TAMAN DESA AMAN IPOH

TAMAN DESA AMAN IPOH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TAMAN DESA AMAN IPOH, Ipoh.

MEJA NIAGA KUIHKami tidak sangka wujud MEJA NIAGA KUIH seperti dalam photo. Diatas meja tersebut kuih banyak/berjumlah l...
28/10/2020

MEJA NIAGA KUIH

Kami tidak sangka wujud MEJA NIAGA KUIH seperti dalam photo. Diatas meja tersebut kuih banyak/berjumlah lebih 4,000 ketul dari 4 pembekal utama & 40 pembuat kuih terdiri suri rumah sekitar.

28/10/2020

PRODUK MUSLIM
BMF(beli produk muslim dulu) tidak boikot produk 'sesiapa' bahkan galak Melayu Muslim aktif berusaha & berniaga terus, beli produk tempatan Malaysia. Produk Muslim ialah produk tempatan Malaysia.

Selama lebih 6 dekad sejak Malaysia MERDEKA dari penjajah (british), Melayu Muslim beli produk tidak tentu 'halal', bersih & 'barokah' dimakan Muslim.

Sejak kempen BMF, berbagai perkara bermula. Selain galak Melayu Muslim jadi 'pembeli' Produk Muslim bahkan galak ramai Melayu Muslim jadi 'pengusaha' terdiri petani, nelayan, gembala & 'tukang' termasuk jadi 'peniaga' iaitu pemborong, pengedar, peruncit. Seterusnya galak Melayu Muslim tubuh koperatif sbg pemborong hasil pengusaha agar mereka mampu punya 'kilang', tukang, gudang jadi aktif berusaha hingga berhasil banyak & menyedia Produk Muslim utk diedar sbg bekal ikut pesan kepada peruncit banyak kawasan & dijual terus kepada pembeli sekitar.

Selain itu, kini ramai peniaga Melayu Muslim mula jadi pemborong hasil pengusaha secara individu, jadi pengedar bekal kepada peruncit Melayu Muslim.

BMF jadi suatu kesedaran & motivasi kepada Melayu/Muslim di Malaysia. Syukur atas nikmat ini.

27/10/2020

MULAI BELAJAR USIA 65

16/07/2020

CARA JIMAT DUIT
(suri-rumah)

Suri-rumah & anak-pinak haruslah jimat duit dengan bekas sbg tabong berikut:

Tabong A(modal)
Tabong B(untung)
Tabong C(belanja)

Semua suri-rumah harus niaga dari rumah walaupun kecil/hanya produk mudah, bila dapat duit dari jualan terus & edaran bekal(hasil dari usaha di rumah), duit berkenaan hendaklah dibanci tiga(3) bahagian seperti berikut:.

(40%)-Bahagian #1(modal), masuk
Tabong A

(30%)-Bahagian #2(untung), masuk
Tabong B

(30%)-Bahagian #3(belanja), masuk
Tabong C

Tabong A + Tabong B:
Duit dalam tabong ini dilarang ambil kecuali kalau beli-bekal/setok barang niaga sahaja. Jika ambil, duit tersebut kena ganti. Juga boleh guna utk beli 'alat-kerja'. Tiap minggu, simpan dalam bank.

Tabong C:
Duit dalam tabong ini boleh diambil setiap minggu/diambil setiap bulan sbg duit poket/upah-kerja sendiri utk biaya urusan peribadi supaya ceria.

Ini Disiplin Duit Sendiri.
Selamat Mencuba.

06/07/2020

PERAHU BATANG
(perahu tradisi Melayu)

SAJAK:PUISI KAROMAH MELAYUBangsa Melayu pernah kuat,Buka tanah guna tulang empat kerat,Masih sempat beristeri empat,Tong...
04/07/2020

SAJAK:

PUISI KAROMAH MELAYU

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat beristeri empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa silatnya gempar,
Amuk Melayu bumi bergegar.

Bangsa Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Umat Melayu jihad sabilillah!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Seantero dunia kesultanan hebat,
Tujuh penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat.

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beramanat,
Buat dakwah di bumi berkat,
Diakhir masa ramai wali hebat.

Bangsa Melayu terasnya hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) memberi amanat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu penuh santunan,
Agama dijunjung zaman berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah barakah jadi laziman.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
Wa’ad Melayu jangan disanggah,
Sanggah waad menjemput tulah.

Tanah Melayu pernah tersurat,
Raja rakyat saling muafakat,
Alim ulama dijunjung hormat,
Bumi bertuah terbilang sejagat.

Bumi Melayu penuh berkat,
Tempat tumpuan ulama sejagat,
Madrasah pondok merata tempat,
Menjana insan unggul berhikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriyyat Nabi (saw) sudah tersurat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Baginda penuh karamat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah mana menghilang,
Kesultanan tradisi masih ditatang.

Melayu pernah berilmu budaya,
Dari llahi satu kurnia,
Manuskrip tersebar serata sedunia,
Menyimpan khazanah Melayu tua.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka indah madahnya,
Pertukangan sulaman tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah turun semua.

Orang Melayu usahlah alpa,
Warisan leluhur bukan sehari dua,
Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,
Jadi kebanggaan anak bangsanya.

Orang Melayu usahlah goyah,
Propaganda musuh jangan melatah,
Ungkapan’Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh mencabar maruah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar musuh keparat,
Propaganda keji dibuat-buat,
Maruah Melayu disiat-siat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Sudah wujud sekurun dua nan lalu,
Serangan penjajah bertalu-talu,
Tradisi dijarah tiadalah malu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang agama disanggah,
Akhirnya Melayu ditimpa tulah.

Sekian lama Melayu disasarkan,
Sejarah jatidiri diserang-serang,
Musuh luar dan dari dalaman,
Mungkin tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkin tersirat sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingat pesanan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat
Baka Melayu penuh hakikat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umara-ulama kunci terletak.

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berilmu, bertariqat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya,
“Takkan Melayu Hilang di Dunia!!”

Sekian

BUDAYA BMFPerkara ini biar terus sepanjang hidup MUSLIM & jadi BUDAYA KIFAYAH EKONOMI MUSLIM. Setiap MUSLIM perlu 'sumbe...
04/07/2020

BUDAYA BMF

Perkara ini biar terus sepanjang hidup MUSLIM & jadi BUDAYA KIFAYAH EKONOMI MUSLIM. Setiap MUSLIM perlu 'sumber hasil khusus’/ekonomi & jadi pengusaha iaitu petani, nelayan, gembala & 'tukang' yang aktif berusaha hingga berhasil banyak di kampong.

Kalau kita jadi petani, kita mesti ada kebun utk tanaman. Bahkan, jadi lazim petani punya kolam utk ternakan seperti itek, ikan dsb. Jika punya beberapa kebun iaitu kebun yang dipajak dari pemilik & kebun yang dimilik sendiri, maka hasilnya pasti banyak.

Begitu jugak lah kalau kita jadi nelayan, kita mesti ada perahu utk pergi laut tangkap ikan. Tiap perahu dilengkapi pukat, fasiliti & rawai. Pekerjaan nelayan sangat perlu berteman sbg penolong. Bukan ke laut seorang diri.

Kalau kita jadi gembala, kita mesti ada padang, kandang & ternak. Jika ternak ayam, kita perlu sedia reban utk ayam berteduh agar tidak berhujan/tidak berpanas lalu sakit.

Andai kita jadi 'tukang', kita mesti pàndai masak & ingat recipe/pàndai jahit & ingat fesyen/pàndai solek dsb.

Oleh itu, pengusaha sangat perlu punya koperatif sbg sumber kewangan yang akan terus mengalir dari pencarom dalam koperatif ini & gerak-aktiviti perniagaan supaya kewangan mengalir sbg kutipan, simpanan & bayaran secara tunai mengikut acara.

Koperatif jadi pemborong hasil pengusaha. Hasil yang telah dibeli koperatif secara pukal/borong akan terus diproses agar jadi yunit produk yang akan dijual terus kepada pembeli sekitar & diedar sbg bekal ikut pesan kepada peruncit luar kawasan.

Pengusaha tidak perlu pinjam modal dari koperatif tapi cukup jika pengusaha dapat jual hasil mereka kepada koperatif secara tunai/piutang satu(1) minggu.

Oleh itu, koperatif sangat perlu sediakan 'suatu tempat kumpul hasil' & 'gudang simpan produk' sblm diedar sbg bekal ikut pesan & dijual terus melalui premis.

KENTANG BERTUNASKENTANG BERTUNAS DAN BERWARNA HIJAU MENGANDUNGI RACUN?Benar, ubi kentang(Solanum tuberosum) yang bertuna...
04/07/2020

KENTANG BERTUNAS

KENTANG BERTUNAS DAN BERWARNA HIJAU MENGANDUNGI RACUN?

Benar, ubi kentang(Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah 👇🏻). Selain daripada ubi kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato🍅(Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum.

Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.

Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud. Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya. Sama seperti rebung atau pucuk sayuran lain. Boleh baca ulasan saya mengenai rebung di pautan ini

REBUNG BULUH:
https://www.facebook.com/100000727466295/posts/2534212663279624?d=n&sfns=mo

Bahan kimia toksin semulajadi ini tidak akan termusnah dengan haba memasak, namun kandungannya akan berkurangan sekiranya direbus dan air rebusan dibuang. Antara kesan keracunan toksin ini ialah gatal pada mulut, pening, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut... yang mana boleh berlarutan kepada radang, sakit sendi serta mampu menyebabkan lumpuh, kecatatan kepada bayi dalam kandungan dan kematian.

Pun begitu, kesan-kesan ini adalah bergantung kepada jumlah (aka dos) toksin yang wujud dan ketahanan sistem badan individu. Ada yang boleh terkesan dengan jumlah yang hanya sedikit, ada p**a yang tidak. Bagi keracunan dengan simptom ringan, badan kita mampu detox sendiri.

Jadi, ubi kentang(bertunas) ini sudah tidak boleh makan?

BOLEH dimakan, dengan(jika sudah) membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja.

Semoga bermanfaat 🌹
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia

Rujukan:
Kuete, V., 2014. Health Effects of Alkaloids from African Medicinal Plants. Toxicological Survey of African Medicinal Plants, p. 611-633.

Address

Ipoh
31650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TAMAN DESA AMAN IPOH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share