13/01/2020
KENAPA RAKYAT DI MALAYSIA MUDAH PERCAYAKAN UBAT ALTERNATIF ๐ง๐ง
===========================================
1. ) Kesan Sampingan๐ฉโ๐ซ
Kebanyakan ubat yang dibeli tidak disebut kesan sampingan, tetapi berbeza di hospital pesakit akan diberi keterangan terlebih dahulu kesan sampingan sebelum mengambil ubat
Jadi masyarakat nampak seolah olah ubat di hospital mempunyai kesan sampingan dan ubat alternatif tiada sampingan.
Hakikatnya ramai pesakit mengalami kerosakan buah pinggang akibat ubat alternatif. Ada juga yang terkena dermatitis, alergik,dam radang perut tetapi tidak tidak direkodkan dan diwar-warkan oleh penjual ubat.
Ubat yang diberikan oleh pihak hospital atau doktor sangat terkawal. Dos dikira secara berhati-hati untuk kesan sampingan yang minimum bagi tujuan memberi manfaat maksimum.
2. ) Testimoni๐ฉโ๐ซ
Pernah tak tengok orang post testimoni mengenai ubat dari hospital? ๐ฏ
Contoh "Selepas makan Tab Augmentin, ternyata hilang penyakit kuman di paru paru saya", Terus PM untuk mengetahui lebih lanjut.๐๐
Tak pernah ada kan? Yang ada hanyalah case study yang dipenuhi Medical Jargon tentang betapa berkesan atau tidak berkesan sesuatu rawatan. Setiap rawatan dibuat pernilaian secara kritikal dan adil. Buruk kata buruk. Baik kata baik.
Masyarakat tidak akan baca kajian mahupun medical journal sebaliknya bergantung pada testimoni orang yang menggunakan produk tersebut secara selektif ( maksudnya komen negetif tentu disembunyikan )๐ต
3.) Individualisation๐ฉโ๐ซ
Ubat hospital tidak sesuai diberi kepada pesakit kerana kesannya bergantung pada individu.
Namun untuk alternatif, selalunya minuman dan sedikit kajian dilakukan jadi pengatahuan untuk kesan sampingan dan efeknya agak terhad. Maka tidak hairanlah ubat ini diiklankan untuk digunakan pelbagai peringkat umur, jantina dan lain-lain sedangkan faktor ini memainkan peranan juga.
Jadi tanya doktor yang boleh memberikan khidmat nasihat. ๐ฉโ๐ซ
Pastikan ketahui ubat apa yang diambil dan jangan mudah percaya iklan di luar, seperti ubat yang boleh menyembuhkan 1001 penyakit tetapi realitinya setiap penyakit berbeza mekanisme rawatan.