24/09/2025
Ramai prospek post kat Threads, cari medical kad yang tak banyak songeh dan yang Guarantee Letter (GL) cepat lulus.
Kenapa ni berlaku? Sebab mereka tak faham syarat dan terma medical kad, terutamanya
✅ Tempoh menunggu
✅ Tempoh pertikai claim 2 tahun pertama, dan
✅ Pengecualian Am.
Bila tak faham, maka tak hairanlah mereka "order ikut sedap mulut" je dan mudah "terkena" dengan ejen yang janjikan bulan bintang tentang medical kad mereka. Kononnya di syarikat mereka, GL mudah lulus dan cepat issued. 😅
Penentu GL cepat lulus bukan terletak pada nama syarikat. Sebab kalau tanya setiap syarikat, masing-masing ada pengalaman GL decline, GL pending siasatan dan GL delayed etc. 😵💫
Penentu GL cepat lulus akan ditentukan oleh beberapa faktor seperti :-
1️⃣ Clear-cut case Accident tanpa ada sebarang penyakit
2️⃣ Diagnosis penyakit & treatment plan yang jelas (disokong dengan bukti klinikal seperti penemuan fizikal, lab test, scan, scope, ultrasound etc)
3️⃣ Keadaan penyakit / kecederaan ada keperluan perlu diwadkan segera
4️⃣ Tiada isu non-disclosure (tak isytihar kesihatan) dalam laporan doktor ketika mohon GL
5️⃣ Penyakit wujud selepas tempoh pertikai claim 2 tahun pertama (kurang dari tempoh tu, penyakit mungkin diragui dan boleh disiasat)
6️⃣ Tiada penyakit berangkai (darah tinggi / kencing manis) ketika di wad untuk tempoh 2 tahun pertama polisi
7️⃣ Polisi dalam keadaan INFORCED, bukan insufficient funds, auto-revival atau lapsed
8️⃣ Treatment plan guna kaedah perubatan dan ubat yang berdaftar, bukan dalam fasa percubaan.
Mana-mana syarikat akan lihat perkara-perkara di atas sebelum luluskan GL. Kalau dapat GL cepat, syukurlah perkara di atas semua lepas.
Dari pengalaman saya, biasanya 85% kes GL masuk (Initial) dikeluarkan dalam masa kurang 1/2 jam dan 95% dikeluarkan dalam masa kurang 1 jam.
Manakala untuk GL keluar p**a (Final GL), 93% dikeluarkan dalam tempoh kurang 1 jam.
Perlu diingatkan, dapat GL masuk tak semestinya akan dapat GL keluar kerana laporan doktor atau penemuan perubatan, yang diperolehi ketika dalam wad (biasanya isu non-disclosure).