27/07/2026
π¦ Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!
Anak kerap demam panas? Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk elak anak demam berulang?
Demam adalah masalah kesihatan yang biasa dihadapi oleh kanak-kanak. Sudah tentulah, ibu bapa akan berasa risau jika anak demam panas, terutamanya jika ia berlaku berulang kali. Bagaimanapun, bukan semua demam adalah tanda penyakit serius. Lagipun, demam sangat lazim dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang berusia 5 tahun ke bawah. Selalunya, ia akan sembuh dengan sendirinya dalam masa 48 jam.
5 Punca anak kerap demam
Ada pelbagai punca anak selalu demam. Antaranya:
1. Jangkitan virus
Punca utama anak kerap mengalami demam panas adalah jangkitan virus. Jangkitan ini boleh membuatkan anak mengalami selesema atau sesak nafas. Sistem imum kanak-kanak masih berkembang. Oleh itu, badan mereka masih belum kuat untuk melawan jangkitan.Β
Antara contoh jangkitan virus yang menyebabkan anak kerap demam dan batuk ialah jangkitan rhinovirus dan enterovirus.
2. Jangkitan bakteria
Selain jangkitan virus, jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan anak demam panas. Selalunya, kanak-kanak yang mengalami jangkitan bakteria perlu mengambil antibiotik sebagai rawatan. Sekiranya anak anda mengalami demam berpanjangan dengan suhu yang tinggi, besar kemungkinan ia disebabkan oleh jangkitan bakteria.
3. Faktor persekitaranΒ
Selain jangkitan, persekitaran yang tidak sihat juga boleh menjadi faktor penyebab anak kerap demam. Sebagai contoh, persekitaran yang tidak bersih boleh meningkatkan risiko anak terkena jangkitan kuman.Β Oleh itu, pastikan bilik dan kawasan sekitar tempat anak tidur bersih dan bebas daripada sampah atau kulat. Selain itu, kanak-kanak juga lebih mudah dijangkiti demam sekiranya berada dekat dengan kanak-kanak lain yang menghidap penyakit sama.Β
Informasi Demam: https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/anak-kerap-demam/
Ingat Medical Card, Ingat Nisa Sauqi
YH GROUP