Perunding Eksklusif Takaful & Pusaka

Perunding Eksklusif Takaful & Pusaka Associate Wealth Planner (IFP, FPAM)
Takaful One Stop Centre
Professional & Unbiased Advice Across 9 Takaful Operators

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong ...
01/01/2022

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (p**a) menolong bapanya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka jangan sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (p**a) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.

(Surah Luqman, ayat 33)

--------

Semakin bertambah usia, semakin mendekatkan diri kita ke arah kematian.

Oleh itu, jadikanlah penghijrahan tahun baru ini sebagai 'hadiah' untuk diri sendiri, agar menjadi versi yang lebih baik dari hari-hari semalam yang telah kita tinggalkan.

Selamat Tahun Baru 2022 Masihi.

Semoga kita semua terus dipelihara Allah, diberi petunjuk jalan untuk menuju ke arah jalan-jalan kebaikan.

Amin Ya Robbal Alamin ❤️

🌹Perunding Eksklusif Takaful dan Pusaka
NURUL HASANAH YUSOP
012.751.5257



Tahukah berapa nilai RM3.50 sehari? RM250,000 Hibah Takaful.Tahukah berapa nilai RM3.50 sehari? Ganti gaji kita 3-5 tahu...
17/12/2021

Tahukah berapa nilai RM3.50 sehari?
RM250,000 Hibah Takaful.

Tahukah berapa nilai RM3.50 sehari?
Ganti gaji kita 3-5 tahun andai takdirnya kita lumpuh/meninggal dunia.

Tahukah berapa nilai RM3.50 sehari?
Ganti gaji kita andai takdirnya disahkan menghidap penyakit kritikal.

Tahukah berapa nilai RM3.50 sehari?
Anak isteri/ pasangan boleh maintain lifestyle yang sama (tidak jatuh lebih teruk dari kehidupan sebelumnya) untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 3-5 tahun.

Masa terhad sehingga 31.12.2021 sahaja.

Biar 5 minit awal, jangan terlewat 1 saat.

🌹NURUL HASANAH YUSOP
Perunding Eksklusif Takaful dan Pusaka
012.7515257

Setiapkali ada isu viral tentang rumitnya kaedah pembahagian dan pengagihan pusaka, kebiasaannya akan ada yang komen;"Se...
19/11/2021

Setiapkali ada isu viral tentang rumitnya kaedah pembahagian dan pengagihan pusaka, kebiasaannya akan ada yang komen;

"Sebab tu kita kena buat wasiat'

atau

"Jom lah pakat-pakat kita buat wasiat".

Sedangkan, wasiat juga BUKAN lah satu jaminan yang bahagian pusaka tersebut mesti dapat kepada waris yang dinamakan, sepertimana yang tertulis dalam wasiat.

Ya betul, hukum melaksanakan wasiat adalah WAJIB. Namun, wajib yang dimaksudkan disini adalah wasiat kepada BUKAN waris. Sedangkan pasangan dan anak-anak kandung adalah waris.

Dalam erti kata lain, wasiat kepada waris memerlukan persetujuan daripada semua waris yang lain. Ia berbeza dengan wasiat kepada BUKAN waris. Jadi sekiranya ada waris yang tidak setuju, maka wasiat tersebut TIDAK BOLEH dilaksanakan.

Antara faraidh, wasiat dan hibah, semuanya ada peranan masing-masing. Ada sebab mengapa Allah memberi hukumnya begitu.

Jadi jom ambil tahu, dan jangan lagi keliru 😉

------

www.wasap.my/60127515257

🌹I'm sharing awareness
NURUL HASANAH BINTI YUSOP
012 7515257

Seriously,Kalau selama ni kita dah terdetik untuk buat Hibah Takaful, inilah masanya. Sebab plan  , adalah antara plan y...
18/11/2021

Seriously,

Kalau selama ni kita dah terdetik untuk buat Hibah Takaful, inilah masanya. Sebab plan , adalah antara plan yang terbaik, paling terlaris dan paling berbaloi untuk semua.

Kalau biasanya minima sum covered adalah RM350 ribu, tapi dengan promo yang akan berakhir pada 31 Disember 2021, minima sum covered yang dibenarkan telah diturunkan menjadi RM250 ribu.

Kalau sebelum ni kita rasa 'berat' dengan sumbangan RM140 sebulan untuk RM350 ribu, namun dengan promo ini, sumbangan bulanan hanya tinggal RM100 sebulan untuk RM250 ribu.

Dan dengan RM100 sebulan ini lah, ia boleh bertukar menjadi SUKU JUTA hingga RM 1 JUTA pada bila-bila masa, disaat berlakunya perkara yang tidak kita jangka.

Antara ikhtiar dangan tawakkal, dan ikhtiar TANPA tawakkal. Sudah tentu ada bezanya. Kan?

Takaful bukan bertujuan untuk menjadikan kita kaya. Tapi Takaful, untuk mengelakkan kita mahupun keluarga menjadi orang yang meminta-minta.

Sebab, ada beza antara takdir yang 'kita pilih', dengan takdir yang telah Allah tetapkan untuk kita.

😔

www.wasap.my/60127515257/hibahtakaful

www.wasap.my/60127515257/hibahtakaful

www.wasap.my/60127515257/hibahtakaful

🌹I'm sharing awareness
NURUL HASANAH YUSOP
012.7515257

Polisi kita Insurans atau Takaful? Pernah semak?Sebab...Ada beza antara Insurans dan Takaful. Tapi yang sedihnya, ramai ...
12/11/2021

Polisi kita Insurans atau Takaful? Pernah semak?

Sebab...

Ada beza antara Insurans dan Takaful. Tapi yang sedihnya, ramai lagi tak ambil cakna. Bermacam 'dalil' dan hujah yang dikeluarkan untuk 'memaafkan' diri sendiri 🥺

Yang pasti, memilih antara Halal dan Haram itu adalah TANGGUNGJAWAB kita. Jadi selagi ada pilihan untuk yang halal, maka pilihlah yang halal. Melainkan jika kita tiada pilihan lain (dalam keadaan dharurat).

Tidak kira sama ada polisi Insurans Hayat, ataupun polisi Takaful Am (kenderaan dan lain-lain), kita wajib ambil tahu apabila ia melibatkan Halal dan Haram.

Nak saya bantu reviewkan polisi?
Boleh hubungi saya.

Insya Allah, saya pasti bantu dengan sebaiknya.

Pilihan kita, tanggungjawab kita.

🌹 I'm sharing awareness
NURUL HASANAH BINTI YUSOP
012.7515257

LAGI TENTANG 'SEDEKAH'...Untuk pemahaman yang lebih mudah, kita boleh anggap begini.Konsep Takaful, macam juga Tabung Kh...
29/11/2020

LAGI TENTANG 'SEDEKAH'...

Untuk pemahaman yang lebih mudah, kita boleh anggap begini.

Konsep Takaful, macam juga Tabung Khairat Kematian. Setiap tahun, kita bayar ke Tabung Khairat, dengan niat jika kelak kita meninggal dunia, wang yang kita 'dermakan' ke dalam tabung tersebut boleh digunakan untuk menguruskan jenazah kita nanti.

Ok. Katakan dah berbelas tahun kita bayar ke Tabung Khairat, pernah tak kita terfikir;

"Buat rugi je bayar Tabung Khairat setiap tahun, tapi tak meninggal pun lagi?"

Dan lagi,

Boleh tak kita dapat semula wang yang kita dah dermakan untuk Tabung Khairat sebab kita masih lagi hidup selepas bertahun-tahun bayar?

Pernah terfikir?

----

Dah betullah. Tabung Khairat dianggap tidak membebankan sebab kita bayar pun cuma setahun sekali. Tapi kena tengok juga, kos pengurusan jenazah pun sekian-sekian.

Tapi Tabung Takaful ni, kita kena bayar setiap bulan sebab pampasan yang kita ATAU waris kita dapat pun puluhan ribu, atau ratusan ribu, atau mungkin jutaan ringgit, yang secara logiknya, sukar untuk kita kumpulkan pada masa yang singkat. Bergantung p**a pada jumlah sumbangan yang kita bayar setiap bulan.

Jadi, dah boleh faham konsepnya macam tu kan?

Takaful, serendah RM50 sebulan pun ada. Kalau kita boleh main kutu duit setiap bulan untuk pergi bercuti, bermakna kita sebenarnya mampu untuk buat sumbangan Takaful. Percayalah 😥

Dah ramai orang rasa ralat sebab tak ambil Takaful semasa dia sihat. Jadi, ambillah pengajaran dari kisah orang lain.

Takaful, tak semahal mana. Yang mahal itu hanyalah KESEDARAN kita.

🌹I'm sharing awareness
NURUL HASANAH YUSOP
012 7515257

Kata prospek:"Kami suami isteri berniaga kecil-kecilan kak. Sebenarnya dah lama survey tentang Takaful. Takaful memang p...
29/11/2020

Kata prospek:

"Kami suami isteri berniaga kecil-kecilan kak. Sebenarnya dah lama survey tentang Takaful. Takaful memang penting sebab kadang-kadang kita tak tahu benda nak jadi kan?"

"Eh jangan cakap begitu. Semua perniagaan yang besar tu pun bermula dengan yang kecil. Akak doakan semoga perniagaan awak suami isteri semakin maju, dikurniakan rezeki melimpah ruah, kehidupan awak sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah selalu"

"Amin Ya Robb. Terima kasih banyak kak"
--------

P/s: Jangan ambil ringan dengan kuasa sedekah melalui Tabung Takaful. Boleh jadi ia menjadi asbab rezeki kita semakin melimpah ruah kan?

Hari ini kita bayar Takaful dan kita masih sihat. Tapi di luar sana, mungkin ada peserta Takaful yang sedang memerlukan 'duit sumbangan' kita untuk membiayai kos rawatannya. Atau ada anak yatim yang baru kehilangan tunggak utama dalam keluarga, memerlukan 'duit sumbangan' kita untuk kelangsungan hidup seterusnya.

Sedekah ke dalam Tabung Takaful, adalah sedekah yang berpanjangan pahalanya.

Kita bersedekah pada orang selama ini, pernah ke kita marah dan berkira sebab tak dapat semula apa yang kita sedekahkan?

🌷 I'm sharing awareness
NURUL HASANAH BINTI YUSOP
012.751.5257

Address

Jasin
75450

Telephone

+60127515257

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Eksklusif Takaful & Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perunding Eksklusif Takaful & Pusaka:

Shortcuts

Share