19/11/2023
Ada orang kata...
ASB lagi bagus dari Unit Trust.
Saham lagi bagus dari Properties.
Yang ini lagi bagus dari yang itu.
Bla bla bla...
Pada pendapat saya, orang itu tidak faham konsep perancangan kewangan.
Kenapa nak banding-bandingkan. Setiap instrumen/tool ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Semua itu boleh digunakan untuk bina portfolio pelaburan.
Perancangan kewangan ini macam pas**an bola. Ada goalkeeper, ada defender, ada midfielder dan ada striker.
1) Goalkeeper ialah TAKAFUL.
Fungsi Goalkeeper nampak mudah. Untuk melindungi dari pihak lawan menjaringkan gol. Tak selalu pakai, tapi jasanya sangat besar. Waktu dia selamatkan gol sahaja orang hargai.
Begitu lah juga TAKAFUL. Tak selalu pakai tapi penting. Fungsinya melindungi 'Loss of Income' bila tak mampu lagi bekerja dan 'Wealth Protection' disebabkan sakit dan sebagainya.
2) Defender ini lah SIMPANAN.
Tujuan simpanan biasanya untuk hal jangka panjang, kecemasan dan persaraan. Ia mudah dicairkan. Mudah dikeluarkan.
Untuk kecemasan, simpanan sesuai diletakkan di ASB, AHB, Tabung Haji atau Fixed Deposit. Risiko simpanan di sini biasanya rendah.
Cukupkan 3, 6 atau 12 bulan kali belanja bulanan sebelum memulakan PELABURAN.
3) Midfielder dan Striker p**a PELABURAN
Tujuan PELABURAN p**a adalah menggandakan kekayaan (Wealth Accumulation) yang ada.
Jadi kita boleh memilih Hartanah atau Unit Trust sebagai Midfielder kita. PELABURAN yang risikonya sederhana.
Dan mungkin Saham sebagai Striker kita. Nama pun Striker, mesti lah risiko tinggi.
Semestinya, kita perlu mengambil risiko yang tinggi bagi mendapatkan p**angan PELABURAN yang tinggi.
Portion Pelaburan ini boleh di ubah suai mengikut Risk Profile anda.
Jika Risk Profile Tinggi, boleh guna 3 Striker. Jika Risk Profile Rendah, boleh guna 1 Striker pun tidak mengapa.
Boleh juga ikut keselesaan atau kepandaian anda MELABUR.
Ada orang pandai Saham. Ada orang pandai Berniaga. Ada orang s**a Hartanah. Bukan semua Pelaburan sesuai dengan setiap orang.
Dengan ini, baru lah Portfolio Kewangan anda lengkap dan teratur. Begitu lah juga dengan pas**an bola. Ada Defender, Midfielder dan Striker.
Bila semua diletakkan di pelaburan seumpama menyerang tanpa ada goalkeeper dan pertahanan.