Perunding Hibah Takaful Cikgu Shahrul

Perunding Hibah Takaful Cikgu Shahrul Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perunding Hibah Takaful Cikgu Shahrul, Insurance Agent, Ipoh.

PAGE YANG DIBINA UNTUK MEMBERI KEFAHAMAN KEPADA MASYARAKAT PENTINGNYA PERLINDUNGAN TAKAFUL YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP INDIVIDU... SEMOGA MEMBERI MANAFAAT KEPADA SEMUA...

13/10/2020

Covid-19 kembali saat kita mula menghela nafas lega.

Masanya untuk jalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sentiasa mengamalkan SOP yang disarankan:

ELAKKAN 3C iaitu Crowded places, Confined spaces dan Close conversation.
AMALKAN 3W iaitu Wash, Wear dan Warn.

Anda juga layak menerima perlindungan tambahan Covid-19 dengan penyertaan pelan Takaful. Untuk maklumat lanjut, hubungi Perunding Takaful anda di http://bit.ly/CariPerundingTakaful10





Expectation : "Membazir lah ambil takaful, baik aku simpan sendiri"Reality : Gaji minggu ni simpan RM200, minggu depan d...
22/09/2020

Expectation : "Membazir lah ambil takaful, baik aku simpan sendiri"

Reality : Gaji minggu ni simpan RM200, minggu depan dah withdraw. Simpanan tak ada, perlindungan tak ada, hibah tak ada.

Jom ambil perlindungan takaful full coverage hari ni! Apa yg anda dapat?

✅ Kemalangan? Kos cover
✅ Pembedahan? Kos cover
✅ Penyakit kritikal? Kos cover
✅ Lumpuh kekal? Kos cover
✅ Simpanan? Ada
✅ Hibah keluarga? Ada

Yang penting sihat! Kalau dah ada apa2, exclusion la jawabnya. Full coverage ni available sehingga September 2020 sahaja guys! Jangan terlambat! 👇

Karim GE Takaful
Perunding Takaful Anda
://www.wasap.my/+60183717840

Assalamualaikum & salam sejahteraPerkataan yang selalu kita dengar. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.Saya selalu ingatk...
22/09/2020

Assalamualaikum & salam sejahtera

Perkataan yang selalu kita dengar.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Saya selalu ingatkan perkara no. 3 dan 5.
"Masa sihat sebelum sakit" dan "Masa hidup sebelum mati".

Selain bab amalan agama yang perlu kita perbanyakkan dan istiqamah, kita juga perlu buat persediaan untuk menempuh waktu ketikamana kita akan jatuh sakit, insyaAllah (kita tidak minta, tapi lumrahnya begitulah) tanpa kira tua atau muda, 60-an atau 20-an;

DAN

waktu ketikamana kita menghembuskan nafas terakhir di alam dunia ini. Bagaimana pengurusan dan pembahagian kewangan dan harta kita kelak, yang bakal kita tinggalkan? Bagaimana amanah yang kita bahu selama ini, atas isteri dan anak-anak yang juga bakal kita tinggalkan, atau mungkin juga kita 'pergi dulu' lebih awal daripada ibubapa kita?

Apa perancangan dan persediaan kewangan kita?

http://www.wasap.my/+60183717840/PelanTakafulGET





"Bukan sekadar perlindungan"

Tabung sakit kritikal. Penyakit kritikal adalah sangat tinggi dikalangan rakyat malaysia. Antara punca utama ialah Gaya ...
08/09/2020

Tabung sakit kritikal.

Penyakit kritikal adalah sangat tinggi dikalangan rakyat malaysia.

Antara punca utama ialah Gaya hidup tidak sihat seperti tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

Sudahkah anda mempunyai Perlindungan penyakit kritikal ?

Tahukah anda kos rawatan penyakit kritikal adalah sangat tinggi?

Penat menyimpan duit gaji kemudian habiskan untuk merawat penyakit.

Bertindaklah dengan mengambil perlindungan penyakit kritikal sekarang . Rancang risiko kehidupan anda semasa sihat.

RM100 untuk nilai tabung RM100,000

Sayang diri.
Rancang kewangan.
Urus duit dengan bijak.

E R T I  K E M E R D E K A A N Erti Kemerdekaan; "Jangan dijajah oleh kebencian, jangan dijajah oleh perkauman, jangan d...
30/08/2020

E R T I K E M E R D E K A A N

Erti Kemerdekaan; "Jangan dijajah oleh kebencian, jangan dijajah oleh perkauman, jangan dijajah oleh emosi, jangan dijajah oleh pepecahan sesama kita."

"Apa erti kemerdekaan kalau kita bergaduh sesama kita? Betul ke kita merdeka? Apa erti kemerdekaan kalau hati dipenuhi kebencian dan dendam kepada orang?"

"Apa erti kemerdekaan kalau kita merasa sendiri sentiasa betul yang lain salah? Ini bukan merdeka. Masih kita dijajah. Jajahan daripada penjajah yang lebih berbahaya daripada penjajah yang menjajah menggunakan fizikal, menjajah menggunakan senjata zhohir."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Hakikat sebenarnya......Kos penerangan = RM0.00Kos sediakan quotation = RM0.00Kos jumpa agent comei = RM0.00Kos caruman ...
25/08/2020

Hakikat sebenarnya......

Kos penerangan = RM0.00
Kos sediakan quotation = RM0.00
Kos jumpa agent comei = RM0.00
Kos caruman bulanan = RM150 - RM250.

TAPI......

Tersedia Buat Anda;

👉Kos Rawatan Jantung = RM10,000 - RM80,000

👉Kos Pembedahan Lutut = RM25,000 - RM60,000

👉Kos Rawatan Kanser = RM28,000 - RM300,000

👉Kos Rawatan Strok = RM35,000 - RM95,000

👉Kos Rawatan Buah Pinggang = RM350,000 ke atas.

Dan pelbagai kos lain...

Jadi, Pilihan Anda, Keputusan Anda... Selamatkan Simpanan Anda atau Merayu Meminjam untuk Kembalikan Kesihatan Anda..

Kami sebagai agent hanya mampu berkongsi tentang nya.

Dapat sesuatu?



Tidak jemu berkongsi manfaat takaful.




Kan dah kata.. Tu la tak percaya lagi.. Selepas covid~19 kos perubatan semua meningkat.. Yg belum ada medical card cepat...
24/08/2020

Kan dah kata.. Tu la tak percaya lagi.. Selepas covid~19 kos perubatan semua meningkat.. Yg belum ada medical card cepat2 rebut peluang ni... Rugi kalau terlambat..

Medical card company VS Medical card personalSekarang sekeluarga pakai takaful apa?Ada dah ni. Kitaorang satu family com...
24/08/2020

Medical card company VS Medical card personal

Sekarang sekeluarga pakai takaful apa?

Ada dah ni. Kitaorang satu family company yang cover.

Ini soalan yang biasa saya akan tanya pada kawan-kawan terdekat.

Sebab untuk stage umur macam kami, kebiasaanya sudah bekerluarga dan kerjaya lebih stabil.

Dulu pun saya kurang kisah sangat perkara ni sebab kami sekeluarga memang unlimited covered oleh syarikat suami bekerja . Sakit, warded semua rujuk saja dengan hospital swasta. Layanan nurse & doktor of courselah tip top.

Sekarang barulah terbuka minda KENAPA kami sekeluarga WAJIB ada medical card personal.

Saya akan kongsikan sedikit di sini;

1. First of all medical card company sah-sah bukan kita yang punya. Apa-apa jadi pada kita in future (company memang tengah nak buang orang dan nama kita pulak yang naik atau terlantar lama di katil akibat sakit ) so, memang company tak agak-agak untuk tolak kita keluar dari situ. Day 1 start saja kita ditolak keluar memang automatically kita sekeluarga dah tiada sebarang perlindungan. Kita akan kata tak mungkin, sebab company aku besar bla bla tapi apa perancangan kita? Kata orang tua-tua beringat-ingat!

Sebut pasal sakit saya ada terbaca di blog seseorang (maaf tak ingat blog apa), tentang seorang kakak ni telefon dia bagitau nak ambil takaful. Dia kata dia sanggup bayar (satu amaun agak banyak tapi tak ingat berapa). Bila selidik punya selidik rupanya dia nak ambil untuk suaminya sakit leukimia. Katanya dulu suaminya seorang engineer dan mereka sekeluarga dicover oleh medical card company. Lepas tu bila doktor dah sahkan dia sakit, dia macam tak dapat nak sesuaikan diri dengan sakit tu,jadi dia ambil banyak cuti. Lama-lama company nasihatkan dia berhenti kerja. Sejak itu dia dah tak ada apa-apa perlindungan lagi. Setiap bulan beribu-ribu ringgit si isteri terpaksa habisakan untuk rawatan si suami. Makanya abislah segala simpanan terpaksa digunakan untuk itu.

Lagi satu, sebelum ni saya tak concern sangat pasal penyakit buah pinggang hinggalah 2 atau 3 hari lepas kawan (agent juga) ada tunjukkan satu video temuramah seorang makcik pengidap sakit buah pinggang kronik. Makcik ni kata sekali cuci buah pinggang RM 220 dan mesti buat 3 kali seminggu.

Fuhh. RM 220 ! SEBULAN habis RM 2,640.00 untuk mencuci sahaja. Belum lagi yang lain macam ubat-ubatan dan duit belanja dapur harian.

Duit pencen pun tidaklah seberapa tapi mujur beliau beringat dan mencarum dalam insuran masa muda dulu.

SETAHUN? RM 31,680.00

Banyak giler! Mungkin dalam beberapa tahun duit simpanan beliau yang bertahun-tahun tu boleh habis untuk bayar bil perubatan sahaja jika tiada insurans.

So makcik ni bijak dan dia telah dapat berjaya MENGURANGKAN KEBOCORAN KEWANGAN beliau.

AWAK BUKAN NEELOFA, SAYA PUN BUKAN "Kak, saya give up la. Saya meniaga online, tapi takde siapa pun nak beli..""Berapa l...
21/08/2020

AWAK BUKAN NEELOFA, SAYA PUN BUKAN

"Kak, saya give up la. Saya meniaga online, tapi takde siapa pun nak beli.."

"Berapa lama dah meniaga?"

"Seminggu dah kak..." (Kata seorang peniaga online dengan nada yang sayu)

Pesanan sis :-
"Dik, awak bukan Neelofa, sekali promote seribu orang nak beli. Kena ambik masa nak bagi orang percayakan kita tau. Sekurang-kurangnya 6 Bulan."

Akak pun kalau nak beli online, hanya dekat orang yang akak percaya je.. Orang yang konsisten post & buat marketing produk dia ..

Customer pulak macam-macam ragam ..

Antaranya :
🎈 Ada yang tanya sekali, terus beli..
🎈 Ada yang tanya 18 kali tak beli2..
🎈 Ada yang pm tanya harga, terus keras kejung..
🎈 Ada yang mintak no akaun, 10 bulan lepas tu baru bank in..

Ingat senang ke orang nak bagi duit dia kat kita ?

Ingat senang ke nak meniaga hari hari duit masuk dalam akaun?? Hari hari order menderu masuk??

Tak senang dik!
Tapi tiada yang mustahil! Tiada yang menidakkan kalau buat!!

Rezeki datang dari Allah SWT ..
Yang penting kita RAJIN BERUSAHA, TIDAK MUDAH PUTUS ASA & JUJUR.

Man Jadda Wa Jada! Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil.

NOTE untuk AWAK & SAYA yang bukan Neelofa!!

Doa Akhir Dan Awal Tahun (1442 Hijriyah) ::Kalendar Islam menggunakan sistem hilal. Sehingga masuknya tahun baru sama pe...
19/08/2020

Doa Akhir Dan Awal Tahun (1442 Hijriyah) ::

Kalendar Islam menggunakan sistem hilal. Sehingga masuknya tahun baru sama persis dengan bergantinya bulan baru. Jelas ditemukan riwayat pergantian tahun dan bulan sudah ada tuntunan dari sahabat Nabi ﷺ untuk melakukan doa :

• Dalil Doa Awal Tahun

Sayyidina ‘Abdullah bin Hasyim (wafat pada zaman Khilafah Mu’awiyyah) رضي الله عنه beliau menceritakan :

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَتَعَلَّمُونَ هَذَا الدُّعَاءَ إِذَا دَخَلَتِ السَّنَةُ أَوِ الشَّهْرُ:

Para Sahabat Rasulullah ﷺ mempelajari doa tersebut apabila masuknya tahun atau bulan :

اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَرِضْوَانٍ مِنَ الرَّحْمَنِ، ‌وَجَوَازٍ ‌مِنَ ‌الشَّيْطَانِ

"Ya Allah, ya Tuhanku! Masukkan lah kami ke dalamnya dengan aman, iman, selamat dan Islam. Mendapatkan redha Allah dan dijauhkan dari gangguan syaitan"

(Mu’jam al-Ausath, Imam al-Thabrani, no. 6241, 6/221)

Al Hafiz Al Haitsami (807 H) berkata: isnadnya hasan, no. 17150, 10/139 dalam Majma’ al-Zawa’id.

• Dalil Doa Akhir Tahun

عَنْ بَشِيرٍ، مَوْلَى مُعَاوِيَةَ قَالَ: سَمِعْتُ عَشَرَةً، مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَحَدُهُمْ حُدَيْرٌ أَبُو فَرْوَةَ، يَقُولُونَ إِذَا رَأَوُا الْهِلَالَ: اللَّهُمَّ اجْعَلْ شَهْرَنَا الْمَاضِيَ خَيْرَ شَهْرٍ، وَخَيْرَ عَافِيَةٍ، وَأَدْخِلْ عَلَيْنَا شَهْرَنَا هَذَا بِالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، ‌وَالْمُعَافَاةِ ‌وَالرِّزْقِ الْحَسَنِ

Dari Basyir, hamba Muawiyah, ia mendengar 10 sahabat Rasulullah ﷺ, salah satunya Abu Farwah. Mereka berdoa jika melihat hilal: "Ya Allah, ya Tuhanku! Jadikanlah bulan yang lalu sebaik-baiknya bulan dan sebaik-baik yang telah lalu. Masukkan lah kami ke bulan ini dengan selamat dan Islam, aman dan iman, sihat dan rezeki yang elok lagi baik.”

(‘Amâl al-Yâum wa Lailah Li Ibnu Sunni, no. 646, hlm. 599).

Syeikh Salim ‘Ied al-Hilali berkata isnadnya dha’if dalam ‘Ujalah al-Raghib al-Mutammaniy fi Takhrij Kitab ‘Amâli Yâum wa Lailah, 2/734.

• Doa Dari Nabi Muhammad ﷺ

Telah sampai kepada Qatadah (118 H) bahawa

كان اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ، إِذَا رَأَى الْهِلَالَ قَالَ:

Nabi ﷺ apabila melihat hilal, Nabi berdoa:

هِلَالُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ، هِلَالُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ، هِلَالُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ،

"Ini bulan baik dan petunjuk pada ibadah. Ini bulan baik dan petunjuk pada ibadah. Ini bulan baik dan petunjuk pada ibadah.

آمَنْتُ بِالَّذِي خَلَقَكَ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ،

Aku beriman kepada Allah yang menciptakan mu". Sebanyak 3 kali.

ثُمَّ يَقُولُ: الْحَمْدُ ‌لِلَّهِ ‌الَّذِي ‌ذَهَبَ بِشَهْرِ كَذَا، وَجَاءَ بِشَهْرِ كَذَا

Kemudian Nabi bersabda: "Segala puji bagi Allah, yang telah membawa bulan ini dan Allah mendatangkan bulan yang lain" (Sunan Abi Daud, no. 5092)

Imam Abu Daud (275 H) menilai tidak ada hadis sahih dalam masalah ini. Namun, menurut Al Hafiz Al Haitsami (807 H) dan gurunya Al Hafiz Al ‘Iraqi (806 H) serta Imam Al Munawi (1031 H), ada riwayat Thabrani lainnya yang sanadnya Hasan dalam masalah doa awal atau akhir bulan.

Wallahua’lam.

TAHU ASET TUNAI NAMPAK TETAPI TIDAK TAHU ADA ASET TUNAI TAK NAMPAK~~~~~''~~~~''~~~~''~~~~''~~~~ASET yang mana satu palin...
18/08/2020

TAHU ASET TUNAI NAMPAK TETAPI TIDAK TAHU ADA ASET TUNAI TAK NAMPAK
~~~~~''~~~~''~~~~''~~~~''~~~~

ASET yang mana satu paling cepat, senang dan mudah kita sediakan kepada keluarga tersayang??

💡Aset TUNAI NAMPAK : RM50,000
Kaedah Menyimpan di bank RM50/sebulan selama 83 TAHUN untuk dapat RM50,000

💡Aset TUNAI Tak NAMPAK: RM50,000
Kaedah mencarum di takaful..hari ni terus dah tersedia aset RM50,000

Apa guna aset TUNAI RM50,000 ni?

✔ untuk isteri buat perbelanjaan anak2 dan perbelanjaan bulanan keluarga

✔ membayar hutang-hutang tertunggak dan komitment bulanan kita & isteri bila kita meninggal.

✔hadiah kepada ibubapa sebab bila kita meninggal nanti tiada siapa lagi yang memberi elaun bulanan pada mereka.

Sediakan HIBAH sebagai tanggungjawab kepada keluarga

Saya bantu anda bagaimana cara nya

☎️📱 0183717840

PERUNDING HIBAH TAKAFUL CIKGU SHAHRUL

KAD PERUBATAN 3 IN 1PAMPASAN + KAD PERUBATAN + NILAI TUNAIUNTUK LELAKI UMUR 30 TAHUN.===========================Berlaku ...
17/08/2020

KAD PERUBATAN 3 IN 1

PAMPASAN + KAD PERUBATAN + NILAI TUNAI

UNTUK LELAKI UMUR 30 TAHUN.
===========================

Berlaku Risiko Sakit biasa/Kritikal -
✔ Kos Rawatan Perubatan ditanggung beres oleh GETB.
✘ Tiada bebanan kos perubatan.

Berlaku Kematian -
✔Pampasan dijadikan hibah untuk yang tersayang

Berlaku sakit kritikal /cacat kekal →
✔ Pampasan dijadikan penggantian pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga.
✔ Sakit tak mampu bekerja, tiada pendapatan, tapi komitmen masih perlu bayar untuk teruskan kehidupan.

Jom saya bantu!

Address

Ipoh
30200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Hibah Takaful Cikgu Shahrul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perunding Hibah Takaful Cikgu Shahrul:

Share