Goldenmas Resources

Goldenmas Resources Servis Renew Insurans Takaful & Road Tax

BLACK IS BLACKNOT A PREPAID BUT BETTER THEN POSTPAID..MANA USER ONEXOX YG NK UPGRED KE ONEXOX BLACK www.wasap.my/6012590...
21/01/2018

BLACK IS BLACK
NOT A PREPAID BUT BETTER THEN POSTPAID..
MANA USER ONEXOX YG NK UPGRED KE ONEXOX BLACK www.wasap.my/60125908665

15/10/2017
09/10/2017

JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1> Minyak hitam

Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km.

2> Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3> Spark plug

20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.

4> Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L...begitu la citernya!

5> Timing belt

60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!

6> Clutch plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7> Fuel Filter

Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.

8> Air Filter

Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9> ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!

10> Gear Oil

Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11> Brake Fluid & Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12> Radiator Coolant

Sebotol Rm 15-20... selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai lah coolant, supaya enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13> Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada "crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai "Preventive Maintenance"

14> Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!

15> Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16> Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

17> Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.

18> Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000 km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.

19> Water pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

20> Spark plug

Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus - minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.

21> Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab s**a lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

22> Brake pad

Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

23> Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

24> Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.

25> Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Kredit to FB Limau Ais :)

*RENEW ROADTAX KENDERAAN TANPA GERAN ORIGINAL*roadtax dah nak expired?tiada masa nak p JPJ?tiada masa nak p beratur kt p...
13/09/2017

*RENEW ROADTAX KENDERAAN TANPA GERAN ORIGINAL*

roadtax dah nak expired?
tiada masa nak p JPJ?
tiada masa nak p beratur kt pejabat pos ?
yg paling KRITIKAL, geran ORI masih kat bank?

kami bantu anda atasi semua RINTANGAN anda..
BAGAIMANA ?

☑Whatsapp gambar geran / polisi insurans yg lepas.
☑Kami keluarkan sebut harga.
☑🏧💰 Anda setuju,anda bayar & kami proses.
☑ 🏠kami hantar terus ke rumah/pejabat anda.

Info Lanjut
wasap.my/60125908665/Ins_R/tax

03/09/2017

Sebelum Renew Insurans/Takaful Kenderaan Anda....Lihat Dulu Info ini

[PEMANSUHAN TARIF INSURANS KENDERAAN]Bermula 1 Julai 2017 ini, sistem insurans dan takaful di Malaysia akan berubah sepe...
21/08/2017

[PEMANSUHAN TARIF INSURANS KENDERAAN]

Bermula 1 Julai 2017 ini, sistem insurans dan takaful di Malaysia akan berubah sepenuhnya.

1⃣ Sistem Sedia Ada

Selama 30 tahun, premium insurans dan takaful motor dikawal oleh tarif Bank Negara Malaysia (BNM). Premiun ini ditentukan oleh 'market value', CC kenderaan, dan loading.

Oleh sebab dikawal oleh tarif BNM, premium menjadi lebih kurang sama antara satu syarikat dengan syarikat yang lain.

2⃣ Pemansuhan tarif

Apabila premiun insurans dan takaful motor tidak lagi dikawal tarif oleh BNM, setiap syarikat insurans dan takaful bebas meletakkan harga sendiri. Mereka juga bebas untuk revise premium pada bila-bila masa.

Sistem ini telah lama dipraktikkan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, China, Thailand dan Singapura.

3⃣ Apa kesannya kepada pengguna:

Pada pendapat admin, ia merupakan suatu perkembangan yang positif kerana:

▶ Mungkin premium menjadi lebih murah kerana masing-masing syarikat bersaing antara satu sama lain.

▶ Syarikat insurans dan takaful akan memperkenalkan produk baru yang mempunyai lebih manfaat.

▶ Servis menjadi lebih effektif kerana persaingan antara syarikat insurans dan takaful.

4⃣ Apakah faktor yang mempengaruhi bayaran premium baharu?

Pengiraan premium baharu akan mengambil kira:

▶ Risiko pemilik kenderaan termasuklah jantina, umur, dan pekerjaan.

▶ Model dan jenis kenderaan

▶ Rekod claims

▶ Kegunaan kereta

▶ Tempat tinggal

Jadi pesanan admin...

Since, syarikat insurans dan takaful bebas untuk tentukan bayaran premium, jadi admin sarankan kepada pelanggan untuk survey dahulu quotation dari 30 syarikat insurans dan takaful. Harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini berbeza.

Tidak semestinya yang mahal itu bagus dan yang murah itu tidak bagus. Bila mencari sesuatu produk insurans, fokus pada NILAI PERLINDUNGAN.

Sekiranya anda beli kerana HARGA, anda akan dapat HARGA. Tetapi, sekiranya anda beli kerana NILAI, anda akan dapat NILAI.

Berhati-hatilah ketika memandu, kerana anda mungkin akan dikenakan bayaran premium yang lebih tinggi disebabkan oleh kecuaian anda..

Kredit Inforoadblock

04/08/2017

PEMANSUHAN TARIF INSURANS KENDERAAN
Lepas raya nanti (Julai 2017) sistem insurans di Malaysia akan berubah sepenuhnya?
SISTEM SEDIA ADA
Selama 30 tahun harga insurans dikawal oleh tarif Bank Negara. Harga insurans ditentukan oleh market value, cc dan loading.
Oleh sebab dikawal, jadi harga pun lebih kurang sama je antara semua syarikat insurans. Beza sikit-sikit je untuk kenderaan yang sama.
APA TU PEMANSUHAN TARIF?
Harga insurans kenderaan TIDAK lagi dikawal oleh Bank Negara. Setiap syarikat insurans bebas letak harga sendiri. Diaorang juga bebas nak revise harga pada bila-bila masa. Sistem ini telah lama dipakai di US, UK, German, China, Thailand dan Singapore.
APA EFEK KEPADA PENGGUNA?
✔ Mungkin harga akan lebih murah sebab persaingan.
✔ Syarikat insurans akan perkenalkan lebih banyak produk baru.
✔ Kualiti servis insurans akan bertambah baik untuk tarik pelanggan.
PENGIRAAN BARU NANTI MACAM MANA?
Pengiraan baru akan ambik kira risiko owner untuk tentukan harga. Risiko rendah, harga lagi murah. Risiko tinggi, harga lagi mahal.
Antara pekara yang diambil kira jantina, model dan jenis kenderaan, pekerjaan, rekod claim, kegunaan kereta, umur, tempat tinggal, dsb. Terpulang la insurans tu nak ambik kira apa utk tentukan harga.
SO INGAT...
✔ Selepas Julai 2017, sebelum beli survey dulu harga. Ada lebih 30 syarikat insurans kenderaan di Malaysia. Setiap syarikat kenderaan akan kenakan harga yang berbeza. Tapi tak semestinya murah tu terbaik. Kena compare juga reputasi dan servis insurans tu.
✔ Bawak kereta dengan selamat. Tak mustahil nanti insurans akan consider saman dan mata kejara untuk kira harga.
✔ Sebelum beli kenderaan baru pun survey-survey dulu harga insuransnya..

RENEW ROADTAX TANPA MENGGUNAKAN GERAN ASALroadtax dah nak expired?tiada masa nak p JPJ?tiada masa nak p beratur kt pejab...
07/06/2017

RENEW ROADTAX TANPA MENGGUNAKAN GERAN ASAL

roadtax dah nak expired?
tiada masa nak p JPJ?
tiada masa nak p beratur kt pejabat pos ?
yg paling KRITIKAL, geran ORI masih kat bank?

kami bantu anda atasi semua RINTANGAN anda..
BAGAIMANA ?

☑✉📄
Whatsapp gambar geran / polisi insurans yg lepas
☑🛵🚖
Kami keluarkan sebut harga
☑🏧💰
Anda setuju,anda bayar & kami proses.
☑ 🏠🏢
kami hantar terus ke rumah/pejabat anda
📬📩🚓

Bhau
0 1 2 - 5 9 0 8 6 6 5

>>> wasap.my/60125908665/rtax_ins

NAK BAYAR ROADTAX & INSURANS ???Tunggu lama untuk dapatkan insurans & roadtax ?? Harga insurans mahal / bajet lari? 📣 Mu...
09/04/2017

NAK BAYAR ROADTAX & INSURANS ???
Tunggu lama untuk dapatkan insurans & roadtax ??
Harga insurans mahal / bajet lari?
📣 Mudah! Senang! Bajet!
📣 Mudah! Senang! Bajet!
🔥 🔥Quote Harga PERCUMA dulu sebelum beli.

👉 Jimat Masa

🔥 🔥 Kereta baru lagi. nak ambil Insurans comprehensive tapi harga mahal???
Lebih flexible ! Lebih Jimat ! Sum insured ikut market value, bukan bank value. Kami memastikan claim anda tidak ada masalah di samping jimatkan kos insurans

👉 Servis Add On. Takde Masa ??? Roadtax Delivery Servis ditawarkan, Roadtax hantar ke depan rumah / pejabat anda !!!
===============================
📱 Whatapps : 012-5908665

Click >>> wasap.my/60125908665/Insurans+&+Roadtax

RENEW INSURANS TAKAFUL & ROADTAX ANDA✔Quotation PERCUMA✔Boleh Buat Insurans Mengikut Bajet Anda✔Insurans 3RD Party Juga ...
19/03/2017

RENEW INSURANS TAKAFUL & ROADTAX ANDA

✔Quotation PERCUMA
✔Boleh Buat Insurans Mengikut Bajet Anda
✔Insurans 3RD Party Juga Disediakan
✔Door To Door Service (Penghantaran Ke Pintu Rumah/Pejabat - Kawasan Gurun & Sekitarnya, Luar Kawasan poslaju)
====================================================
Cuma whatsapp gambar covernote lama @ polisi lama utk pengiraan insurans & roadtax.

Wakil Insurans Anda
Hubungi : 012-5908665 Bhau
wasap.my/60125908665

Address

Gurun
08300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Goldenmas Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Goldenmas Resources:

Share