10/04/2023
Jom Mamu terangkan :
Process nak guna Kad Medikal.
1st Pra Kemasukan Hospital / Pre Hospitalizations
- Biasanya disini Doktor akan membuat analisa ttg sakit/penyakit kita dan akan menentukan samada kita hanya perlu :
Makan Ubat
Perlukan Pembedahan
Perlukan Kemasukkan Hospital
Perlukan Buat Prosedur Harian
*Jika tiada KEMASUKAN Hospital dari tarikh 60 hari Perjumpaan ini.
Bill Rawatan ini TIDAK BOLEH KLAIM.
** Jika ada KEMASUKAN Hospital dalam masa 60 hari.
Bill Rawatan inie BOLEH KLAIM.
2nd Kemasukan Hospital / Admission
- Biasanya Deposit diperlukan oleh Pihak Hospital Rm300-Rm500
( Dengan Kad Medikal HLMT, utk Hospital Pantai Tidak diperlukan Deposit ini)
- Initial GL (Guarantee Letter) akan dikeluarkan berdasarkan Rawatan/Prosedur yg akan dilakukan.
- Final GL ( Guarantee Letter) akan dikeluarkan setelah semua Rawatan/Pembedahan/Prosedur telah dijalankan.
- Biasanya Kos utk Tag Nama, Pendaftaran, Ujian Covid akan DITOLAK DARI DEPOSIT kerana ini semua bukan Rawatan/Ubatan
3rd. Perjumpaan Susulan / Follow up :
- Biasanya sekali atau mungkin 2 kali. Waktu nie doktor akan periksa keadaan semasa & tahap kesembuhan.
- Adakalanya Pisioterapi akan disarankan oleh Doktor
- Disini BILL BOLEH KLAIM secara Bayar Dulu, Klaim kemudian.
- Semua bill dalam masa 60 hari Dari Tarikh Kemasukkan Hospital sahaja.
Harap Makluman ini membantu anda.