19/01/2021
GOLONGAN ASNAF DAN TAβRIF (PENJELASAN)
1- FAKIR
Seseorang yang tidak mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang boleh memenuhi keperluan asas (daruriat) bagi dirinya dan tanggungan di bawahnya, bukan keperluan tambahan (hajiat) dan bukan keperluan kemewahan ( tahsiniat), termasuk juga mereka yang tidak ada daya usaha dengan sebab seperti penyakit.
2- MISKIN
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asas tetapi tidak mencukupi untuk dirinya dan orang yang di bawah tanggungannya.
3- AMIL
Individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat.
4- MUALLAF
Mereka yang hatinya baru berjinak- jinak dengan agama Islam dan mendapat hidayah menganuti Islam, supaya mereka merasakan adanya tempat bergantung bagi menghadapi cabaran yang mendatang.
5- GHARIM
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian segera selaras dengan hukum syaraβ.
6- RIQAB
Mereka yang dimiliki oleh tuannya bagi membolehkan mereka membebaskan/ menebus diri masing-masing.
7- IBNU SABIL
Orang yang terputus bekala (perbelanjaan) semasa perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan yang diharuskan syaraβ.
8- FISABILILLAH
Mereka yang berjuang, berusaha mempertahankan dan meningkatkan penghayatan dan syiar Islam...
8 golongan yang layak menerima zakat di sisi Islam.