16/08/2021
Teringat satu pesanan seorang murabbi,
"Jangan terlalu yakin, apa yang kita miliki hari ini akan terus dimiliki masa depan.
Jangan terlalu yakin, apa yang kita cintai hari ini akan terus berkekalan masa depan.
Dan, jangan p**a terlalu khuatir, tak*t dan risau memikirkan apa yang kita tidak ada pada hari ini.
Kerana setiap yang kita punya, hanyalah pinjaman.
Kerana setiap yang belum ada, boleh jadi akan dianugerahkan."
Jangan terlalu tak*t dan berharaplah pada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Itu tauhid yang menenangkan.
Dalam tak*t, tetap terus berharap pada Tuhan.
Dalam harapan, tetap rasa tak*t (takwa) kepada Tuhan.
Letakkan begitu, maka kita takkan mudah pandang buruk pada sisi "buruk" hidup orang lain.
Takkan mudah putus asa bila kehilangan. Takkan mudah sombong dengan apa yang dipinjamkan.
Halawatul Islam. Keindahan tak dapat digambarkan dengan hati.
In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah.