25/06/2020
Pagi tadi telah diadakan sesi pemberian manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian SSPN-i Plus kepada waris pendeposit SSPN-i Plus iaitu Puan Azizah Ag Hamat, 77 tahun, ibu kepada Allahyarhamah Salma Binti Mat Yaakub, 55 tahun yang bekerja sendiri telah meninggal dunia akibat kemalangan pada 21 Oktober 2019.
Allahyarhamah merupakan pendeposit SSPN-i Plus yang telah membuka akaun pakej Delima untuk diri sendiri pada 17 Julai 2019. Dengan pakej Delima (simpanan RM50 setiap bulan), Allahyarhamah telah mendapat perlindungan takaful sebanyak RM40,000 serta khairat kematian sebanyak RM2,500.
Pilihan Allahyarhamah untuk menyimpan di dalam SSPN-i Plus untuk dirinya sendiri walaupun masih bujang merupakan pilihan yang tepat. Kesedaran untuk menyimpan melalui simpanan yang diwujudkan PTPTN melalui SSPN-i Plus ini wajar dicontohi oleh semua masyarakat Malaysia terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak kerana dengan manfaat yang diterima dapat memastikan dan membantu meringankan beban kewangan untuk menampung kos pengajian anak-anak walaupun ibu bapa telah meninggal.
Masyarakat perlu cuba untuk menyimpan bermula dari awal walaupun dengan jumlah yang sedikit agar dalam jangka masa panjang akan mendapat pulangan yang berganda. Info lanjut berkenaan SSPN layari lovesspn.com sekarang.
www.wassap.my/0139742337
www.sspn-iplus.com