Simpanan EMAS - 999

Simpanan EMAS - 999 SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA HADAPAN. PENAMBAT NILAI KALIS INFLASI. Pelaburan yg rendah risiko tetapi memberi pulangan yang besar iaitu EMAS.

EMAS adalah sangat sesuai sebagai penambat nilai juga kalis inflasi & mudah dicairkan/di fungsikan dikala kecemasan.

Jomtukar wang fiziksl ke emas. Sikit2 lama2 jadi bukit
17/03/2022

Jomtukar wang fiziksl ke emas.
Sikit2 lama2 jadi bukit

Jom kenali  jenis-jenis emas di Malaysia.1. Emas 999Jenis emas 999 adalah emas asli yang mempunyai ketulenan 99.9%. Ia j...
03/06/2021

Jom kenali jenis-jenis emas di Malaysia.

1. Emas 999

Jenis emas 999 adalah emas asli yang mempunyai ketulenan 99.9%. Ia juga turut dipanggil emas 24K.

Untuk pengetahuan anda, jenis emas yang paling mahal ini sesuai digunakan untuk pelaburan dan juga simpanan.

2. Emas 950

Emas 950 ini adalah jenis emas yang seringkali digunakan dalam pembuatan cincin dan gelang tangan. Jenis emas yang dikenali sebagai 23K ini mempunyai kandungan emas sebanyak 95% dan 5% p**a adalah campuran bahan lain.

3. Emas 916

Emas 22K juga adalah nama lain bagi emas 916 ini. Emas ini paling banyak digunakan dalam penghasilan gelang tangan, rantai, cincin dan barang perhiasan wanita.

Ia terdiri daripada 91.6% emas, 5% perak, tembaga 3.4% dan bahan lain sebanyak 8.4%.

4. Emas 835

Orang Kelantan pasti amat mengenali emas ini kerana ia amat pop**ar di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Emas yang turut digelar emas 20K ini mempunyai 83.5% kandungan emas manakala 16.5% adalah kandungan campuran bahan yang menguatkan emas tersebut.

5. Emas 18K

Emas 18K juga terdapat di Malaysia dimana ia mengandungi beberapa bahagian. Bahagian emas adalah sebanyak 18, 6 p**a adalah bahagian satu atau lebih logam dengan 75% adalah emas.

6. Emas 14K

Emas 14K terdiri daripada kandungan emas sebanyak 58.3%, 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih logam. Kita boleh membuat semakan di mana-mana kedai emas untuk memastikan ketulenan emas tersebut.

7. Emas 12K

Mengandungi 12 bahagian emas, Emas 12K juga mempunyai 12 bahagian daripada satu atau tambahan logam. Ketulenan emas bagi emas 12K adalah sebanyak 50% emas.

Semakin banyak campuran bahan lain, semakin membolehkan emas menukar warnanya. Ia dicampur dengan bahan lain untuk menjadikannya lebih keras dan tahan lasak berbanding mengekalkan keaslian sifat lembut emas tersebut.

Oleh itu, kita perlu tahu emas mana yang sesuai untuk dipakai, disimpan dan dilabur.

Address

Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh
31450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Simpanan EMAS - 999 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Simpanan EMAS - 999:

Share