12/09/2018
*ADA APA DENGAN HIBAH?**
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Selamat berpagi Isnin kepada kenalan Facebook saya sekalian. Moga perjalanan anda ke tempat kerja pada pagi ini tidaklah sebegitu stress memandngkan sedang cuti sekolah, maka kesesakkan lalu lintas pun berkurangan.
Pada beberapa hari lepas, ada seorang telah bertanya kepada saya melalui Facebook adakah beliau boleh mewasiatkan hartanya kepada isterinya? Takut anything happen kepada dirinya kelak.
Saya salute kata abang ni yang memang matang dan berfikiran jauh tentang kebajikan isteri serta anak-anak yang tercinta. Orang macam inilah saya bagi 10/10 dalam skor sebagai husband mitahli yang baik.
Namun, abang ini telah sedikit salah faham tentang konsep wasiat ini. Sebenarnya apa yang beliau ingin lakukan adalah membuat hibah kepada isterinya.Ramai yang salah faham tentang perbezaan antara WASIAT, FARAID dan HIBAH.
Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang apakah sebenarnya HIBAH
Apakah Hibah?
HIBAH ialah pemberian milik tanpa balasan oleh Penghibah secara sukarela semasa hayat atas dasar kasih sayang.
Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.
Jenis Hibah
1. Hibah Bersyarat –
a) Umra - pemberian hibah diberikan kpd penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dahulu.
b) Ruqba – melihat kepada siapa yang meninggal dahulu. Sekiranya penerima hibah mati dulu harta hibah akan dikembalikan kpd pemberi hibah.
2. Hibah tidak bersyarat - Mutlak. Hakmilik diberi secara mutlak
Faedah Hibah
• Penghibah bebas menghibahkan harta yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati.
• Jenis harta yang boleh dihibahkan ialah rumah / hartanah yang tidak bercagar dan mempunyai surat hakmilik/geran serta wang tunai sahaja.
• Ibubapa boleh menghibahkan harta kepada anak angkat & anak kandung.
• Suami / isteri dapat menghibahkan harta kepada sesama mereka.
• Harta yang dihibah terkeluar daripada pentadbiran harta pusaka.
• Sesiapa sahaja layak menerima harta Hibah.
• Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain.
• Sebagai satu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta bagi saudara baru / mualaf.
• Penghibah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan.
• Pembatalan Hibah adalah dibolehkan jika melibatkan Hibah yang dibuat oleh ibu/bapa kepada anak atau datuk/nenek kepada cucu jika memenuhi syarat-syarat tertentu atau juga atas persetujuan bersama Penghibah dan Penerima Hibah
Pembahagian Hibah
Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.
Kelebihan Hibah Berbanding Wasiat
Satu kelebihan hibah berbanding wasiat, seorang boleh menghibahkan hartanya kepada waris atau seseorang lain semasa dia masih hidup dan jumlahnya tidak terhad. Berbanding wasiat, kadar yang boleh diwasiatkan terhad satu pertiga daripada keseluruhan harta dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada waris yang tidak berhak menerima pusaka kecuali dengan persetujuan waris lain.
Deklarasi hibah perlu dibuat secara bertulis, dengan khidmat peguam syarie bertauliah, supaya dokumen itu tidak berlawanan dengan hukum syarak dan undang-undang. Hibah secara bertulis atau sempat dilaksanakan semasa pemberi hibah masih hidup mungkin tidak mendatangkan masalah.
Jika isu mengenai hibah timbul selepas pemberi hibah mati dan hibah tidak dibuat secara bertulis, pengesahan status hibah perlu di buat di Mahkamah Syariah. Masalah mungkin timbul ialah saksi tidak cukup, saksi sudah meninggal dunia atau kesaksian yang tidak konsisten.
Hibah dapat membantu ekonomi umat Islam, merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang sesama insan. Konsep hibah wajar disuburkan kembali dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Sekian sahaja perkongsian saya mengenai Hibah vs Wasiat. Insyallah panjang umur saya kongsi artikel berkenaan legal lagi.
Sekian,
NOOR ATIKAH
Islamic Financial Advisor
www.wasap.my/601131091169
RAKYAT PERLU ADA INSURANS JIKA MAHU KE HOSPITAL KERAJAAN
Kerajaan PH akan melaksanakan sistem insurans kesihatan kebangsaan secara berperingkat-peringkat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata pada masa ini, hanya 20 hingga 30 peratus sahaja penduduk Malaysia membeli insurans kesihatan.
Kerajaan perlu mencari cara supaya rakyat kumpulan B40 yang berpendapatan rendah juga membeli insurans.
Sekiranya kumpulan B40 membeli insurans, hampir semua populasi penduduk Malaysia akan mempunyai insurans kesihatan sendiri.
Dr Lee berkata "Kami mencadangkan perlindungan minimum antara RM10,000 dan RM20,000 bagi setiap keluarga dengan bayaran premium di bawah RM1,000 setahun. Itu sesuatu yang boleh dilaksanakan."
Dr. Lee memberitahu media bahawa Kementerian mempunyai niat untuk memberi insurans secara percuma kepada golongan B40 (bagi perlindungan minimum), tetapi ia masih dalam cadangan dan kajian Kerajaan.
Jika hutang kerajaan masih belum selesai, mungkin ia tidak dapat dilaksana dan rakyat dalam golongan B40 kemungkinan akan perlu membayar sendiri kerana premium RM1000 setahun tidak lah begitu mahal.
"Bagi mereka yang merasakan jumlah nilai perlindungan RM20,000 atau RM10,000 tidak mencukupi, mereka boleh membeli sendiri untuk menambah nilai perlindungan," katanya lagi
Sistem perlindungan insurans kesihatan ini adalah mandatori untuk menampung peningkatan kos penjagaan kesihatan oleh Kerajaan.
Tidak seperti Kerajaan dahulu, banyak wang rakyat dan cukai telah dihabiskan untuk menampung kos rawatan hospital golongan B40 ini.
Walaupun terdapat keperluan kenaikan caj bagi prosedur rawatan sediada, Kerajaan BN sebelum ini tetap menyatakan komited untuk memberikan subsidi yang tinggi bagi rakyat termasuk rawatan pesakit luar dan ini akan melibatkan kerugian wang yang sangat banyak.
-Tun Carlos