08/02/2022
Dividen ASB 5% Dapat Hasilkan Keuntungan Lebih 30% Melalui ASB Financing
=================================
Kredit~Mustakim Kadir
Ramai yang merungut simpanan ASB sekarang dah tak untung macam dulu-dulu. Betul ke? Sebenarnya jika kita faham dan tahu kaedah yang betul, kita masih boleh buat untung yang banyak walaupun dividen ASB sekitar 5% sahaja. Dengan kaedah yang betul, dividen ASB 5% boleh dapat hasilkan keuntungan sehingga lebih 30%.
*ASB BIASA*
Jika kita ada cash RM9,240 dan disimpan di dalam akaun ASB biasa selama setahun, kita akan dapat :
Simpanan = RM9,240
Dividen = 5% × 9,240 = RM462
Total = RM9,702 ✅
*ASB FINANCING*
Jika kita ada cash RM9,240, kita boleh tukarkan kepada sijil ASB bernilai RM200K.
Buat tempoh maksimum 40 tahun dan berhenti pada bila-bila masa yang kita rancang.
Ini supaya kita dapat nilai sijil yang besar dengan modal yang kecil.
Semakin besar nilai sijil, semakin banyak dividen yang kita dapat.
Contoh pengiraan setahun :
⭕ ASBF200K
⭕ Rate 3.45%
⭕ Tempoh Maksimum 40 tahun
⭕ Bayaran bulanan RM770
⭕ Bayaran setahun RM9240
Dividen = 5% x 200,000 = RM10,000
Principal = 200,000 - 197,720 = RM2,280
Total = 10,000 + 2,280 = RM12,280 ✅
Keuntungan selepas setahun :
12,280 - 9,240 = RM3,040
Peratus keuntungan setahun :
3,040 ÷ 9,240 × 100 = 32.90% ✅✅✅
Maka jika buat ASBF dengan cara betul untuk memaksimumkan keuntungan, dengan dividen ASB 5%, kita dapat hasilkan keuntungan sehingga 32.90%.
Untung lebih 6 kali ganda berbanding simpanan cara biasa.
Contoh perbandingan ini hanya untuk kiraan gameplan setahun.
Sebaiknya simpanlah lebih lama supaya hasil keuntungan berganda.
Principal ASBF hanya akan dapat jika kita terminate/jual sijil ASB.
Jika dibiarkan lagi lama, semakin banyak nilai principal terkumpul sebab hutang ASBF semakin berkurang.
*** Kiraan ilustrasi di atas ialah dari saya sendiri. Tiada kena mengena dengan mana-mana bank dan PNB.
Pengiraan adalah berdasarkan andaian dividen dan bonus ASB 5% setiap tahun dan kadar keuntungan bank 3.45%.