Fiza Takaful & Wasiat

Fiza Takaful & Wasiat Menyediakan perkhidmatan Takaful dan Penamaan Wasiat/hibah harta

Harta PusakaKe mana perginya anak-anak tuan rumah ini? Saya percaya setiap rumah pasti mempunyai kisahnya.Namun, terdapa...
09/01/2024

Harta Pusaka

Ke mana perginya anak-anak tuan rumah ini? Saya percaya setiap rumah pasti mempunyai kisahnya.

Namun, terdapat rumah pusaka yang terbiar atau kosong. Kayu berselerak di sekeliling rumah, kadang-kadang menyentuh hati melihat rumah pusaka ditinggalkan begitu sahaja.

Mengapa ini berlaku?

✅ Terdapat waris yang tidak faham/keliru dengan proses tuntutan pusaka, sama ada di Amanah Raya Berhad, Pejabat Pusaka Kecil, atau Mahkamah Tinggi Sivil. Tidak dapat disangkal, terdapat kos pengurusan yang perlu ditanggung oleh waris. Ada waris yang berkira-kira atau tidak mampu untuk menanggung kos ini.

✅ Kekurangan sumber kewangan menyebabkan kegagalan membaiki struktur bangunan rumah pusaka, menjadikannya terbiar.

✅ Konflik keluarga yang berpanjangan tanpa penyelesaian mengenai hak milik rumah atau tanah. Menyebabkan tuntutan pusaka tidak dapat dibuat.

✅ Tunggakan bayaran cukai harta yang tinggi membuat waris enggan menanggung kos, menyebabkan rumah terbiar.

✅ Sikap s**a bertangguh dan ambil mudah di kalangan masyarakat kita menyebabkan kelewatan membuat permohonan pusaka dan boleh berlakunya isu kematian berlapis.

Apabila berlakunya kematian berlapis, struktur faraid menjadi kompleks dan akan timbul masalah pengurusan serta pembahagian harta pusaka, terutamanya jika ada waris tidak beri kerjasama.

✅ Waris mungkin mempunyai keutamaan atau gaya hidup yang berbeza, menjadikan mereka tidak berminat atau mampu untuk mengekalkan rumah pusaka.

✅ Ketidakpastian mengenai status hartanah menyebabkan rumah tidak dapat diuruskan dengan baik, terutamanya jika ada dokumen hartanah hilang dan maklumat tidak lengkap.

✅ Pemilikan bersama, khususnya yang dikongsi oleh banyak orang. Terdapat pemilik yang telah meninggal dunia, namun waris tidak menguruskan. Apabila terdapat banyak nama dalam satu geran, saiz tanah menjadi kecil dan tidak ekonomi untuk membangunkan bahagian tanah yang kecil.

✅ Kes**aran mencari pembeli atau penyewa; lokasi yang strategik memainkan peranan penting dalam penjualan atau penyewaan.

✅ Pemilik harta tidak membuat perancangan harta semasa hidup. Kurang ilmu dan pendedahan pewarisan harta Islam menyebabkan ada pemilik harta tidak ambil apa-apa tindakan.

Bagaimana mengurangkan risiko di atas? Antaranya adalah:

📍 Simpan dokumen aset dengan baik, memudahkan urusan orang lain dan InsyaAllah, urusan kita dipermudahkan.

📍 Kenali waris faraid supaya waris tahu hak faraid mereka dan memastikan bahawa setiap waris menerima bahagian yang adil dan sah mengikut syariat Islam.

📍 Adakan perbincangan keluarga secara terbuka untuk mengelak sebarang konflik dikemudian hari. Ambil kira pandangan dan keperluan setiap waris.

📍 Buat dokumen wasiat yang sah mengikut syariat Islam seperti:

i) wasiat pentadbiran iaitu melantik wasi semasa hidup untuk memudahkan tuntutan pusaka selepas kematian dan dapat memastikan pengagihan harta mengikut syarak.

ii) wasiat pesanan seperti menjaga silaturahim antara waris, menetapkan bahagian harta untuk melunaskan hutang, membayar tunggakan zakat dan sebagainya.

iii) wasiat 1/3 bagi tujuan amal jariah.

📍 Jika ada keperluan, buat dokumen hibah harta sekiranya hendak beri bahagian lebih kepada pasangan/ anak-anak. Dengan pemberian hibah semasa hidup dapat mengurangkan risiko daripada terjerumus dalam isu pewarisan.

📍 Sediakan pelan perlindungan takaful bagi melindungi harta dari risiko seperti kematian, sakit kritikal, atau cacat kekal.

Manfaat takaful yang diterima selepas kematian boleh dijadikan sebagai dana segera bagi mengatasi keperluan mendesak dan menyediakan sumber kewangan tambahan bagi waris.

📍 Hartanah diwakafkan untuk tujuan kebajikan. Sebagai contoh, tanahnya diwakafkan kepada badan berautoriti dan dibangunkan sebagai pusat pendidikan Islam, khas untuk warga emas di kawasan sekitarnya.

📍 Masyarakat Islam khususnya, perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman mengenai pengurusan harta Islam untuk mengelakkan daripada harta terbeku.

📍 Semak dan kaji semula perancangan harta secara berkala, selaras dengan perubahan dalam kehidupan keluarga dan aset terkini.

📍 Mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan/ perunding pewarisan harta islam yang bertauliah bagi penyusunan perancangan harta yang terbaik.

Semoga bermanfaat




Tax 2023 exemption.This could help some people as a guideline to do efiling.
07/01/2024

Tax 2023 exemption.

This could help some people as a guideline to do efiling.

Sleep Paralyse.1 dari 10 orang akan pernah berhadapan sleep paralyse. Kalau kata bahasa melayu tidur dihempap oleh lemba...
06/01/2024

Sleep Paralyse.

1 dari 10 orang akan pernah berhadapan sleep paralyse. Kalau kata bahasa melayu tidur dihempap oleh lembaga hitam. Realiti sebenar sebenar sistem otak menghadapi stress yang melampau sehingga membawa kepada situasi halusinasi. Kebiasaaan apabila anda menghadapi lunpuh ini ada memang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung.

Ia memerlukan kekuatan dari dalaman membolehkan kita melawan lumpuh ini. Atau ada orang lain yang menyentuh anda & dari sentuhan itu ia akan merangsang saraf untuk berfungsi seperti biasa. Setakat ini tiada ubat lagi untuk penyakit ini.

Lumpuh sementara ini dihadapi oleh hampir ramai orang didunia ini. Dan ada juga yang berhadapan risiko lumpuh seumur hidup. Akibat dari sistem immune yang rendah dan gangguan saraf yang melampau.

Semoga info ini membantu

credit

Dulu-dulu masa kecik tengok pokok ni kat kebun kelapa sawit & takde pun org nak amik buat perhiasan tanam kat rumah. Sek...
01/01/2024

Dulu-dulu masa kecik tengok pokok ni kat kebun kelapa sawit & takde pun org nak amik buat perhiasan tanam kat rumah. Sekarang viral pokok keladi liar ni..

Doa mudah untuk dapat parkingDoa dipermudahkan segala urusanDoa dimurahkan rezeki selaluCecuba amalkan…
16/12/2023

Doa mudah untuk dapat parking

Doa dipermudahkan segala urusan

Doa dimurahkan rezeki selalu

Cecuba amalkan…

Dengan adanya teknologi percutian akan menjadi lebih mudah dan semuanya dihujung jari. Jika nak perlindungan PA atau kem...
16/12/2023

Dengan adanya teknologi percutian akan menjadi lebih mudah dan semuanya dihujung jari.

Jika nak perlindungan PA atau kembara diluar negara boleh pm saya



Chanpion meet champion Award Day
09/12/2023

Chanpion meet champion Award Day

28/11/2023

Salam Guys. Please Take care yourself. C19 dah start menggila balik. Kita Jaga Kita. Jaga Jarak😭😭😭

Taklimat kad perubatan kerajaan & hibahAlhamdulillah terima kasih kepada pengarah kemas negeri johor dan penyelia kemas ...
21/11/2023

Taklimat kad perubatan kerajaan & hibah

Alhamdulillah terima kasih kepada pengarah kemas negeri johor dan penyelia kemas iskandar puteri kerana memberi ruang kepada kami menyampaikan informasi dan plan terbaru untuk kakitangan kerajaan.

muka tak mengadap kamera kerana cameraman duduk dibelakang 😅😅😅.





tepuk dada tanya selera
10/11/2023

tepuk dada tanya selera

08/11/2023

Ada ke 🤔🤔🤔🤔❓❓❓

Tuntutan pampasan Kematian sijil 🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯Harini turn saya duty di branch takaful Ikhlas. Best of the best Takaful I...
01/11/2023

Tuntutan pampasan Kematian sijil
🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯

Harini turn saya duty di branch takaful Ikhlas. Best of the best Takaful Ikhlas beri kami kaunter untuk direct approach di branch Takaful Ikhlas sendiri.

Sambil-sambil approach kita assist client apa yang patut. Nak dijadikan cerita This couple datang adalah kerana desakan ibunya terjumpa sijil milik arwah ayah. Just datang untuk bertanya status sijil takaful arwah. Mengikut dari anak arwah sijil ni dah lama tak bayar atau orang biasa kata LAPSE.

Tapi apa yang best of the best sijil ni Still inforce walau tak bayar lebih 6 tahun. Sijil menggunakan sustained saving untuk bayar caruman balik. Dan ada harapan waris mendapat pampasan hibah.

Alhamdulillah tersenyum client sekurang2nya ada juga pampasan hibah dari arwah untuk isteri tercinta. Arwah meninggal akibat kanser.

Jika nak tahu lanjut Plan apa yang client ni ambil boleh PM personal. Sebab plan ni sangat special hanya ada di takaful ikhlas.




Address

Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fiza Takaful & Wasiat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fiza Takaful & Wasiat:

Share