12/03/2026
🏠 Menstruktur Semula Hutang Dengan Pendekatan Berasaskan Aset
Bagi individu yang mempunyai komitmen hutang sedia ada, matlamat bukan sekadar melangsaikan hutang dengan lebih cepat.
Yang lebih penting ialah bagaimana hutang itu disusun semula supaya:
✅ Aliran tunai bulanan lebih terkawal
✅ Komitmen tidak membebankan jangka panjang
✅ Pada masa yang sama, nilai bersih dapat dibina
Dalam keadaan tertentu, pembelian hartanah boleh menjadi sebahagian daripada strategi tersebut — bukan untuk menambah beban, tetapi untuk menukar struktur komitmen kepada aset yang berpotensi berkembang.
Contoh ilustrasi:
Seorang individu mempunyai:
2 personal loan
RM20,000 setiap satu
Jumlah RM40,000
Ansuran bulanan: RM1,200
Bayaran dibuat setiap bulan,namun selepas beberapa tahun, tiada aset yang dimiliki.
Sekarang pertimbangkan senario berbeza.
Membeli sebuah rumah dengan:
Ansuran bulanan: RM1,500
Potensi sewaan: RM800 sebulan
Komitmen bersih sekitar RM700.
Daripada membayar RM1,200 kepada hutang tanpa nilai tambah, komitmen distrukturkan semula kepada:
🏠 Aset atas nama sendiri
📈 Potensi kenaikan nilai jangka panjang
💰 Sebahagian ansuran ditampung melalui sewaan
🧾 Struktur kewangan yang lebih strategik
Pendekatan ini tidak sesuai untuk semua orang.
Ia bergantung kepada profil kewangan, kelayakan, serta perancangan yang teliti.
Namun, bagi situasi yang tepat, ia boleh menjadi langkah membina aset sambil mengurus komitmen dengan lebih tersusun.
📲 Jika ingin menilai sama ada strategi ini sesuai dengan kedudukan kewangan anda, hubungi kami untuk semakan awal.
Tertakluk kepada semakan, kelayakan dan penilaian institusi kewangan.