26/03/2023
MULAKAN RUMAH KECIL
1. Mula kerja, pasang impian nak ada rumah sendiri. Walau apa cuaca ekonomi.
2. Pasang impian tidaklah salah, hidup tanpa impian tidak bermakna.
3. Mulakan bina tabung untuk beli rumah, jika adik menabung sebulan RM500. Setahun dah ada RM6000. Jika 10 tahun dah ada RM60,000.
4. Jika kita menyimpan RM500 dalam ASB yang orang kata sikit dividen itu. Jika pulangan 5% setahun, selepas 10 tahun akan ada RM78,464.64 sahaja. Dah boleh buat beli rumah juga.
5. Tempoh kerja dan hayat kerja kita hanya 30 tahun. Jika bekerja dari usia 25 tahun dan bersara pada usia 55 tahun. Bina hutang rumah dalam tempoh itu, pastikan usia 55 hutang dah habis bayar.
6. Selepas usia 55 tahun sebaiknya kita tiada hutang lagi dan kita telah mula ada keperluan asas kehidupan. Rumah, kenderaan, simpanan untuk bersara.
7. Kita hanya ada 30 tahun untuk merancang dengan baik kehidupan kita. Jika kita tak rancang, hidup kita akan susah diakhir hayat kita.
Kawan kawan,
Saya selalu pesan, tadbir hidup baik baik barulah kita berserah pada takdir.
Bila usia kita lanjut dan belum ada sebuah rumah sebagai asas kehidupan, kita tak susahkan orang. Kita akan susahkan hidup kita.
Susah nak beribadah, hidup tidak selesa dan sempurna, jenuh meminta minta.
Hati hati dengan budaya menyewa, ia tetap bukan hak milik kita walau bayar berpuluh tahun lamanya.
Mulakan dengan rumah kecil, jika layak beli rumah kos rendah beli sahaja kawan. Demi masa depan.