Teratak e-Shop cikgu Hayati

Teratak e-Shop cikgu Hayati Merupakan salah seorang cikgu roti dan pengedar sah barangan dari Amway malaysia.. Mencari dan membe

30/03/2023

Kene simpan ilmu ni baik2...👍🏿👍🏿

Orangnya pun dah takda lagi...

(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

29/03/2023

Resepi Biskut Mazola-

Bahan-bahan-
- 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa minyak lepas tu blend guna blender kering)
- 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)
- 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
- 1 cawan minyak mazola
Cara2-
- campurkan kacang kisar,gula icing & tepung gandum gaul sebati
- lepas tu tuang minyak mazola sikit² uli & gaul
- klau dah ok boleh la bulat² kan atau tekap guna acuan yg dis**ai
- hiasan atas lebihan kacang tadi & sapukn telur kuning
- masak dlm oven suhu 150°c & masa 20min ikut oven masing²
- siap tunggu sejuk baru masuk dlm balang
kredit empunya resepi

28/03/2023
28/03/2023

Resipi Daging Kicap Pedas

Bahan- bahan:

daging 900gm (daging btg pinang yg frozen tu)
*bwg merah besar 2 biji
*bwg putih (ni ikut s**a..klu sy lg bnyk lg sedap)
*cili besar (10 biji.boleh tambah cili api klu nak lg.pedas)
serai 2 btg
sos tiram
sos cili
kicap pekat
lada hitam
gula melaka

cara
blend semua bahan yg bertanda (*)..panaskan minyak,then masukkan bahan blend td dlm minyak panas..masukkan serai..tumis smpai naik bau..masukkan air secawan..masukkan sos tiram,sos cili & serbuk lada hitam..lpastu masukkan daging..aaa lupa..daging tu hiris2 dulu ye.biar sampai mendidih..klu air tu kering,tambah air lg sampai daging tu agak tenggelam..dah agak2 kurang air tu,baru letak kicap pekat & gula serta perasa..then tngu sampai air daging kering @ sampai daging lembut..sementara tu,boleh la basuh kain @ masak lauk lain 🤣🤣🤣...ibu mmg malas rebus daging..

Kredit : Aisyah Zulaikha‎

27/03/2023
15/03/2023

RESEPI BUBUR LAMBUK

Bahan-bahan:
1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
2 sudu besar minyak masak
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
daging secukupnya
segenggam udang kering
2 helai daun pandan
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan kasar
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk)
2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
6 biji bawang merah - buat bawang goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning

2. lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.

3. kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.

4. lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasi tu nanti..biar didih

5. dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..

6. selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.

7. kemudian boleh la letak pati santan..ikut s**a la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.

8. bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Kredit : Kamar Maria

11/03/2023

RESEPI DELICIOUS BUKO PANDAN

Bahan untuk kuah :
Susu sejat 1tin
Susu pekat 1 tin
Santan kotak 1 kotak
Air kelapa muda 1 cawan *optional nak letak atau taknak
Secubit garam halus
Satukan semua bahan di atas ni, kacau rata.

Bahan kering :

Agar - agar kering 1paket
Pewarna hijau sikit
Daun pandan 1 simpul
Gula 2 sudu besar
Masak agar2, sejukkan dan potong ikut s**a.

Isi kelapa muda (dalam 3 biji kelapa muda)
Sagu. Masak sagu sehingga jernih, sejukkan.
Jagung kernel 1tin. *optional sebagai hiasan je. jangan guna jagung krim tau
Sumi/Nata decoco *optional

Satukan bahan kering dengan kuah, simpan dalam peti ais makan sejuk-sejuk... sedap....

Credit : Rara Zabidin

Assalamualaikum, kpd kome yg di ipoh, jom teman nk ngajok ke mini saminar ipoh, moh ghamai ghamai. Yuran saminar yg sgt ...
04/03/2023

Assalamualaikum, kpd kome yg di ipoh, jom teman nk ngajok ke mini saminar ipoh, moh ghamai ghamai. Yuran saminar yg sgt murah dan mampu milik....
ape2 blh whtsp cikgu yati ye:
wasap.my/60165308292/MSKI

Address

189 Lebuh Sungai Senam
Ipoh
31400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teratak e-Shop cikgu Hayati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Teratak e-Shop cikgu Hayati:

Share