01/03/2020
"Takde masa la nak buat itu ini..." Betul ke?
Ada hampir 7 bilion manusia didunia. Setiap kita semuanya ada 24 jam sehari. Bezanya, ada yang boleh buat macam-macam perkara dalam sehari. Tapi, ada juga yang satu benda pun tak menjadi. Kenapa begini?
Sebenarnya ialah bagaimana kita guna masa yang ada secara EFEKTIF.
Kita memang ada banyak urusan seharian kita, tak termasuk tanggungjawab lain juga kepada keluarga, anak-anak, ibubapa, rakan-rakan dan juga urusan kemasyarakatan atau organisasi.
Saya kongsikan sini;
TIPS GUNA MASA SECARA EFEKTIF
1. Bangun awal pagi
Awal pagi ini terbukti dapat berikan ketenangan pada minda. Badan juga rasa fresh selepas tidur. Mudah untuk fokus buat kerja sebab anak-anak pun masih tidur masa ni.
Biasakan diri, walaupun hari cuti, cuba juga untuk bangun seawal mungkin. Umat Islam amat bertuah sebab kita memang wajib bangun awal untuk solat subuh. Katakanlah, kalau kita bangun setiap hari awal 1 jam sebelum urusan-urusan lain bermula (solat, bersiap untuk kerja, bersiap anak-anak), seminggu kita ada 7 jam extra, sebulan ada 30 jam extra. Banyak benda kita boleh langsaikan dalam masa 30 jam ni. Kerja pejabat, assignment universiti, projek-projek organisasi etc.
2. Rancang hari
Ni yang jarang kita buat. Jarang kita rancang hari kita. Bila dah bangun awal tu, ambil masa 10-15 min untuk buka planner/calendar kita untuk apa urusan-urusan penting hari tu. Selain itu, masukkan juga dalam planner hari itu urusan2 lain yg [important/not urgent] yg kita boleh langsaikan diantara urusan-urusan penting tadi.
Sebenarnya, kalau kita mulakan hari kita dengan perancangan yang rapi, kita akan dapati banyak masa-masa kosong dalam hari kita. Kita tak perasan sebab kita tak betul-betul tengok. Masa-masa kosong ni kita boleh isi dengan perkara-perkara kecik yg penting.
Bila takde perancangan, sebab tu banyak masa-masa kosong (biasanya antara urusan-urusan penting, atau antara kelas/lectures) akan hilang begitu sahaja dengan melepak, bersantai, bersembang kosong etc.
Lebih baik kalau kita tulis semua perancangan ni atas kerras atau guna phone calendar atau reminder. Biar ada list yg kita boleh tengok, kalau takde kita akan lupa.
3. Sarapan
Jangan lupa untuk sarapan. Tak perlu terlalu komplex atau berat. Makanan untuk sekadar "alas perut" juga tak cukup. Sarapan ni penting untuk bagi tenaga hari kita nnt. Kalau tak sarapan atau terlalu ringan, nnt takde tenaga, atau belum lagi sampai tengah hari dah lapar. Sesuaikan sarapan dengan kerja kita. Kalau kerja berat, makan berat sikit. Kalau kerja pejabat aircon, tak perlu berat sangat.
Kalau sarapan tu mencukupi, kadang-kadang dah tak perlu untuk makan tengah hari. Kita tak lapar, dan masih bertenaga untuk teruskan kerja. Ini akan jimat masa dan duit.
4. Minum kopi atau teh.
Kopi atau teh ni ada caffeine. Sedikit caffeine dalam kopi atau teh ni dapat bagi kesegaran dan motivasi untuk buat kerja. Kerja/belajar dalam keadaan mengantuk atau penat sangat tak efektif, malah mungkin tak berkualiti langsung (mungkin kita kena buat balik - rugi masa).
Boleh minum kopi up to 3 cawan sehari. Ada kajian kata, up to 5 cawan pun masih lagi selamat untuk kesihatan. Kopi pagi sekali, kemudian secawan lagi pukul 11, kemudian secawan lagi pukul 2.. akan dapat bagi kesegaran sampai ke pukul 8 mlm.
5. Rest, Review, Refresh.
Sebenarnya, habit yg baik juga ialah bila kita kena buat banyak benda ni ialah stop kejap, ambil masa untuk review balik progress dan next step, daripada terus menerus buat kerja.
Attention span kita ni ada limit. Setengah org lama sikit, setengah org sekejap shj. Takpe la, kita tahu diri sendiri. Bila kita dah rasa terlalu tepu, rehat sekejap. Buat sedikit senaman regangan badan, ambil nafas dalam berapa kali, check progress, tengok apa lagi nak kena buat, kemudian baru sambung balik. Ni biasanya ambik masa 3-5 minit je.
Sistem begini lebih efektif, drp kerja terus menerus berterusan. Juga dapat jamin kualiti kerja.
Selamat mencuba ⏰
Anda ada cara lain untuk dikongsi?
Boleh kongsi dibawah 👇🏻
Sekian.
Dr Shaiful Aizad
Sydney
29/02/20