Puan Nurul Faraha

Puan Nurul Faraha Kami sedia membimbing anda memahami strategi pelaburan dengan lebih jelas.

CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) meneruskan kerjasama strategik dengan Samsung Malaysia Electronics d...
06/03/2026

CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) meneruskan kerjasama strategik dengan Samsung Malaysia Electronics dengan memperkenalkan barisan baharu produk kediaman pintar melalui pelan sewaan mampu milik.

Kerjasama menerusi program CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung itu menampilkan tiga produk premium baharu iaitu mesin basuh pengering pintar, televisyen pintar dan tablet pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, pengenalan model sewaan itu membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) tanpa kos pendahuluan tinggi.

"Langkah ini juga menggabungkan kepakaran teknologi Samsung dengan model sewaan CUCKOO bagi memperluaskan akses kepada ekosistem kediaman pintar dan sihat," katanya dalam kenyataan.

Kuala Lumpur: CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) meneruskan kerjasama strategik dengan Samsung Malaysia Electronics dengan memperkenalkan barisan baharu produk kediaman pintar melalui pelan sewaan mampu milik.

Penutupan Selat Hormuz akibat perang Amerika Syarikat (AS)-Israel-Iran pada masa ini dijangka memberi kelebihan kepada P...
06/03/2026

Penutupan Selat Hormuz akibat perang Amerika Syarikat (AS)-Israel-Iran pada masa ini dijangka memberi kelebihan kepada PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCG) dari segi bekalan bahan mentah dan kelebihan kos bahan mentah, demikian menuirut penganalisis.

CGS International berkata, PCG memperoleh bahan mentah gas daripada sumber domestik dan mempunyai kebergantungan yang sangat terhad terhadap bahan mentah dari luar negara.

Tambahan p**a, katanya, bahan mentah gas itu juga ditetapkan pada harga yang sangat berpatutan.

Firma penyelidikan pasaran itu berkata, di kompleks Olefin & Derivatif (O&D) Kertih, PCG membeli etana pada harga tetap dan rendah dalam jangka panjang.

Menurutnya, di bahagian Baja & Metanol (F&M) p**a, pengeluar bahan kimia bersepadu terkemuka di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara itu membeli metana dengan harga yang ditetapkan pada harga jualan produk akhir seperti urea dan metanol.

"Berdasarkan analisis kami, ini memastikan margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bahagian F&M kekal dalam julat yang sempit sepanjang kitaran naik dan turun," katanya dalam satu nota penyelidikan.

KUALA LUMPUR: Penutupan Selat Hormuz akibat perang Amerika Syarikat (AS)-Israel-Iran pada masa ini dijangka memberi kelebihan kepada PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCG) dari segi bekalan bahan mentah dan kelebihan kos bahan mentah, demikian menuirut penganalisis.

06/03/2026

PETRONAS Dalam Survival Mode: Lebih 5,000 Kakitangan Terlibat

06/03/2026

“Dulu Disanjung, Kini Hilang Arah”
Kisah Bangkit dan Jatuhnya Serba Dinamik — Pengajaran Buat Pelabur

Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring prestasi lemah Wall Street semalaman serta kenaikan harga minyak di te...
06/03/2026

Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring prestasi lemah Wall Street semalaman serta kenaikan harga minyak di tengah-tengah ketiadaan petunjuk bahawa krisis di Timur Tengah akan mereda dalam masa terdekat.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.55 mata atau 0.14 peratus kepada 1,710.65 selepas dibuka rendah 0.6 mata kepada 1,712.60.
Pasaran secara keseluruhan mencatat sentimen negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 236 berbanding 102, manakala 252 kaunter tidak berubah, 2,032 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 149.11 juta saham bernilai RM110.35 juta.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring prestasi lemah Wall Street semalaman serta kenaikan harga minyak di tengah-tengah ketiadaan petunjuk bahawa krisis di Timur Tengah akan mereda dalam masa terdekat.

Affin Group dan MBSB Bank Bhd bersama-sama memperuntukkan kemudahan bersindiket berjumlah RM3.8 bilion bagi menyokong pe...
24/02/2026

Affin Group dan MBSB Bank Bhd bersama-sama memperuntukkan kemudahan bersindiket berjumlah RM3.8 bilion bagi menyokong pengambilalihan pegangan kawalan melebihi 50 peratus dalam U Mobile Sdn Bhd oleh Mawar Setia Sdn Bhd.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua pihak berkata di bawah pengaturan bersidiket itu, Affin Group memperuntukkan RM2.4 bilion manakala MBSB Bank memperuntukkan RM1.4 bilion.
Kedua-dua institusi kewangan itu berkata, hasil daripada kemudahan itu akan digunakan sebahagiannya untuk membiayai pembelian saham Mawar Setia daripada Straits Mobile Investments Pte Ltd.
"Mawar Setia ialah syarikat pegangan pelaburan Malaysia yang diasaskan oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

"Pengambilalihan ini dijangka meningkatkan pemilikan Malaysia dalam U Mobile dengan mengurangkan pegangan asing serta mengukuhkan penyertaan domestik dalam salah satu pengendali mudah alih dan jalur lebar utama negara, ketika syarikat itu melangkah ke fasa seterusnya pembangunan korporat," menurut kenyataan itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an (GCEO) Affin Group, Datuk Wan Razly Abdullah, berkata pembiayaan itu memperkukuh kapasiti infrastruktur digital jangka panjang Malaysia serta menyokong fasa pertumbuhan seterusnya U Mobile dengan penyertaan domestik yang lebih mendalam.
"Selaras dengan pelan AFFIN Axelerate 2028 (AX28), kami akan terus menyokong pembangunan ekosistem digital yang selamat dan boleh diskalakan demi masa depan negara," katanya.

KUALA LUMPUR: Affin Group dan MBSB Bank Bhd bersama-sama memperuntukkan kemudahan bersindiket berjumlah RM3.8 bilion bagi menyokong pengambilalihan pegangan kawalan melebihi 50 peratus dalam U Mobile Sdn Bhd oleh Mawar Setia Sdn Bhd.

Platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd memanfaatkan teknologi menangani kekangan struktur da...
24/02/2026

Platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd memanfaatkan teknologi menangani kekangan struktur dalam ekosistem penjagaan kanak-kanak khususnya isu kekurangan kemudahan taska dan keperluan sokongan keluarga bekerja.
Diasaskan pada 2019, Kiddocare diwujudkan susulan pemerhatian terhadap peningkatan jumlah wanita yang meninggalkan alam pekerjaan selepas mempunyai anak berpunca daripada kekangan penjagaan serta kos tinggi perkhidmatan formal.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare Sdn Bhd, Nadira Yusoff berkata, model perniagaan berasas teknologi membolehkan padanan pengasuh dan keluarga dilakukan secara lebih selamat, telus serta bertanggungjawab.
"Penjagaan bayi bukan sekadar menyediakan pengasuh kerana membabitkan kepercayaan, keserasian dan keselamatan. Setiap pengasuh atau penjaga perlu melalui saringan latar belakang, latihan kemahiran, pertolongan cemas dan pematuhan prosedur operasi standard sebelum dibenarkan memberi perkhidmatan," katanya kepada Bisnes Metro.

Petaling Jaya: Platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd memanfaatkan teknologi menangani kekangan struktur dalam ekosistem penjagaan kanak-kanak khususnya isu kekurangan kemudahan taska dan keperluan sokongan keluarga bekerja.

24/02/2026

Mengapa Memilih Syarikat Hebat pada Harga yang Wajar Adalah Penting Dalam Pelaburan Saham

24/02/2026

Mulakan langkah pertama buka akaun saham syariah bersama group kami~

24/02/2026

Selalu jumpa ramai yang belum pandai trade tapi tangan dah gatal pegi Entry follow signal siput sedut dekat luar sana tu.

24/02/2026

Dalam pelaburan saham akan membandingkan keuntungan yang diperolehi dengan trader lain

07/02/2026

[FAKTA MENGENAI PASARAN SAHAM]
⚡ Tahukah anda? Bukan semua orang boleh membuat keuntungan dalam pasaran saham.

Address

Menara Boustead, Unit 14. 01, Tingkat 14, Pulau Penang, 39, Jalan Sultan Ahmad Shah, , Malaysia
George Town
10050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puan Nurul Faraha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Puan Nurul Faraha:

Share