Muda, Kaya, Berjaya & Bergaya

Muda, Kaya, Berjaya & Bergaya Jadikan PERNIAGAAN sebagai BUDAYA hidup kita. Agensi Takaful Keluarga

24/06/2018

Kisah Penebang Pokok dan Kapak Tumpul

AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya.Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang ditentukan. Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian
kepadanya.

“Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu,” kata majikan itu.Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi untuk terus melaksanakan kerjanya. Pada keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi, tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan tujuh batang pokok.

Hari ketiga p**a, dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangnya. “Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggungjawab hasil kerjaku kepada majikan?,” fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa. Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu.

Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi. Majikan itu bertanya kepadanya: “Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?””Mengasah kapak? Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga,” kata penebang itu. “Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru yang terasah tajam, maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil luar biasa.

“Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. “Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum. “Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!,” perintah majikan. Sambil mengangguk-anggukkan kepala dan mengucap terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya.

Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirahat bukan bererti berhenti, tetapi untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar. Sama seperti penebang pokok itu, kita pun setiap hari dari pagi hingga malam hari, seolah-olah terjebak dalam kesibukan. Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga sering kali kita lupa untuk berehat iaitu istirahat seketika mengasah serta mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan apa lagi soal spiritual, ibadah, soal matlamat supaya kita lebih bermotivasi.

Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri, dengan bermuhasabah, bermujahadah dengan memperbanyakkan membaca. Dengan ilmu sahajalah kita boleh berada di mana sahaja sebab ilmu yang kita galas tidak pernah membebankan kita. Ilmu bagaimana mengenal Allah mesti diperbaharui, ilmu mengenai kenabian, malah ilmu diri kita sendiri.

Dari mana kita datang, di mana kita sekarang, apa yang patut kita lakukan sekarang di dunia dan selepas ini ke mana kita akan pergi. Semoga tazkirah kali ini kita sentiasa tajam dengan ilmu dan keprihatinan terhadap tanggungjawab seharian barulah hari mendatang menjadi lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari sebelumnya.

Perunding Takaful Keluarga, di Etiqa Family Takaful Berhad. Cawangan Alor Setar, Jitra, Sg Petani & Kangar**************...
15/05/2018

Perunding Takaful Keluarga, di Etiqa Family Takaful Berhad. Cawangan Alor Setar, Jitra, Sg Petani & Kangar
**************************************

JAWATAN: PERUNDING TAKAFUL KELUARGA

1. Jawatan Sambilan / Sepenuh Masa.
2. Berumur 25 - 45 tahun.
3. Terbuka kepada Calon Lelaki & Wanita
4. Kelayakaan minima SPM
5. Mempunyai lesen memandu dan ada kenderaan sendiri
6. Mempunyai Jatidiri & Bermotivasi untuk membina kerjaya dalam industri Kewangan.
7. Berpengalaman / Tiada pengalaman.
8. Perwatakan menarik.
9. Jujur dan Amanah.
10. Mampu berdikari.
11. Berdisiplin.

Kelebihan :
• 100% berdasarkan komisen (Commissioned Based Only).
• Pendapatan tidak terhad (unlimited income)
• Waktu kerja yang fleksibel
• Latihan dan bimbingan akan diberikan
• Marketing tools disediakan.
• Berpeluang membina kerjaya yang hebat dengan pendapatan lumayan di salah sebuah firma Perunding Takaful Keluarga yang terkemuka di utara Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya dengan menelefon/whatsapp/email ke :

AZIZAM SAIDINA OTHMAN
Pengarah Agensi Kump**an
Etiqa Family Takaful Berhad
Pejabat Agensi Wilayah Utara
No 47. Jalan Kolej Heights
Kolej Heights Commercial Square
Kolej Heights Utara
06000 Jitra. Kedah

Tel/Whatsapp : 019-577 8008
Email : [email protected]

Pautan WhatsApp: www.wasap.my/60195778008

Jawatan Kosong Perunding Takaful Keluarga, di Etiqa Family Takaful Berhad. Cawangan Alor Setar, Jitra, Sg Petani & Kanga...
03/03/2018

Jawatan Kosong Perunding Takaful Keluarga, di Etiqa Family Takaful Berhad. Cawangan Alor Setar, Jitra, Sg Petani & Kangar
**************************************

JAWATAN: PERUNDING TAKAFUL KELUARGA

1. Jawatan Sambilan / Sepenuh Masa.
2. Berumur 25 - 45 tahun ke atas.
3. Kelayakaan minima SPM
4. Mempunyai lesen memandu dan berkenderaan sendiri
5. Mempunyai Jatidiri & Bermotivasi untuk membina kerjaya dalam industri Kewangan.
6. Berpengalaman / Tiada pengalaman.
7. Perwatakan menarik.
8. Jujur dan Amanah.
9. Mampu berdikari.
10. Berdisiplin.

Kelebihan :
• 100% berdasarkan komisen (Commissioned Based Only).
• Pendapatan tidak terhad (unlimited income)
• Waktu kerja yang fleksibel
• Latihan dan bimbingan akan diberikan
• Marketing tools disediakan.
• Berpeluang membina kerjaya yang hebat dengan pendapatan lumayan di salah sebuah firma Perunding Takaful Keluarga yang terkemuka di utara Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya dengan menelefon/whatsapp/email ke :

AZIZAM SAIDINA OTHMAN
Pengarah Agensi Kump**an
Etiqa Family Takaful Berhad
Pejabat Agensi Wilayah Utara
No 47. Jalan Kolej Heights
Kolej Heights Commercial Square
Kolej Heights Utara
06000 Jitra. Kedah

Tel/Whatsapp : 019-577 8008
Email : [email protected]

Pautan WhatsApp:

25/09/2017

Sangat HEBATT!!

8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!
Pendidikan boleh diperoleh di mana-mana sahaja dan tidak tertakluk kepada apa-apa syarat, lebih-lebih pada zaman teknologi ini. Sama ada di universiti, kolej, politeknik, rumah mahupun di jalanan, pelajaran boleh diperolehi jika kita mahu.

graduasi 631

Tidak menamatkan pelajaran di peringkat universiti, tidak bermaksud anda gagal, apa yang penting adalah anda tahu apa yang anda minat dan mahukan, dan bekerja keraslah mengejar cita-cita anda.

iluminasi.com ingin berkongsi 8 individu paling kaya di dunia yang tidak menamatkan pelajaran di universiti.



8. Steven Spielberg – RM15.5 billion
steven spielberg 92

Beliau merupakan antara pengarah paling terkenal di dunia. Beliau juga merupakan antara salah seorang paling kaya di Hollywood.

Selepat tamat sekolah menengah, beliau memohon untuk memasuki sekolah perfileman di Universiti Southern California. Namun ia ditolak disebabkan gred beliau yang kurang memuaskan. Beliau kemudian diterima masuk ke California State University.

Ketika sedang belajar, beliau bekerja sebagai pelatih tak berbayar di Universal Studios di bahagian penyuntingan. Beliau kemudian diberi peluang untuk menghasilkan filem pendek, yang mana ditulis dan arahkan sendiri, bertajuk Amblin’.

Ia berjaya menambat hati Naib Presiden Universal Studios dan diberikan kontrak 7 tahun bersama Universal Studios membuatkan beliau berhenti daripada belajar di universiti.

Ia menjadikan Steven Spielberg sebagai individu termuda mendapat kontrak jangka masa panjang bersama Universal Studios.



7. Ralph Lauren – RM22.2 billion
ralph lauren

Jenama Ralph Lauren adalah antara jenama pakaian paling terkenal dan terkemuka di dunia. Ia merupakan hasil idea kreatif pengasasnya, Ralph Lauren. Beliau lahir di Amerika Syarikat dalam sebuah keluarga imigran dari Rusia. Beliau sejak kecil bercita-cita untuk menjadi kaya, dan mula bekerja dalam bidang pakaian sejak usia remaja.

Ralph kemudian menyambungkan pelajarannya di Baruch College (City University of New York) dalam bidang perniagaan, selepas tamat sekolah menengah. Namun beliau berhenti daripada belajar dan menyertai pas**an tentera selepas 2 tahun di kolej tersebut.

Seterusnya Ralph bekerja di sebuah syarikat tali leher sebagai jurujual ketika berusia 28 tahun.

Kerana segala ideanya ditolak oleh syarikat yang beliau bekerja, akhirnya Ralph menubuhkan Ralph Lauren Corporation pada tahun 1967.

Dan kerana minatnya terhadap s**an, beliau menamakan pakaian lelaki pertama yang dihasilkannya sebagai “Polo”. Kini Polo Ralph Lauren terkenal di seluruh dunia.



6. Dustin Moskovitz – RM57.5 billion
dustin moskovitz

Ramai yang mengenali nama Dustin Moskovitz sebagai rakan sebilik Mark Zuckerberg yang membantu membina laman sesawang Facebook ketika sama-sama belajar di Universiti Harvard.

Setelah 2 tahun menyambungkan pelajaran di Universiti Harvard dalam bidang ekonomi, beliau berpindah ke Palo Alto menyertai pas**an Facebook mengembangkan syarikat tersebut. Namun pada tahun 2008, Dustin meninggalkan Facebook dan mengasaskan syarikat perisian komputer, Asana, bersama Justin Rosenstein.

Berdasarkan 2.3% saham yang dipegangnya dalam Facebook, pada Mac 2011, Dustin menjadi billionaire ke-2 termuda dalam sejarah, menurut Forbes.



5. Paul Allen – RM86.9 billion
paul allen

Paul Allen merupakan rakan baik Bill Gates, yang juga merupakan rakan zaman persekolahan. Selepas tamat sekolah di Lakeside School, Paul yang mendapat markat penuh bagi SAT (markah untuk masuk ke kolej) iaitu 1600. Beliau diterima masuk ke Washington State University, kemudiannya berhenti daripada universiti selepas 2 tahun untuk bekerja sebagai programmer di Honeywell.

Paul kemudiannya bekerjasama dengan rakannya Bill Gates dan menubuhkan Microsoft pada tahun 1975, yang kini menjana keuntungan RM358 billion setahun. Paul Allen juga merupakan pengasas dan CEO syarikat Vulcan Inc.

Paul meninggalkan Microsoft pada tahun 1982 kerana masalah kesihatan yang serius. Pada Jun 2017, kekayaan Paul Allen merupakan manusia ke-46 paling kaya di dunia.



4. Michael Dell – RM104 billion
michael dell

Michael Dell merupakan pengasas dan CEO kepada syarikat Dell Technologies, antara salah satu syarikat infrastruktur teknologi terbesar di dunia. Michael Dell menyambungkan pelajaran di University of Texas dalam bidang perubatan. Ketika itu, beliau memulakan bisnes secara tak langsung, dengan menjual peralatan menaiktaraf komputer peribadi, di biliknya di asrama.

Michael mula menyedari bahawa banyak wang dapat dijimatkan dengan menjual komputer terus kepada pembeli, daripada mereka membeli terus dari kedai.

Berbekalkan modal RM4,200 daripada simpanan beliau, Michael Dell menubuhkan syarikat “PC’s Limited” pada tahun 1984. Beliau menjual komputer dengan harga yang lebih murah daripada kedai-kedai yang dihasilkan sendiri dengan memasang komponen-komponen menjadi sebuah komputer.

Pendapatan Dell Technologies pada tahun 2016 adalah RM258 billion, dan nilai kekayaan Michael Dell menjadikan beliau individu ke-37 terkaya pada Februari 2017.



3. Larry Ellison – RM254 billion
larry ellison

Larry Ellison terkenal sebagai pengasas bersama dan CEO Oracle Corporation. Larry melanjutkan pelajaran di University of Illinois selepas tamat sekolah menengah. Namun disebabkan ibunya meninggal dunia, beliau telah berhenti belajar.

Larry kemudiannya meneruskan pelajarannya semula di University of Chicago, dan ia hanya bertahan selama 1 semester sahaja sebelum beliau sekali lagi berhenti. Ketika di University Chicago, beliau mula mengenali rekabentuk komputer buat kali pertama.

Pada 1970-an, Larry bekerja dengan syarikat Ampex Corporation di mana beliau membina pangkalan data untuk CIA yang diberi nama “Oracle”. Dan pada tahun 1977, beliau mengasaskan Oracle bersama-sama Bob Miner dan Ed Oates.

Kini Larry merupakan manusia ke-7 paling kaya di dunia.



2. Mark Zuckerberg – RM300 billion
mark zuckerberg

Tak perlu diperkenalkan lagi nama ini. Ramai yang sudah mengetahui cerita Mark Zuckerberg melalui filem “Social Network”. Mark mula menggunakan komputer dan menghasilkan perisian komputer sejak usia muda lagi. Individu yang bertanggungjawab mengajarnya dalam bidang ini adalah bapanya yang mengajar Atari BASIC Programming.

Mark kemudian diajar secara persendirian oleh David Newman, sorang pembina perisian komputer. Mark Zuckerberg melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard dan di situlah beliau mula-mula membina laman web yang dahulunya dikenali sebagai “The Facebook”.

Setelah Facebook semakin berkembang, Mark berhenti dari Universiti Harvard ketika tahun kedua untuk meneruskan projek, yang kini mempunyai 2 billion pengguna di seluruh dunia.

Mark Zuckerberg kini merupakan individu ke-5 terkaya di dunia, dengan nilai kekayaan RM300 billion. Walaupun tak menamatkan pelajaranya, Mark menerima ijazah kehormat daripada Universiti Harvard pada 28 Mei 2017.



1. Bill Gates – RM360 billion
bill gates 949

Berada di tangga pertama senarai ini tidak lain dan tidak bukan, manusia paling kaya atas muka bumi dengan kekayaan RM360 billion, Bill Gates. Bill Gates melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard pada 1973, selepas mendapat markah SAT 1590 (markah penuh 1600).

Bill Gates yang memilih kursus pra-undang-undang kemudiannya menyambung ijazah dalam komputer sains. Ketika berada di Harvard, beliau mengenali Steve Ballmer. Selepas 2 tahun di Harvard, Paul Allen meyakinkan Bill Gates supaya berhenti belajar untuk bekerjasama membina syarikat Microsoft.

Bill Gates membuat keputusan meninggalkan Harvard untuk Microsoft, manakala Steve Ballmer menghabiskan pelajarannya.

Steve Ballmer yang mempunyai ijazah, kemudiannya diambil bekerja di Microsoft oleh Bill Gates, yang tidak menamatkan pelajaran. Walaupun tidak menamatkan pelajaran, Bill Gates berkata, :

“Walaupun saya tidak menamatkan pelajaran dan bernasib baik mengejar kerjaya dalam bidang perisian komputer, namun mendapatkan ijazah adalah lebih selamat untuk mengejar cita-cita,”.

Kini Microsoft merupakan antara syarikat paling berjaya atas muka bumi.

13/09/2017

JAWATAN KOSONG BERKOMISEN - JITRA

1) Terbuka kepada Calon Lelaki dan Wanita
2) Berusia 25 - 45 tahun
3) Memiliki sekurang kurangnya SPM
4) Ada kenderaan sendiri
5) Pendapatan berkomisen antara RM1,000 - RM2,500 sebulan

Dan, Jika anda s**a melancong? Jom sertai kami. Setiap tahun ada Trip keluar negara. Jadilah sebahagian dari kami di Kedah & Perlis. Whatsapp ke 019-577 8008 atau KLIK
www.wasap.my/60195778008/JawatanBerkomisenJitra

Berminat? Sila datang ke,
Etiqa Takaful Berhad
Pejabat Agensi Wilayah Utara.
No 43. Jalan Kolej Heights.
Kolej Heights Utara.
06000 Jitra. Kedah.
Tel: 04-714 5009

KLIK, Link dibawah untuk lihat TRIP yang ditawarkan:-
https://drive.google.com/file/d/0B2NjqX_7FudjMTRmZmdIVElpd1k/view?usp=drive_web

18/08/2017

Assalamualaikum.

WAKIL TAKAFUL KELUARGA DIPERLUKAN DI LANGKAWI. KEDAH

Peluang Kerjaya Sebagai PERUNDING TAKAFUL KELUARGA secara SEPENUH MASA / SAMBILAN di Pulau Langkawi

Calon mestilah
● Beragama Islam
● Berusia 24-45 tahun
● Lelaki & Wanita
● Mempunyai Kenderaan Sendiri
● Bercita cita untuk jadi Usahawan
● Boleh berdikari dengan pengawasan minima

Insentif yang ditawarkan
● Pendapatan yang tidak terhad
● Pakej Umrah & Ziarah kepada yang layak
● Bonus dan Pengiktirafan
● Dan, banyak lagi insentif ditawarkan

Jika anda berminat?

Whatsapp ke www.wasap.my/60195778008/WakilTakafulLangkawi

Whatsapp ke 019-577 8008
Whatsapp ke 019-577 8008
Whatsapp ke 019-577 8008

25/07/2017

JAWATAN KOSONG - JITRA

1) Terbuka kepada Calon Lelaki dan Wanita
2) Berusia 22 - 45 tahun
3) Memiliki sekurang kurangnya SPM
4) Ada kenderaan sendiri
5) Pendapatan berkomisen antara RM1,000 - RM2,000 sebulan

Dan, Jika anda s**a melancong? Jom sertai kami. Setiap tahun ada Trip keluar negara. Jadilah sebahagian dari kami di Kedah & Perlis. Whatsapp ke 019-577 8008 atau KLIK
www.wasap.my/60195778008

Berminat? Sila datang ke,
Etiqa Takaful Berhad
Pejabat Agensi Wilayah Utara.
No 43. Jalan Kolej Heights.
Kolej Heights Utara.
06000 Jitra. Kedah.
Tel: 04-714 5009

KLIK, Link dibawah untuk lihat TRIP yang ditawarkan:-
https://drive.google.com/file/d/0B2NjqX_7FudjMTRmZmdIVElpd1k/view?usp=drive_web

07/05/2017

PREVIEW KERJAYA BERSAMA ETIQA

Tarikh: 12 Mei 2017

Hari: Jumaat

Masa: 8.30 malam

Tempat: Etiqa Takaful Berhad. Pejabat Agensi Wilayah Utara
No 47. Jalan Kolej Heights. Kolej Heights Utara. 06000 Jitra. Kedah ( Depan PPD Kubang Pasu )

Semua dijemput hadir

Topik:-
1) Potensi Perniagaan
2) Potensi Kerjaya
3) Potensi Pendapatan

Maklumat lanjut. Call atau Whatsapp 019-5778008 atau KLIK sini www.wasap.my/60195778008

PELUANG menjadi WAKIL kepada ETIQA TAKAFUL BERHAD. Selain KOMISEN bulanan, Bonus Bulanan, Bonus Tahunan. Anda juga berpe...
09/02/2017

PELUANG menjadi WAKIL kepada ETIQA TAKAFUL BERHAD. Selain KOMISEN bulanan, Bonus Bulanan, Bonus Tahunan. Anda juga berpeluang mengikuti pengembaraan ke luar NEGARA yang ditaja sepenuhnya oleh ETIQA TAKAFUL BERHAD

Jutawantakaful.com

Di Etiqa Takaful Berhad. Kami menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi WAKIL ETIQA secara sambilan atau sepenuh masa. Peluang kerjaya yang menjanjikan potensi pendapatan yang tidak terhad. Kerjaya ini boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan ke 2 anda sekiranya anda telah memil...

12/01/2017

Assalamualaikum.

Esok 13 Januari 2017. Jam 10 pagi, Bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Agensi Etiqa Takaful Berhad. Bandar Darulaman, Jitra. Kedah

Ada satu SESI PENERANGAN KERJAYA sebagai WAKIL ETIQA.

Anda akan didedahkan dengan Potensi Kerjaya, Potensi Pendapatan dan sebagainya.

Sesiapa yang tengah atau sedang mencari kerjaya dijemput hadir

Sila hubungi 019-577 8008 untuk maklumat lanjut.

Motivasikan diri kita dengan melayari Jutawanmelayu.com
08/01/2017

Motivasikan diri kita dengan melayari Jutawanmelayu.com

January 5, 2017 Jutawan Muda Jutawan Takaful Jutawan Takaful Azizam Saidina Othman pernah berniaga di pasar malam, menjadi promoter di supermarket dan menjadi operator kilang di Penang Seagate dari tahun 1994 hingga 1997. Pada tahun 1997 beliau menyertai MNI Takaful Sdn Bhd sebagai seorang Wakil Tak...

Address

Jitra
06000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muda, Kaya, Berjaya & Bergaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share