17/06/2022
[ KISAH PENGUNJUNG KE ZOO ]
Di pintu masuk Zoo tertulis harga tiket adalah RM50/orang. Namun, disebabkan beberapa lama tidak ada pengunjung yang datang, maka harga tiket diturunkan menjadi RM25/orang.
Walaubagaimanapun, masih juga tidak ada pengunjung yang datang. Kemudian, diturunkan lagi harga tiket menjadi hanya RM10.00/orang dan tetap tiada pengunjung yang datang...!!!
Akhirnya ditulislah pengumuman โMASUK PERCUMAโ. Tiba-tiba, ramai pengunjung yang berebut masuk.
Ketika pengunjung di dalam penuh, penjaga Zoo membuka semua pintu kandang binatang buas, seperti Singa, Harimau, Serigala, Ular dan sebagainya.
Pengunjung pun setengah mati PANIK !
Kemudian pintu keluar dikunci. Lalu di pintu keluar itu ditulis,
KELUAR : RM 500.00
Semua pengunjung tanpa bersoal banyak, terus keluarkan duit untuk berebut bayar.
Inilah ironinya kehidupan kita. Ketika ditawarkan hidup sihat, makan yang sihat, istirehat yang cukup dan boleh senaman kita enggan dengan alasan malas, makanan sihat tak sedap dan pelbagai alasan. Sedangkan untuk kesihatan sebagai usaha pencegahan penyakit.
Tapi apabila dah masuk hospital, berapa mahal pun bayarannya pasti boleh dibayar. Asalkan boleh sembuh. Sekalipun harus menjual aset dan berhutang ...!!!
Bak kata Jack Ma,
Jika pisang dan wang diletakkan di hadapan seekor monyet, maka monyet akan memilih pisang, kerena monyet tidak tahu bahwa wang boleh digunakan untuk membeli b*k pisang.
Dalam realiti kehidupan,
Jika wang dan kesihatan diletakkan dihadapan orang, kerap kali orang akan memilih wang, kerena terlalu banyak orang yang tidak tahu bahwa kesihatan dpt berguna mendapatkan lebih b*k wang dan kebahagiaan.
Semoga menjadi iktibar pada kita semua. Jangan dah terantuk baru tengadah. Jangan dah terciduk, baru nak mohon tadah.
Sekadar perkongsian.
Kredit Asal : Haniza Hussin