Aiishif Trading

Aiishif Trading Our mission is to help you build long-term legacy wealth for your families.

We are committed to helping you build a portfolio of cash flowing real estate properties through our totally done for you turnkey process.

6 PERKARA YANG WAJIB NEWBIE BUAT DAN FAHAM UNTUK BERJAYA DI DALAM TRADING.:Di dalam dunia trading, banyak perkara yang p...
01/04/2022

6 PERKARA YANG WAJIB NEWBIE BUAT DAN FAHAM UNTUK BERJAYA DI DALAM TRADING.
:
Di dalam dunia trading, banyak perkara yang perlu ditekankan kerana ianya aktiviti yang berisiko.
Sebagai seorang yang tiada pengalaman, anda semestinya perlu mempunyai ilmu di dalam bidang trading..
Selain itu terdapat beberapa tindakan yang perlu dilakukan dan difahamkan newbie sebelum mula di dalam bidang ini iaitu:
1.Letakkan matlamat yang jelas di dalam trading. Cuba spesifikkan matlamat kenapa anda nak profit, berapa anda nak profit, berapa loss yang anda sanggup terima dll.
2.Sediakan modal yang sesuai. Jangan sesekali trade dengan minimum margin kerana ianya sangat berisiko untuk newbie kerana anda tiada pengalaman yang cukup di dalam teknikal analisis.
3.Set mindset bahawa skill sentiasa berfungsi lebih daripada tuah. Untung dan rugi bergantung kepada cara anda mengawal risiko, bukan hanya bergantung kepada nasib semata-mata.
4.Sediakan ilmu teknikal analisis, pengurusan risiko, kemahiran mengawal emosi dan sebagainya sebelu

4 AMALAN PRO-TRADER YANG WAJIB DITIRU NEWBIESikap, rutin, tabiat dan tindakan mempengaruhi sebahagian besar daripada has...
30/03/2022

4 AMALAN PRO-TRADER YANG WAJIB DITIRU NEWBIE
Sikap, rutin, tabiat dan tindakan mempengaruhi sebahagian besar daripada hasil yang bakal diperoleh.
Tidak kira di dalam apa jua yang kita lakukan, lebih banyak yang kita beri, lebih banyak yang bakal didapati.
Pengalaman p**a bakal membentuk kepada sikap dan tindakan yang lebih baik.
Di dalam dunia trading, terdapat 4 amalan professional trader yang patut ditiru oleh newbie trader iaitu:
1.Sediakan trading jurnal.
Penyediakan trading jurnal penting supaya dapat review perjalan trading kita setiap hari untuk mengenalpasti kesilapan dan memperbaiki kesalahan yang dibuat.
2.Buat backtest sebelum mula trade.
Antara sikap professional trader yang signifikan adalah membuat backtest.
Sekiranya anda baru peroleh sesebuah teknik atau indikator, anda wajib menguji result daripada teknik atau indikator itu dengan set up back test terlebih dahulu.
3.Review trade
Review trade perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali supaya anda jelas dengan apa yang telah anda lakukan.
Sentiasa perbaiki kesalahan merupakan kunci untuk anda lebih berkembang di dalam dunia trading.
4.Chart work.
Anda perlu menyediakan carta untuk trading pada minggu seterusnya.
Rasa bermanfaat tak dengan perkongsian kami ini? Cuba komen dan like sikit kalau anda dapat sesuatu.
Pelajari teknik TRADING FCPO bersama tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman sebanyak 15 TAHUN dan MASIH AKTIF di dalam dunia Trading FCPO.

6 TIPS KENAL PASTI SIFU TRADING YANG BAIK UNTUK NEWBIE..Seperti yang kita sedia maklum, trading adalah satu bidang yang ...
28/03/2022

6 TIPS KENAL PASTI SIFU TRADING YANG BAIK UNTUK NEWBIE..
Seperti yang kita sedia maklum, trading adalah satu bidang yang berisiko dan memerlukan ilmu, teknikal dan emosi yang baik..
Oleh yang demikian, pemilihan mentor atau guru adalah penting untuk trader terutama sekali newbie.
Antara ciri-ciri mentor yang baik ialah:
1.Menyediakan pengajian berkaitan trading daripada asas sehingga kemahiran teknikal.
2.Memberi penerangan jelas tentang market yang sedang diceburi termasuk dengan risiko yang bakal dihadapi
3.Memberi panduan terhadap analisis teknikal secara jelas dan cara untuk membuat backtest.
4.Tekankan kemahiran untuk mengawal dan menguruskan risiko dengan efisien.
5.Membantu merangka strategi yang berkesan dan berkualiti.
6.Memberi bimbingan dan sokongan dari aspek emosi.
Kesimp**annya, pemilihan mentor yang baik sangat mempengaruhi faktor kejayaan seseorang trader.
Namun begitu, sikap dan disiplin sebagai seorang trader perlu dibina terlebih dahulu supaya anda dapat mengikuti dan mudah faham apa

ELAKKAN DARIPADA MELAKUKAN 4 TABIAT BURUK DI DALAM TRADING.Setiap individu mesti ada tabiat yang tersendiri. Ada tabiat ...
25/03/2022

ELAKKAN DARIPADA MELAKUKAN 4 TABIAT BURUK DI DALAM TRADING.
Setiap individu mesti ada tabiat yang tersendiri. Ada tabiat yang baik, yang kurang baik, dan yang tak baik.
Di dalam dunia trading, ada 4 tabiat yang buruk yang wajib dibuang jika anda nak berjaya.
Jika anda berjaya buang kesemua tabiat buruk ini, anda pasti dapat ‘feel’ perubahan yang positif terhadap kerjaya trading anda.
4 tabiat tersebut adalah:
1.Masuk entry tanpa mengira risiko market dan membuat teknikal analisis.
2.Abaikan ‘stop-loss’ mengikut kadar risk and reward yang tepat.
3.FOMO (sikap terlampau terikut-ikut dengan orang lain)
4.Trade di dalam keadaan emosi yang tidak stabil dan terlalu gemar untuk revenge selepas ‘loss’
Ke semua tabiat ini bakal memberikan impak yang negatif dan menyebabkan anda tidak akan konsisten di dalam trade dan akhirnya ‘give up’ dengan kerjaya trading anda..
Rasa bermanfaat tak dengan perkongsian kami ini? Cuba komen, like dan share sikit kalau anda dapat sesuatu.
Pelajari teknik TRADING FCPO bersama tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman sebanyak 15 TAHUN dan MASIH AKTIF di dalam dunia Trading FCPO.

1. Ambil tindakanSeorang usahawan harus mempunyai mentaliti yang sentiasa mengambil tindakan dengan keadaan di sekelilin...
20/03/2022

1. Ambil tindakan
Seorang usahawan harus mempunyai mentaliti yang sentiasa mengambil tindakan dengan keadaan di sekelilingnya. Cuba bayangkan sekiranya anda sebagai usahawan mempunyai mentaliti yang malas dan tak mampu untuk mengambil tindakan dengan apa jua perkara yang akan anda lakukan. Adakah anda rasa bisnes anda akan berkembang? Mungkin anda antara usahawan yang mula gulung tikar dulu.
2. Ada perasaan takut
Bukan takut nak ambil tindakan, tapi anda takut untuk tidak mengambil tindakan dan tak buat apa-apa dengan perniagaan. Ramai usahawan bercita-cita tinggi tapi masih takut-takut untuk bergerak ke hadapan. Ada usahawan yang tak ‘takut mati’ dan tak takutkan kegagalan. Malah mereka sanggup lakukan apa saja untuk berjaya. Jika anda merasa tidak selamat, gunakan emosi itu untuk memandu anda untuk mencapai matlamat perniagaan anda.
3. Bijak Mencari Peluang
Usahawan harus bijak mencari peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan. Perniagaan yang mempunyai masalah besar sebenarnya ia menunjukkan mereka mencari peluang untuk memperbaiki diri dan operasi syarikat.

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Harap semua dalam keadaan baik.Pagi ini saya nak kongsikan sikit mengenai:5 SIMPTOM...
19/03/2022

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Harap semua dalam keadaan baik.
Pagi ini saya nak kongsikan sikit mengenai:
5 SIMPTOM ANDA DEMAM KEWANGAN
Anda ada simptom-simptom ni?. Cepat-cepat jumpa "doktor-doktor" kewangan untuk "merawat" demam anda ini ye. 😁

Pasaran saham ketagihan untuk ditonton. Walau bagaimanapun, kerana terdapat banyak turun naik, ia boleh membawa kepada r...
18/02/2022

Pasaran saham ketagihan untuk ditonton. Walau bagaimanapun, kerana terdapat banyak turun naik, ia boleh membawa kepada rollercoaster emosi. Nasihat terbaik ialah membeli saham dan kemudian jangan melihatnya untuk seketika yang mungkin kelihatan sukar, tetapi inilah yang menyebabkan jualan panik.

"Hanya beli sesuatu yang anda akan dapat dengan senang hati jika pasaran ditutup selama 10 tahun."

5 Tabiat BURUK Yang Sering Dilakukan Jutawan -aUntuk Berjaya!Setiap kejayaan pasti ada resepi yang perlu dicampurduk seh...
16/02/2022

5 Tabiat BURUK Yang Sering Dilakukan Jutawan -aUntuk Berjaya!
Setiap kejayaan pasti ada resepi yang perlu dicampurduk sehingga menjadi sebuah menu kejayaan yang lazat.

Tak dinafikan memang setiap individu mempunyai tabiat atau aktiviti harian yang berbeza-beza.

Namun begitu setiap tabiat yang sering dilakukan dapat mempengaruhi sikap dan tindakan seseorang individu.

Jika anda sering melakukan tabiat yang positif, anda pastinya bakal peroleh
“result” yang positif dan begitu juga jika sebaliknya.

5 tabiat yang kebiasaannya ramai jutawan lakukan dan boleh diambil contoh adalah:

1.Membaca

Membaca merupakan sebuah tabiat yang sangat baik kerana ianya dapat meningkatkan pengetahuan kita.

Semakin banyak pengetahuan yang kita dapat, semakin mudah untuk kita membentuk keperibadian yang baik.

2.Berguru

Sama seperti membaca, tujuan kita berguru adalah untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan.

3.Bersenam.

Fizikal yang cergas dapat meningkatkan kecerdasan minda.

Tidak dinafikan, badan yang sihat sangat penting bagi memperoleh hasil kerja yang baik.

Selain itu, bersenam adalah salah satu aktiviti yang bagus untuk mengurangkan tekanan kerja dan perasaan.

4.Sentiasa membina rangkaian.

Apa pentingnya membina rangkaian? Untuk berkembang jauh, anda memerlukan bantuan sesetengah pihak.

Semakin banyak rangkaian atau kenalan anda, semakin besar potensi anda untuk memperoleh perkongsian nasihat dan pendapat serta bantuan dari pelbagai sisi.

5.Sentiasa menghargai.

penghargaan terhadap diri sendiri merupakan suatu perkara yang sangat penting.

Hal ini demikian kerana ianya penting bagi memperoleh motivasi diri untuk melonjak terus ke hadapan.
Tidak kira apa jua “result” yang diperoleh, beri diri anda peluang untuk memperoleh penghargaan setelah berpenat-lelah.

Assalamualaikum and goodmorning traders ! 😎“Everyday u wake up u have one job: To be better than yesterday.”And today i’...
14/02/2022

Assalamualaikum and goodmorning traders ! 😎

“Everyday u wake up u have one job: To be better than yesterday.”

And today i’m ready to make it happen🔥

Unmuted, turn on notification and follow my setup, because today i will give the best for you all ! 🔥

TRADING TIPS📝Apakah penawaran (Supply) dan permintaan (Demand) dalam perdagangan?Penawaran - Jumlah yang ada pada harga ...
11/02/2022

TRADING TIPS📝

Apakah penawaran (Supply) dan permintaan (Demand) dalam perdagangan?

Penawaran - Jumlah yang ada pada harga tertentu.
Permintaan - Jumlah yang dikehendaki pada harga tertentu.

Apabila harga meningkat, kesediaan penjual untuk menjual produk juga akan meningkat. Sebaliknya menunjukkan bahawa ketika harga meningkat, kita melihat permintaan menurun. Pembeli akan membuat permintaan lebih banyak apabila harga lebih rendah.

Perubahan dalam penawaran dan permintaan menimbulkan trend kerana pedagang pasaran ini memperjuangkan untuk harga terbaik. Berita harian mempengaruhi ekonomi dunia, urus niaga antarabangsa dan keseimbangan pembayaran antara negara.

Berita positif biasanya akan meningkatkan permintaan dan mengurangkan penawaran, menyebabkan harga lebih tinggi. Berita negatif p**a biasanya akan menurunkan permintaan dan mengakibatkan peningkatan penawaran.

Semoga bermanfaat buat trader-trader🙏🏻

MORNING SEMUA😎🔥TRADING TIPS HARINI📝✍🏻ENTRY CONFIRMATION Ramai trader abaikan confirmation sebelum membuat entry atau mas...
09/02/2022

MORNING SEMUA😎🔥

TRADING TIPS HARINI📝

✍🏻ENTRY CONFIRMATION

Ramai trader abaikan confirmation sebelum membuat entry atau masuk position dalam market.

Kebiasannya, trader akan tanda zon buy/sell dan apabila price sudah masuk ke dalam zon, trader akan terus entry tanpa ada confirmation. Ini antara punca ramai trader tidak konsisten.

Hari ni saya nak tunjuk contoh salah 1 confirmation entry.

1. Gunakan trendline. Tarik antara 2 waves yang jelas. Tarik trendline dari shadow to shadow candle

2. Tunggu price membuat breakout di trendline.

3. Tunggu price membuat retracement atau pullback ke area trendline.

4. Tunggu candle reversal signal atau candlestick pattern seperti bullish engulfing untuk menandakan signal untuk anda entry.

Semoga ilmu ni bermanfaat untuk anda dan boleh cuba apply di dalam trading.

Peluang tidak hadir  dalam bentuk yang Cantik..Tetapi Peluang hadir dalam Masa yang sgt Sesuai..
07/02/2022

Peluang tidak hadir dalam bentuk yang Cantik..
Tetapi Peluang hadir dalam Masa yang sgt Sesuai..

Address

George Town
10200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aiishif Trading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aiishif Trading:

Share