05/08/2025
🟢FAKTA MENARIK🟢
🏢 Antilia: Rumah Ke, Menara Berkembar Versi Solo?
Pernah dengar rumah sampai ada helipad, taman tergantung, dan 600 orang pekerja tetap?
Kalau belum, kenalkan…
Antilia, rumah paling mahal di dunia, milik billionaire India – Mukesh Ambani.
Harga rumah ni? Kita tarik nafas dulu ya...
Lebih RM4 bilion.
Ya, BILION, bukan juta.
🤯 Apa yang ada dalam rumah ni?
27 tingkat (tapi katanya tinggi macam bangunan 40 tingkat sebab ceiling dia tinggi-tinggi)
3 helipad
9 lif khas
168 tempat parking kereta
Ballroom, gym, spa, mini pawagam
Dan paling best… ada taman tergantung yang dibina di beberapa tingkat tengah rumah
Rumah kita kadang-kadang kalau ada kipas siling pun dah rasa mewah. Dia punya rumah, ada sistem khas untuk tahan gempa bumi hingga Richter scale 8!
Siap boleh tahan kiamat versi kecil-kecilan 😅
🤔 Tapi… siapa tinggal dalam rumah ni?
Bukan agensi kerajaan.
Bukan syarikat besar.
Cuma satu keluarga. Ya… hanya satu keluarga duduk dalam rumah seluas hampir 37,000 meter persegi.
Orang kata rumah besar, tapi mungkin sunyi juga. Silap hari bulan, anak hilang dalam rumah sendiri.
😄 Nak banding pun tak berani…
Kita beli rumah tengok bank loan lulus ka tidak.
Mukesh bina rumah macam main The Sims, letak apa dia s**a.
Tapi ini bukan soal cemburu, bukan juga soal siapa lebih hebat.
Kisah Antilia ni boleh jadi satu pengajaran dan inspirasi.
💡 Apa yang kita boleh belajar?
Mungkin kita tak mampu beli rumah RM4 bilion (atau RM400 ribu pun belum tentu),
tapi kita semua mampu berimpian.
Rumah pertama mungkin kecil, tapi itu langkah besar untuk bina masa depan.
Mungkin sekarang kita duduk rumah sewa,
tapi kalau ada ilmu dan strategi…
satu hari nanti, boleh miliki rumah sendiri – dan mungkin jadi penyewa p**a yang bayar ansuran kita!
Sumber video: .o