06/03/2023
Apa itu HIBAH dan nak buat macam mana?
Ini soalan yang paling banyak kami terima. Ada hibah yang dibuat oleh syarikat amanah. Syarikat amanah pun dah ada banyak sekarang. Pakej yang ditawarkan pun pelbagai. Pilih je yang mana satu yang sesuai dengan keperluan.
Ada hibah yang dibuat oleh Peguam. Peguam sivil pun boleh. Peguam syarie pun boleh. Tapi tak semua peguam yang boleh buat hibah. Kena tanya dulu. Jangan p**ak jumpa peguam yang buat kes jenayah atau peguam kes kemalangan untuk buat hibah. Pengkhususan kes masing-masing tak sama.
Ada hibah yang dibuat oleh badan berkanun dan agensi kewangan.Hibah tabung haji, hibah ASB, hibah takaful. Hibah takaful fungsinya untuk menyediakan dana segera kepada waris. Hibah harta p**a untuk merancang harta yang sedia ada seperti rumah, tanah, kereta, barang kemas dll.
Ada hibah yang kena bayar bulan-bulan. Ada hibah yang hanya bayar sekali. Ada hibah komprehensif. Ada hibah yang basic. Surat Pengisytiharan Hibah tu yang basic. Perintah Pengesahan Hibah tu yang komprehensif. Hibah Harta Bercagar pun ada kalau nak.
Kosnya pun berbeza-beza. Ada yang caj ikut nilai harta di pasaran. Ada yang caj tak ikut pun nilai harta tapi tengok jenis harta. Ada yang caj hanya per dokumen. Boleh pilih mana yang sesuai dengan poket masing-masing.
Yang penting cari dan cari sampai jumpa yang sesuai dengan kemampuan dan keperluan kita. Jangan hanya kerana kos terbantut hasrat nak buat hibah. Percayalah, nilai harga yang kita keluarkan untuk proses merancang harta semasa kita hidup sekarang adalah jauh lebih murah berbanding nilai yang perlu dibayar oleh waris-waris kita apabila kita meninggal tanpa sempat membuat perancangan harta.
Sebenarnya ramai yang tanya saya, boleh ke saya buat dokumen hibah sendiri? Saya faham ramai yang tanya ni sebab mereka nak jimatkan kos. Selagi boleh buat sendiri mereka nak cuba buat sendiri. Boleh je cari sample kat google. Nak draf sendiri pun boleh.
Tapi bila saya baca balik semua komen-komen dalam artikel berkenaan hibah dan wasiat, melihat cara mereka bertanya soalan, ramai lagi yang tak dapat bezakan fungsi hibah dan wasiat. Kalau hibah dengan wasiat pun mereka masih tak faham dan tak dapat nak bezakan fungsinya, macamana mereka nak buat dokumen sendiri? Memang cari penyakit.
Tak kisah pun kat mana anda nak buat hibah yang penting sesuai dengan keperluan dan kemampuan diri dan pastikan buatlah hibah dengan mereka yang pakar dan ahli dalam bidang ini. Takut kalau memandai buat sendiri, hibah yang dibuat tak lengkap dan tak menepati rukun dan syarat2 nya dan akhirnya anda juga yang rugi.
Dato’ M***i pun dah jelaskan, sekiranya cukup syarat dan bukti, maka sah pemberian hibah tersebut semasa hidupnya. Tak perlu persetujuan waris pun. Tapi syarat dan bukti yang bagaimana? Sebab itu kena buat hibah dengan yang ahlinya.
Credit: Roslina Sabiyah & Co