Takaful By Yus

Directions Website Contact the business

Takaful By Yus Channel ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan takaful.

Sila klik link di bawah untuk pertanyaan lebih lanjut atau nak dapatkan quotation percuma:

https://sebarkantakafulbyyus.wasap.my/

𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 𝐀𝐋 𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Memperkenalkan produk perlindungan kewangan dari Zurich Takaful iaitu ...
30/10/2022

𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 𝐀𝐋 𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Memperkenalkan produk perlindungan kewangan dari Zurich Takaful iaitu Takaful Al Shams 🧡

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤:
⭐ Dijamin lulus! 💯
⭐ Harga yang berpatutan
⭐ Tak perlu medical check up
⭐ Tak perlu isytihar status kesihatan
⭐ Obesiti (BMI tinggi) layak mohon
⭐ Orang Kelainan Upaya (OKU) layak mohon
⭐ Pesakit Covid 19 (stage 1-5) layak mohon
⭐ Umur 14 hari - 60 tahun layak mohon

𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓:
✅ 100% sum covered akan dibayar jika berlaku sebarang kematian atas apa sahaja punca
✅ 200% sum covered akan dibayar terus kepada waris jika kematian berlaku akibat kemalangan pengangkutan awam
✅ 300% sum covered akan dibayar jika kematian berlaku di luar negara
✅ Seramai 4 orang ahli keluarga akan dilindungi secara automatik untuk hibah bernilai RM 10,000 jika mereka meninggal dunia akibat kemalangan
✅ Manfaat pemulihan selama 5 tahun sebanyak 5% daripada nilai perlindungan jika mengalami hilang upaya kekal dan keseluruhan

Tunggu apa lagi sahabat-sahabat! Jom, permohonan anda dijamin lulus tanpa perlu isytihar status kesihatan & medical checkup!

Info lanjut sila layari:
https://t.me/takafulbyyus

Khidmat consultation & quotation adalah percuma 😄

-Yusfairuz-
Zurich Takaful
Wealth Planner
010-3310348
https://sebarkantakafulbyyus.wasap.my/

~ Terima kasih ~

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,'1 Keluarga 1 Takaful 👨‍👩‍👧‍👦'Jika anda sedang merancang untuk:✅ Mendapatkan pla...
30/10/2022

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,

'1 Keluarga 1 Takaful 👨‍👩‍👧‍👦'

Jika anda sedang merancang untuk:

✅ Mendapatkan plan perlindungan Takaful hibah/kad perubatan (medical card)/pendidikan/pelaburan

✅ Mendapatkan info lebih lanjut mengenai plan Takaful apakah yg paling sesuai diambil mengikut keperluan anda

✅ Mengetahui harga plan Takaful yg ditawarkan mengikut keperluan anda

✅ Review plan Takaful sedia ada sama ada masih relevan dengan keperluan semasa

✅ Mengubah/menambah plan Takaful sedia ada supaya sesuai dengan keperluan sekarang

✅ Mencari plan Takaful yang tidak mewajibkan pemeriksaan perubatan kerana anda telah disahkan menghidapi penyakit dengan 100% kelulusan

Jom saya bantu anda. Insha Allah kita akan usahakan penyelesaian yang terbaik untuk anda melalui plan-plan menarik di bawah Zurich Takaful:

🔰Takaful Family Hero
🔰Takaful Al-Shams
🔰Takaful Term 80
🔰Takaful Sure Cover
🔰Takaful Medi Pro
🔰Takaful Pro Essential
🔰Takaful Patina2016
dan lain2 lagi!

Info lanjut sila layari:
https://t.me/takafulbyyus

Khidmat consultation & quotation adalah percuma 😄

-Yusfairuz-
Zurich Takaful
Wealth Planner
010-3310348
https://sebarkantakafulbyyus.wasap.my/

~ Terima kasih ~

BELI RUMAH SECARA PINJAMAN BERSAMA SUAMI /  ISTERI, APA YANG ANDA PERLU TAHUIni perkara yang kalian wajib tahu. Biasa or...
16/07/2022

BELI RUMAH SECARA PINJAMAN BERSAMA SUAMI / ISTERI, APA YANG ANDA PERLU TAHU

Ini perkara yang kalian wajib tahu.

Biasa orang akan join loan sebab nak kukuhkan profil kewangan.

Kita ambil contoh,

Kalau gaji suami saja RM3,000, mungkin layak rumah RM300,000. Tapi, bila join income dengan isteri jadi RM5,000, so layak beli rumah RM500,000.

Jika beli secara pinjaman bersama:
1. Agreement loan ada 2 nama
2. SPA/Geran rumah ada dua nama
3. MRTT(takaful rumah) juga ada 2 nama

Okay apa akan jadi jika suami meninggal dunia?

Contoh nilai rumah RM500,000 akan terbahagi kepada 2.

50% - RM250,000 suami
50% - RM250,000 isteri

Bila suami meninggal dunia, 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan MRTT.

50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa.

Jadi apa isunya di sini?

Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid.

Jika suami masih ada ibu bapa, ibubapa boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.

Bab duit bukan boleh buat main, RM10,000 pun orang dah gelap mata.

Katakan ibubapa suami tak nak lepas hak dan tuntut bahagian mereka.

Bahagian faraid:
Bapa - 1/6
Ibu - 1/6

Maka isteri perlu bayar anggaran kira-kira RM83,333 untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya.

Mampu ke isteri nak bayar sejumlah tu secara tunai? Jarang orang mampu.

Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik.

Jadi berhati hati.

Apa akan jadi jika ibubapa tetap berkeras menuntut hak mereka?

Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami dibahagi mengikut faraid.

Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah.

Adakah sistem faraid salah? Tidak.
Ia hukum Allah.

Faraid, kaedah pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana Allah sebagai pencipta manusia mengetahui di mana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.

Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid? Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan.

Bukannya dapat harta free pastu pergi tinggalkan si balu terkapai-kapai.

Faraid adalah peringkat akhir sekali dalam bab pembahagian.

Sesuatu harta pusaka tak dapat difaraidkan selagi tak selesai urusan pentadbiran dan pengurusannya.

Jadi, tak salah membeli rumah join loan bersama pasangan. Yang penting bijak merancang harta.

Jadi, apa yang kita perlu buat?

1. Tahu siapa waris isteri/suami kita.

2. Semak tempoh perlindungan MRTT pinjaman rumah.

3. Suami buat HIBAH dan letak nama isteri sebagai penerima hibah.

Dengan HIBAH lah, isteri dapat menebus harta pusaka tersebut dengan membayar bahagian waris lain yang berhak. Ini salah satu kegunaan hibah yang ditinggalkan oleh arwah suami buat isteri.

Renung-renungkan.

Sebarkan Takaful - https://t.me/takafulbyyus

Whatsapp: +60 10-331 0348



SEORANG SUAMI HARUS SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL. TAHUKAH ANDA APA ITU "HIBAH TAKAFUL"?Tapi islamkan dah ada FARAID? Faraid ka...
10/07/2022

SEORANG SUAMI HARUS SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL. TAHUKAH ANDA APA ITU "HIBAH TAKAFUL"?

Tapi islamkan dah ada FARAID? Faraid kan dah adil dalam Islam.

Betul kita semua setuju FARAID itu adil dan saksama.

Mungkin ada yang di antara anda tidak tahu apa itu FARAID..

Faraid dari segi bahasa, ia bermaksud ketetapan. Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang beragama Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain).

Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-piutang pewaris sama ada bentuk agama (zakat, nazar dan lain-lain) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.

Apa p**a bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ?

~ Tanah, bangunan (rumah, kilang, gudang dan lain-lain);
~ Barang kemas (emas, perak dan lain-lain);
~ Insurans, saham, bon, wang tunai, dan lain-lain ( sama ada dilabur atau tidak);
~ Tanah, kebun, ladang dan lain-lain.
~ Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain.

Untuk kiraan mudah, jika anda mempunyai RM 100,000,isteri ada hanya akan dapat hak beliau sebanyak RM 16,000 sahaja untuk meneruskan kehidupan beliau. Adakah jumlah itu mencukupi?

Adakah sekarang anda nampak jelas kenapa sebagai suami anda perlu sediakan HIBAH?

Sebagai suami, apa agaknya kita nak tinggalkan pada waris kita, bila kita sudah tiada? Adakah kita nak tinggalkan HUTANG?

Nak tinggalkan HARTA? Harta akan dibekukan sementara nak tunggu aset cair untuk proses FARAID selesai.

Di atas faktor itulah, anda sebagai seorang suami disarankan untuk mengambil HIBAH TAKAFUL. Untuk pengetahuan anda, HIBAH adalah satu kaedah aliran tunai segera.

Apa itu hibah?“Hibah dalam bahasa arab bermaksud hadiah. Manakala hibah takaful p**a adalah hadiah (pampasan kematian) m...
10/07/2022

Apa itu hibah?

“Hibah dalam bahasa arab bermaksud hadiah. Manakala hibah takaful p**a adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang akan diberikan sejumlah wang pampasan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid, jika pemegang takaful itu meninggal dunia”.

TAKAFUL VS INSURANS Apa itu Takaful?Definisi Takaful pada dasarnya ialah jaminan bersama. Ia merupakan sistem insurans b...
02/07/2022

TAKAFUL VS INSURANS

Apa itu Takaful?

Definisi Takaful pada dasarnya ialah jaminan bersama. Ia merupakan sistem insurans berlandaskan prinsip Islam. Konsep Takaful berkisar pada sekump**an ahli yang saling menjamin antara satu sama lain terhadap kerugian atau kerosakan. Setiap ahli memenuhi kewajipan mereka dengan menyumbangkan sejumlah sumbangan (tabarru) ke dalam dana. Pihak ketiga – pengendali Takaful, menguruskan dana ini.

Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan, pengendali Takaful akan mengeluarkan dana kepada ahli. Sebarang lebihan bayaran hanya dibayar apabila kewajipan untuk membantu ahli telah dilaksanakan. Melalui konsep ini, Takaful beroperasi sebagai perlindungan dan perkongsian keuntungan antara pengendali Tafakul dan ahli.

Kenapa insurans konvensional tidak dibenarkan dalam Islam?

Insurans konvensional tidak mematuhi hukum Syariah kerana ia melibatkan tiga elemen ini:

Gharar
Ini adalah keraguan, peluang, atau risiko yang tidak memenuhi syarat. Gharar wujud kerana terdapat ketidakpastian tentang apa yang “dibeli” atau dibayar oleh pemegang polisi insurans sekiranya tidak berlaku kerugian dan pemegang polisi tidak menerima apa-apa.

Maisir
Ia merupakan perjudian ataupun kebarangkalian. Maisir wujud kerana pembayaran jumlah yang diinsuranskan bergantung pada kebarangkalian semata-mata.

Riba
Ia juga dikenali sebagai faedah dalam insurans konvensional. Ia wujud apabila dana dilaburkan dalam sekuriti yang berlandaskan dengan faedah.

Wallahualam..

BELI RUMAH SECARA PINJAMAN BERSAMA SUAMI /  ISTERI, APA YANG ANDA PERLU TAHUIni perkara yang kalian wajib tahu. Biasa or...
02/07/2022

BELI RUMAH SECARA PINJAMAN BERSAMA SUAMI / ISTERI, APA YANG ANDA PERLU TAHU

Ini perkara yang kalian wajib tahu.

Biasa orang akan join loan sebab nak kukuhkan profil kewangan.

Kita ambil contoh,

Kalau gaji suami saja RM3,000, mungkin layak rumah RM300,000. Tapi, bila join income dengan isteri jadi RM5,000, so layak beli rumah RM500,000.

Jika beli secara pinjaman bersama:
1. Agreement loan ada 2 nama
2. SPA/Geran rumah ada dua nama
3. MRTT(takaful rumah) juga ada 2 nama

Okay apa akan jadi jika suami meninggal dunia?

Contoh nilai rumah RM500,000 akan terbahagi kepada 2.

50% - RM250,000 suami
50% - RM250,000 isteri

Bila suami meninggal dunia, 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan MRTT.

50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa.

Jadi apa isunya di sini?

Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid.

Jika suami masih ada ibu bapa, ibubapa boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.

Bab duit bukan boleh buat main, RM10,000 pun orang dah gelap mata.

Katakan ibubapa suami tak nak lepas hak dan tuntut bahagian mereka.

Bahagian faraid:
Bapa - 1/6
Ibu - 1/6

Maka isteri perlu bayar anggaran kira-kira RM83,333 untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya.

Mampu ke isteri nak bayar sejumlah tu secara tunai? Jarang orang mampu.

Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik.

Jadi berhati hati.

Apa akan jadi jika ibubapa tetap berkeras menuntut hak mereka?

Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami dibahagi mengikut faraid.

Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah.

Adakah sistem faraid salah? Tidak.
Ia hukum Allah.

Faraid, kaedah pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana Allah sebagai pencipta manusia mengetahui di mana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.

Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid? Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan.

Bukannya dapat harta free pastu pergi tinggalkan si balu terkapai-kapai.

Faraid adalah peringkat akhir sekali dalam bab pembahagian.

Sesuatu harta pusaka tak dapat difaraidkan selagi tak selesai urusan pentadbiran dan pengurusannya.

Jadi, tak salah membeli rumah join loan bersama pasangan. Yang penting bijak merancang harta.

Jadi, apa yang kita perlu buat?

1. Tahu siapa waris isteri/suami kita.

2. Semak tempoh perlindungan MRTT pinjaman rumah.

3. Suami buat HIBAH dan letak nama isteri sebagai penerima hibah.

Dengan HIBAH lah, isteri dapat menebus harta pusaka tersebut dengan membayar bahagian waris lain yang berhak. Ini salah satu kegunaan hibah yang ditinggalkan oleh arwah suami buat isteri.

Renung-renungkan.

Assalamualaikum W.B.TSalam TakafulChannel ini ditubuhkan untuk menyampaikan ilmu berkaitan takaful, menyebarkan seberapa...
02/07/2022

Assalamualaikum W.B.T
Salam Takaful

Channel ini ditubuhkan untuk menyampaikan ilmu berkaitan takaful, menyebarkan seberapa banyak kebaikan untuk kita kongsi bersama. Moga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda semua..Insha Allah..




Sila ke halaman:
https://t.me/takafulbyyus

whatsapp:
https://sebarkantakafulbyyus.wasap.my/

Address

Johor Bahru
80000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Takaful By Yus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Takaful By Yus:

Shortcuts

Share