Allianz Malaysia - Ann

Allianz Malaysia - Ann We are a specialist for general insurance.

16/05/2023
16/05/2023

Resepi (Thai dessert)
Bubur Krong krang

Bahan:
👉1 cawan tepung ubi kayu
👉1/2 cawan air panas mendidih
kuantiti di atas ditambah sehingga adunan jadi kenyal dan boleh ditekan pada acuan.

Cara:
➡️Masukkan tepung dalam mangkuk menguli.
➡️Masukkan air panas mendidih, kacau sebati. ➡️Adunan akan melekat2. Tambahkan air atau tepung ubi hingga mendapat adunan yang kenyal.
➡️Potong kecil adunan untuk ditekan menggunakan acuan kuih siput.
➡️Bila habis diterap, rebus dalam air panas.
➡️Toskan bila sudah terapung dan masuk dalam air sejuk.
➡️Sedia untuk digunakan.

Bahan Kuah: (Untuk 2 adunan Krong Krang)
👉5 cawan santan
👉3/4 cawan gula
👉1 sudu kecil garam
👉1 sudu besar bijan yang telah digoreng tanpa minyak (optional)
👉1 cawan isi kelapa muda (optional)

Cara:
➡️Masukkan santan bersama gula dan garam.
➡️Kacau hingga sekali mendidih sahaja. Sehingga gula telah larut.
➡️Masukkan isi kelapa.
➡️Masukkan Krong Krang.
➡️Tabur bijan. Siap..

Kredit : empunya resepi

15/05/2023

Sejukkan dulu..
Koktel campuran.buah2an dan jelly sumi.
Cara mudah saya
Alhamdulillah❤️menyegarkan.

Bhn-
1 tin susu cair@ susu fresh milk(saya guna fresh milk)
1/2 tin susu pekat
2 cwn air
1 tin koktel buah2an@ buah2an segar👇
Seperti anggur,buah naga,epal,buah lai,buah pear,betik
1 tin laici
1 pkt jelly sumi
Biji sagu yg telah di masak.

Cara-
Campur kan semua dlm satu bekas besar.simpan sejuk.atau letak ais.sedia utk di nikmati.saya s**a letak dlm bekas kecil2 mudah simpan dan mudah utk di nikmati.

Slmt mencuba

Airtgn dan foto by- Eniza M. Salim




15/05/2023

RESEPI CUCUR UDANG

Tanpa yis/soda bikarbonat
Bahan-bahan:
*500gm tepung gandum
*250gm taugeh
*150gm daun bawang - dipotong kecil
*150gm bawang besar - dihiris
*1 sudu teh garam
*1/2 sudu teh serbuk kunyit
*2 biji telur
*Udang - dibuang kulit
*Lobak merah - optional
*Cili merah - optional

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati
2. Biarkan sebentar selama 30 minit sebelum menggoreng
Nota:
Goreng dengan api perlahan supaya garing di luar dan lembut di dalam, boleh tambahkanlan sesudu marjerin untuk lebih rangup
Kredit: Aezach AR

SELAMAT MENCUBA 👍




15/05/2023

🌽PUDING KASTARD JAGUNG🌽
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin krimer jagung
Sikit garam

Campurkan semua sekali... Kacau sampai rata... Naikkan atas dapo... Bukak api... Kacau sampai likat... Terus tuang dlm bekas masa panas2... Kalau x nnt jd menggerutu mcm bekas kecik tu... Dah sejuk masuk esbox bagi lagi sejukkkk... ☺
Ramai yg dah pandai buat... Tp saje jer nak share gak resepi ptg2 nie... Mana tau ada yg masih blur x tau nak buat dessert apa utk buka posa nie... Buat nie jer senang... X sampai 20 minit dah siap... 😊😊
Ok dah g buat sekaranggggggg😆😆😆

Credit : Mami Marsya QueenKitchen




15/05/2023

MEE JAWA

Resepi:

~1 kg daging...rebus hiris nipis..
~2 kg keledek...rebus..blend
~200 gm..udang kering *
~100 gm..udang pepai @ geragau kering..*
~2 labu bawang besar*
~10 ulas bawang putih*
~2 btg serai...hiris nipis*
~1 inci halia*
* semua blend
~2 senduk nasi cili blend..
~1 senduk nasi rempah kari..
~Gula melaka 2 ketul..
~Garam
~Minyak tuk menumis

Caranya:

1. Tumis bhn yg dah di blend...
2. Tambah cili blend..
3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak..
4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..
5. Buh air rebusan dg..
6. Cincang gula melaka buh dlm
7.blend keledek rebus tuang dlm piuk hgg hbs..
8. Tambah garam..
Biar didih hgga minyak naik...siap

Hidang bersama:
Mee kuning
Tahu goreng
Taugeh x yah celur
Telor rebus
Daun bawang
Cili hijau
Bawang goreng

Kredit: Faridah Hanim

15/05/2023

RESEPI NASI KERABU KELANTAN 😋

Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak

Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam

Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.

SAMBAL CILI

1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa

Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

RESEPI AYAM MADU BAKAR

Bahan2
Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang blnder

Kuantiti sy agak2 je.. Tpi mmg guna bhan2 kat ats je..😊😊 Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk

kredit:nurul farhanim




05/05/2023

Rendang Ayam Power 😋

Cili api,
Lengkuas,
Kunyit,
Halia,
Serai,
Bawang merah,
Bawang putih,
(Blend)

1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan blend.
2. Tumis sampai tukar warna coklat sikit. Masuk cili mesin.
3.Campak garam, ajinamoto (jika guna) dan gula melaka.
4.Masukkan ayam.
5. Kemudian terus masukkan santan. ( ini saya pakai santan kara kotak ye )
6. Agak kering sikit masukkan kerisik dan daun limau/daun kunyit hiris. Siap

Kredit Resepi : nurul jannah zakariar via mahn

03/05/2023
24/03/2023

Address

No. 8 Lebuh Nanning
George Town
10400

Telephone

6042270868

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Allianz Malaysia - Ann posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Allianz Malaysia - Ann:

Share