22/09/2025
📌 Life insurance / family takaful @ “hibah takaful” : BUKAN MLTT ?
Meeting xtvt & bincangkan bbrp case hari ni bersama .
Menarik case hari ni, moga memberi manfaat kpd semua yg membaca, in shaa Allah :
Satu2nya rumah yg dibeli masih dlm loan
Baki loan lbh krg RM900k
Masa sign LO, REN + wakil takaful/agen insurans advice tak perlu ambil MRTT tp advice utk ambil family takaful @ “hibah takaful”/life insurance dengan manfaat kematian bernilai RM500k yg diperkenalkan sebagai “MLTT” 😌..
Family takaful @ “hibah takaful”/life insurance ➡️ Untuk pastikan sijil/polisi ini aktif, pemilik sijil/polisi perlu pastikan sumbangan/premium dibuat/dibyr setiap bulan/tahun sehingga tamat tempoh sumbangan/byrn yg memakan tahun (compare to MRTT - mmg dah didesign utk mengurangkan risiko lapse so sumbangan sijil sepanjang tempoh pinjaman dah dikira sekali dlm loan perumahan). Siji/polisi family takaful @ “hibah takaful”/life insurance berpotensi lapse yg blh menyebabkan manfaat kematian RM500k itu terbatal bila sumbangan/caruman tidak lagi diteruskan oleh pemilik sijil/polisi. So kalau situasi lapse ni berlaku, bagaimana baki pinjaman perumahan ini dpt dilangsaikan & adakah instrumen yg kita beri kpd pelanggan ini betul2 sesuai & betul2 dpt menyelesaikan mslh pelanggan di kemudian hari?
📌 PENTING utk kita faham, life insurance / family takaful @ “hibah takaful” : BUKAN MLTT
Ini bukan kes pertama yg kami jumpa. Pelanggan dtg nak buat hibah rumah tapi bila MRTT takde / tak cukup cover kami tak dpt teruskan. Boleh rujuk kpd Fatwa Hibah Negeri Selangor diwartakan pada 8 April 2021:
Hibah harta dalam gadaian adalah sah sekiranya harta yang dihibahkan (mawhub) dilindungi oleh takaful seperti Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)/ Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) secara penuh atau mendapat keizinan daripada pemegang gadaian ➡️ https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-hibah-di-negeri-selangor/
Menyediakan dokumen perwarisan harta bukan sekadar sembang atau janji lisan. Tanpa hitam putih yang sah dan mengikat undang-undang, semua kata-kata hanya tinggal kenangan. Bila ajal tiba, hasrat yang ingin disampaikan tidak dapat dilaksanakan, lalu terkubur bersama pemergian. Dokumen perwarisan satu usaha utk si mati pastikan amanah terakhir terlaksana, hak si mati dilaksana, harta pusaka si mati menjadi penguat kasih syg & keharmonian antara waris. In shaa Allah 💚
Jommm REN / Wakil Takaful / Agen Insurans / Sape2 je yg nak sama2 belajar faraid, perancangan harta & pengurusan pusaka bersama , ☕️☕️ dengan kami di Santai Le Fleur RABU ni - 24 September ni, jam 2:30ptg. Dengar je dulu sharing dari kami kenapa kita perlu mendalami ilmu ni, takde paksaan utk terus berlesen dgn kami, kita kenal2 dulu k. Pm saya utk daftar ya 🫰🏼
Nak
Nak
Nak join ?
Jommm ☕️☕️ di Santai Le Fleur 😍