28/06/2015
Simpanan Pendidikan Melalui Hartanah
-----------------------------------------------------
Saya kongsikan apa yang saya praktikkan kini.
Semua orang risaukan pendidikan tinggi anak-anak pada masa akan datang. Persoalannya:
1) Mampukah kita hantar mereka ke Universiti Awam dan Swasta tanpa pinjaman pelajaran?
2) Berpeluangkah mereka mendapat biasiswa seperti zaman kita dahulu?
3) Masih adakah PTPTN pada masa itu ataupun sudah dihapuskan atas sebab generasi dahulu tidak mahu bayar pinjaman pendidikan?
Jika anda baru dikurniakan bayi hari ini dan mempunyai sedikit simpanan dan bonus, apa kata anda laburkan dalam hartanah.
Katakan anda membeli hartanah apartment bernilai RM230,000 dengan membayar deposit sebanyak 10% dan mampu memberi anda pulangan sewa RM1,300 sebulan.
1) Bayaran instalment pada bank adalah RM940.33 sebulan (Pinjaman maksimum 35 tahun). Setelah menolak bayaran lain seperti cukai pintu dan maintenance anggaran RM130 sebulan, anda mempunyai positif cash flow sebanyak RM229.67 sebulan.
2) Positif cash flow tadi anda simpan dalam TH atau ASB anak anda setiap bulan.
3) Anggaran simpanan anda pada tahun ke 16 (bagi buffer masa setahun untuk dapat hasil jualan penuh hartanah anda):
a) Daripada positif cash flow anda (Anggaran dividen 7.5% setahun): RM83,357.68
b) Daripada hasil jualan rumah setelah ditolak baki hutang (Anggaran kenaikan malar nilai hartanah 4% setahun): RM430,785.69-RM149,591.49 = RM281,194.20
Jumlah duit untuk pendidikan anak anda adalah: RM364,551.88
Nota:
1) Nilai anggaran kenaikan 4% setahun adalah konservatif. Ada sesetengah kawasan di Klang Valley kenaikannya 20% setahun.
2) Tiada kenaikan sewa sepanjang 16 tahun (Baik betul tuan tanah kedaung ini).
Kalau rasa tak cukup untuk tampung pendidikan luar negara, anda belilah beberapa unit rumah.
Credit to Ferdaus Johar.