanggan.
Semua yang kita buat perlu cepat termasuk dalam membuat keputusan.
Semoga bermanfaat.

Kriteria  #2 - MedianApa itu median?Median adalah harga pertengahan bagi sesuatu kawasan. Macam mana nak tahu harga medi...
08/11/2021

Kriteria #2 - Median

Apa itu median?
Median adalah harga pertengahan bagi sesuatu kawasan.
Macam mana nak tahu harga median tempat itu?
Boleh check di website https://www.brickz.my/ . Website ini memaparkan semua transaksi yang telah berlaku di seluruh Malaysia. Lebih mudah anda tanyakan kepada ejen hartanah yang berlesen.
Penting ke tahu median ni?
Sangat penting. Harga median merupakan tanda aras bagi mendapatkan harga pasaran sesebuah rumah. Jika kita beli rumah dengan harga lebih mahal dari harga median di kawasan tersebut, kemungkinan kita akan rugi bila kita mahu menjualnya kelak.
Stay tune!.
Ira akan kongsikan lagi kriteria lain pada minggu hadapan.

Naikkan pendapatan lebih mudah berbanding kurangkan perbelanjaan.Siapa setuju?Untuk naikkan pendapatan, hanya dihujung j...
06/11/2021

Naikkan pendapatan lebih mudah berbanding kurangkan perbelanjaan.

Siapa setuju?

Untuk naikkan pendapatan, hanya dihujung jari. Kita............
Boleh jadi dropshipper
,
Boleh jadi ejen takaful.
Boleh jadi ejen unit trust
Boleh jadi ejen jual rumah
Boleh kerja penghantar makanan @ barang pos
Dan banyak lagi pekerjaan yang boleh dibuat secara kerja sambilan.
Agak s**ar untuk kurangkan perbelanjaan jika komitmen kita dengan bank sudah tinggi. Maka, jalan penyelesaiannya adalah tambah pendapatan.

Semoga bermanfaat.

KUNCI PEMBUKA KEHIDUPAN!Tanpa kita sedari, setiap hari kita berhadapan dengan ujian.Ianya datang dalam pelbagai bentuk d...
05/11/2021

KUNCI PEMBUKA KEHIDUPAN!

Tanpa kita sedari, setiap hari kita berhadapan dengan ujian.
Ianya datang dalam pelbagai bentuk dan rupa
Ianya datang melalui watak dan senario yang berbeza
kita semua sama,kadang kita resah
kadang kita marah
kita buntu dan tertanya-tanya , rupa-rupanya hidup kita sedang tertutup
tertutup daripada memandang hikmah yang tersembunyi
tertutup daripada memandang limpah kasih sayangNya
"Ya Allah, Bagaimana caranya untuk aku buka kehidupanku ini Ya Allah?
Bantu hambamu ini Ya Allah."
Apa itu KUNCI kehidupan kita?
K - KONSISTEN TADDABUR DAN PRAKTIK AL-QURAN
U - UTAMAKAN SURAH AL-FATIHAH
N - NIKMATI HIDUP DENGAN MEMAHAMI AL-FATIHAH
C - CINTAI SURAH AL-FATIHAH
I - IKHLASKAN HATI
Tanya pada diri, hidup aku selama ini tertutup atau terbuka?
TERTUTUP = berdepan ujian, cepat resah,cepat marah
TERBUKA = berdepan ujian, lebih tenang, lebih sabar
Jika tertutup, siapa yang akan bantu buka?
Jika ingin buka, siapa yang kene usaha buka?
Renungkan.....

CREDIT TO IYYAKA

Hi Assalamualaikum.Kali ini Ira nak kongsi 5 tabung supaya kita semua s**a menyimpan.1) Tabung SimpananTabung ini tabung...
04/11/2021

Hi Assalamualaikum.

Kali ini Ira nak kongsi 5 tabung supaya kita semua s**a menyimpan.

1) Tabung Simpanan
Tabung ini tabung wajib bagi semua orang. Sebaiknya, tabung ini perlu ada minimum 6 bulan - 2 tahun nilai gaji kita. Tabung ini sebagai persedian untuk kita menjalani kehidupan seperti biasa jika diberhentikan kerja serta merta atau sakit berbulan-bulan.

2) Tabung Sedeqah
Setiap pagi selepas solat subuh, kita masukkan not RM1 kedalam satu bekas secara konsisten. Cukup bulan, kita masukkan kedalam tabung masjid @ surau berdekatan.

3) Tabung Kecemasan.
Setelah asingkan untuk bahagian simpanan, pastikan kita ada bahagian kecemasan dan nilainya terp**ang pada kita. Kecemasan ini boleh berlaku seperti tayar pancir tengah jalan, kereta rosak, anak sakit perlukan rawatan hospital dan pelbagai situasi tidak diduga.

4) Tabung Oren
Setiap kali kita jumpa atau dapat not RM20. Asingkan dan masukkan dalam satu bekas khas. Boleh dijadikan tabung untuk kegunaan melancong pada hujung tahun. Bergantung pada apa yang kita nak buat.

5) Tabung Hijau.
Setiap kali berbelanja dan ada baki RM5. Asingkan dan masukkan dalam satu bekas khas. Cukup tahun, boleh la keluarkan untuk tujuan tertentu seperti reward diri / membeli sesuatu yang kita inginkan.

Kesimp**annya,
Kita perlu SIMPAN DULU, BARU BELANJA. Pastikan tabung simpanan dan kecemasan di asingkan terlebih dahulu sebelum kita bayar semua komitmen yang ada. Jika kita mampu untuk menyimpan secara konsisten pada gaji yang limited, satu hari bila gaji dah naik kita akan pandai untuk uruskan kewangan kita sendiri tanpa boros.

Semoga membantu.

3 Teknik Langsaikan Hutang Jahat:1) Teknik Snowball2) Teknik Debt Swap3) Teknik Debt StretchPerlu diingatkan, semua tekn...
03/11/2021

3 Teknik Langsaikan Hutang Jahat:

1) Teknik Snowball
2) Teknik Debt Swap
3) Teknik Debt Stretch

Perlu diingatkan, semua teknik ini hanyalah rujukan kepada anda.
Sila rujuk pada pakar dalam bidang kewangan jika anda inginkan khidmat nasihat.

Semoga memberikan anda sedikit idea keluar dari bebanan hutang.:)

02/11/2021

Common Mistake #1 - Beli rumah pertama sebagai rumah duduk sendiri.

Video ini merujuk pada kesilapan yang sering dilakukan oleh kita.

Ini hanyalah pandangan dan pendapat saya, boleh dijadikan rujukan.

Namun, untuk mendapatkan plan dan strategik saya cadangkan anda
dapatkan khidmat nasihat dari Pakar Pelaburan Hartanah seperti Faizul Ridzuan.

Kriteria  #1  - Baru vs Lama Rumah lama tidak semestinya lebih murah dari rumah baru. Rumah baru p**a tidak semestinya m...
01/11/2021

Kriteria #1 - Baru vs Lama

Rumah lama tidak semestinya lebih murah dari rumah baru.
Rumah baru p**a tidak semestinya mahal.

Dengan ilmu, kita boleh dapatkan rumah premium baru dengan tanpa modal.
Kita perlu cari dan jumpa orang yang telah mempunyai pengalaman dalam bidang hartanah.

Tips! Beli rumah apapun, JANGAN terlalu mahal dari harga purata di kawasan tersebut!

29/10/2021

RESTART
PLANNING
EXECUTE

Surviving Adulthood.Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya tidak lari dari masalah ini. Gaji cepat habis dan tidak tahu du...
04/10/2021

Surviving Adulthood.

Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya tidak lari dari masalah ini. Gaji cepat habis dan tidak tahu duit itu kemana.

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syahirah Ambok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syahirah Ambok:

Share