30/01/2024
MEMBERI SEMULA KEPADA MASYARAKAT
Alhamdulillah, Etiqa Paka dengan Kerjasama EPIC dan juga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menganjurkan satu program Korporate Social Responsibility (CSR) Projek Penternakan Madu Kelulut baru-baru ini bersama sebahagian rakyat paka.
Program yang julung kali di adakan ini memilih untuk dilakukan di Paka adalah merupakan cadangan daripada seorang Staff di pejabat kami (Uruswang). Dengan hasil usaha beliau dan juga Hj.Shamsul Bahri Serkawi (Owner) melakukan kerja-kerja ground work, projek telah berjaya dilaksanakan.
Projek ini mempunyai beberapa objektif nya tersendiri, selain daripada untuk memberikan pendedahan tentang cara-cara menternak madu kelulut, projek ini juga bertujuan untuk menambahkan pendapatan masyarakat yang terlibat di dalam program ini.
Secara tidak lansung, projek ini di anggap sebagai
"SUMBANGAN SEMULA" Etiqa Paka kepada masyarakat sekitar di atas kesetiaan mereka bermuamalah bersama kami selama ini. TERIMA KASIH!!
UNTUK MAKLUMAN
Terdahulu pihak Etiqa Paka paka melalui CSR projek juga telah berjaya menyumbangkan sebuah VAN AMBULANS untuk digunakan bagi manfat masyarakat paka pada tahun 2020.
**kepada yang berminat untuk mendapatkan madu kelulut,
saya sertakan no. pengusaha madu kelulut di ruangan komen.