Technology Depository Agency

Call Directions Website Contact the business

Technology Depository Agency TDAโ€™s core function is to manage, administer and monitor all Industrial Collaboration Programme (ICP) To know more about what we do, please visit www.tda.my.

Established in 2015 under the purview of the Ministry of Finance Malaysia, Technology Depository Agency (TDA) is the Industrial Collaboration Programme (ICP) monitoring authority in Malaysia. TDA core functions are to manage, administer, and monitor the implementation of ICP to further develop the local industry and the nationโ€™s technology capabilities leveraging on strategic government procurement. As the ICP coordinating agency, TDA aims to create collaborative platforms with industry partners to maximise the potential of ICPs in line with the countryโ€™s national development agenda focusing on the identified strategic sectors.

๐‘ฒ๐’–๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ณ๐’–๐’Ž๐’‘๐’–๐’“, ๐‘บ๐’†๐’‘๐’•๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐‘ณ๐’‚๐’˜๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘น๐’‚๐’”๐’Ž๐’Š ๐‘ป๐‘ซ๐‘จ ๐’Œ๐’† ๐‘ด๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐTechnology Depository Agency Berhad (TDA) telah mengadakan law...
03/09/2026

๐‘ฒ๐’–๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ณ๐’–๐’Ž๐’‘๐’–๐’“, ๐‘บ๐’†๐’‘๐’•๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐‘ณ๐’‚๐’˜๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘น๐’‚๐’”๐’Ž๐’Š ๐‘ป๐‘ซ๐‘จ ๐’Œ๐’† ๐‘ด๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ

Technology Depository Agency Berhad (TDA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) bagi memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua organisasi.

Delegasi TDA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohamad Rafidi Mat Dahan, bersama Pengarah Kanan, En. Azrizal Marzaki serta wakil TDA. Sesi perbincangan bersama pihak MRANTI dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Ekosistem MRANTI, En. Mohd Safuan Mohd Zairi.

Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam pembangunan ekosistem teknologi dan inovasi, pengkomersialan teknologi, pembangunan kapasiti syarikat tempatan serta penglibatan industri dalam inisiatif strategik Kerajaan. Pertemuan ini turut membuka ruang untuk mengenal pasti bidang kerjasama yang dapat menyokong pembangunan teknologi dan keupayaan industri tempatan.



*F

Salam Maulidur Rasul 2026/1448H kepada seluruh umat Islam.Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan-...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 2026/1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan-Nya serta terus berusaha menghidupkan sunnah dan memperkukuh iman.

"MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI"

Ikhlas daripada seluruh warga kerja TDA Berhad.



Seluruh warga kerja TDA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Ashwad bin Ismail, Ketua Pengarah Penyiara...
24/08/2026

Seluruh warga kerja TDA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Ashwad bin Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran yang dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk bersempena Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada YBhg. Datuk Ashwad bin Ismail.



๐‘บ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’‰, ๐‘ถ๐’ˆ๐’๐’” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐‘ณ๐’‚๐’˜๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘น๐’‚๐’”๐’Ž๐’Š ๐’Œ๐’† ๐‘ฌ๐‘บ๐‘บ๐‘ช๐‘ถ๐‘ดMewakili TDA Berhad, pasukan ICD telah menyertai delegasi Majlis Keselam...
19/08/2026

๐‘บ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’‰, ๐‘ถ๐’ˆ๐’๐’” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐‘ณ๐’‚๐’˜๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘น๐’‚๐’”๐’Ž๐’Š ๐’Œ๐’† ๐‘ฌ๐‘บ๐‘บ๐‘ช๐‘ถ๐‘ด

Mewakili TDA Berhad, pasukan ICD telah menyertai delegasi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN), Yang Mulia Raja Datoโ€™ Nushirwan bin Zainal Abidin, dalam lawatan kerja rasmi ke Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Delegasi turut diiringi Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datoโ€™ Haji Ahmad Hamizan bin Mohd. Yusof, dan disambut oleh Komander ESSCOM, YDH DCP Datuk Victor B. Sanjos, serta Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, YBhg. Datuk Dr. Jamaluddin bin Mohd. Ali.

Lawatan ini bertujuan memahami keupayaan operasi ESSCOM serta membincangkan pengurusan keselamatan nasional dan kawalan sempadan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone). Perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi inisiatif Industrial Collaboration Programme (ICP) bagi meningkatkan keupayaan operasi ESSCOM dan agensi keselamatan berkaitan, yang akan diperhalusi bersama kontraktor bagi perolehan Multi-Purpose Command Platform (MPCP).

Delegasi turut melawat ESSCOM Fusion Centre (EFC) bagi meninjau peranan pusat tersebut dalam penyepaduan maklumat, pemantauan operasi dan analisis bagi menyokong koordinasi keselamatan di ESS Zone. Lawatan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara agensi dan meneroka inisiatif strategik melalui ICP dalam menyokong keperluan keselamatan negara. Turut hadir Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, serta wakil Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Kewangan (M*F).





Seluruh warga kerja TDA merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YM Datoโ€™ Raja Muhammad Azhan Shah bin Raja Mu...
17/08/2026

Seluruh warga kerja TDA merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YM Datoโ€™ Raja Muhammad Azhan Shah bin Raja Muhammad atas pelantikan sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada YM Datoโ€™ Raja Muhammad Azhan Shah bin Raja Muhammad.


*F

๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐”๐Œ๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ | ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐“๐ƒ๐€Technology Depository Agency Berhad (TDA) dengan sukacitanya me...
14/08/2026

๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐”๐Œ๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ | ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐“๐ƒ๐€

Technology Depository Agency Berhad (TDA) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan YBrs. En. Mohamad Rafidi bin Mat Dahan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Technology Depository Agency Berhad yang baharu.

Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan dan amanah yang diberikan dalam menerajui TDA ke arah pengukuhan peranan sebagai pemacu agenda teknologi, inovasi dan pembangunan keupayaan industri negara.

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada YBrs. En. Mohamad Rafidi bin Mat Dahan.

Semoga kepimpinan beliau terus memacu TDA dengan penuh cakna, berintegriti dan berwawasan ke arah kecemerlangan serta kejayaan yang lebih gemilang.

Tahniah dan selamat menerajui TDA!

Ikhlas daripada
Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja TDA


*F


Selamat Hari Lahir ๐’€๐‘จ๐‘ฉ ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’โ€™ ๐‘บ๐’†๐’“๐’Š ๐‘จ๐’๐’˜๐’‚๐’“ ๐‘ฐ๐’ƒ๐’“๐’‚๐’‰๐’Š๐’Ž, ๐‘ท๐’†๐’“๐’…๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ด๐’†๐’๐’•๐’†๐’“๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ ๐’Œ๐’†-๐Ÿ๐ŸŽ.Warga kerja TDA mendoakan semoga YAB Dat...
10/08/2026

Selamat Hari Lahir ๐’€๐‘จ๐‘ฉ ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’โ€™ ๐‘บ๐’†๐’“๐’Š ๐‘จ๐’๐’˜๐’‚๐’“ ๐‘ฐ๐’ƒ๐’“๐’‚๐’‰๐’Š๐’Ž, ๐‘ท๐’†๐’“๐’…๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ด๐’†๐’๐’•๐’†๐’“๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ ๐’Œ๐’†-๐Ÿ๐ŸŽ.

Warga kerja TDA mendoakan semoga YAB Datoโ€™ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kebijaksanaan untuk terus memimpin negara. Semoga Allah SWT terus merahmati dan mempermudah setiap urusan serta amanah kepimpinan YAB Datoโ€™ Seri dalam memacu reformasi Malaysia.

Ikhlas daripada Pihak Pengerusan serta seluruh warga Kerja TDA Berhad.


๐‘ท๐’–๐’•๐’“๐’‚๐’‹๐’‚๐’š๐’‚, ๐‘ถ๐’ˆ๐’๐’” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐‘ป๐‘ซ๐‘จ ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’‹๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’“๐’๐’‚๐’Œ๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ท๐‘ฒ ๐Ÿ.๐Ÿ’ ๐‘ญ๐’‚๐’”๐’‚ ๐ŸTechnology Depository Agency Berhad (TDA) telah...
09/08/2026

๐‘ท๐’–๐’•๐’“๐’‚๐’‹๐’‚๐’š๐’‚, ๐‘ถ๐’ˆ๐’๐’” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐‘ป๐‘ซ๐‘จ ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’‹๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’“๐’๐’‚๐’Œ๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ท๐‘ฒ ๐Ÿ.๐Ÿ’ ๐‘ญ๐’‚๐’”๐’‚ ๐Ÿ

Technology Depository Agency Berhad (TDA) telah menerima kebenaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) untuk melaksanakan Kajian Pelaksanaan PK 1.4 Fasa 1, dengan penekanan kepada MySTI. Sesi perbincangan bersama M*F telah menyaksikan penyerahan rasmi surat kebenaran kepada TDA.

Dalam sesi tersebut, TDA berkongsi perkembangan libat urus bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan pelaksanaan MySTI, termasuk isu dan jurang dalam meningkatkan akses produk berstatus MySTI kepada peluang perolehan Kerajaan.

Sebagai langkah seterusnya, TDA akan meneruskan kajian dan sesi libat urus bersama MOSTI serta pemegang taruh berkaitan bagi mengenal pasti cabaran, menilai kesiapsiagaan produk MySTI terhadap keperluan perolehan Kerajaan, serta merangka cadangan penambahbaikan yang praktikal dan berasaskan bukti bagi memperkukuh pelaksanaan PK 1.4 dan meningkatkan akses pasaran teknologi serta inovasi tempatan dalam ekosistem perolehan Kerajaan.


*F


๐‘ท๐’†๐’‹๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’• ๐‘ป๐‘ซ๐‘จ, ๐‘ถ๐’ˆ๐’๐’” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐‘ณ๐’‚๐’˜๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘น๐’‚๐’”๐’Ž๐’Š ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’Š ๐‘ป๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐’‚๐’„๐’– ๐‘บ๐’Š๐’๐’†๐’“๐’ˆ๐’Š ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’…๐’ƒ๐’Š๐’“ ๐‘ผ๐’“๐’–๐’” ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’ŠPengerusi Technology De...
06/08/2026

๐‘ท๐’†๐’‹๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’• ๐‘ป๐‘ซ๐‘จ, ๐‘ถ๐’ˆ๐’๐’” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐‘ณ๐’‚๐’˜๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘น๐’‚๐’”๐’Ž๐’Š ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’Š ๐‘ป๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐’‚๐’„๐’– ๐‘บ๐’Š๐’๐’†๐’“๐’ˆ๐’Š ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’…๐’ƒ๐’Š๐’“ ๐‘ผ๐’“๐’–๐’” ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

Pengerusi Technology Depository Agency Berhad (TDA), YBhg. Brig. Jen. (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah, telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat TDA sebagai sebahagian daripada usaha mendekati warga kerja serta mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai peranan, fungsi dan pencapaian setiap bahagian dalam organisasi.

Lawatan tersebut memberi peluang kepada beliau untuk berinteraksi secara langsung dengan kakitangan TDA, selain meninjau pelaksanaan operasi harian yang menyokong mandat strategik agensi. Dalam amanat yang disampaikan, beliau menyeru seluruh warga TDA agar terus mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi berlandaskan integriti, profesionalisme dan semangat berpasukan demi memperkukuh reputasi organisasi serta meningkatkan impak kepada negara.

Program diteruskan dengan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah TDA, yang berperanan sebagai wadah mempererat hubungan antara Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan. Perbincangan turut memfokuskan kepada amanat dan aspirasi yang digariskan oleh Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK), Kementerian Kewangan Malaysia, sebagai panduan dalam memperkukuh tadbir urus, mempertingkat keberkesanan pelaksanaan mandat organisasi serta memastikan TDA terus menyampaikan nilai strategik yang mampan kepada negara.

Selain membincangkan hala tuju dan keutamaan organisasi, sesi tersebut turut membuka ruang kepada Ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan untuk membina hubungan yang lebih erat, berkongsi pandangan serta memperkukuh kesepakatan dalam merealisasikan agenda transformasi dan kecemerlangan TDA pada masa hadapan.


*F


๐‘ท๐’–๐’•๐’“๐’‚๐’‹๐’‚๐’š๐’‚, ๐‘ถ๐’ˆ๐’๐’” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐“๐ƒ๐€ ๐ค๐ž ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐šPengerusi Technology Depository Ag...
06/08/2026

๐‘ท๐’–๐’•๐’“๐’‚๐’‹๐’‚๐’š๐’‚, ๐‘ถ๐’ˆ๐’๐’” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐“๐ƒ๐€ ๐ค๐ž ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Pengerusi Technology Depository Agency Berhad (TDA), YBhg. Brig. Jen. (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datin Rosni Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan (SBPK), Kementerian Kewangan Malaysia (M*F), dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi serta menyokong agenda pembangunan negara yang mampan.

Pertemuan tersebut menjadi landasan penting untuk bertukar pandangan mengenai hala tuju dan keutamaan strategik organisasi, khususnya dalam memastikan pelaksanaan mandat TDA terus selaras dengan aspirasi Kerajaan. Sebagai agensi strategik di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, TDA memainkan peranan penting dalam memastikan setiap perolehan Kerajaan menghasilkan nilai tambah yang optimum kepada negara melalui penciptaan peluang pembangunan industri, pemindahan teknologi, pembangunan modal insan dan pengukuhan keupayaan syarikat tempatan di bawah ICP. Melalui PBC, pendekatan strategik ini memberi penekanan kepada pencapaian hasil (outcome) dan prestasi yang terukur, bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan mencapai piawaian yang ditetapkan, meningkatkan akauntabiliti serta memberikan nilai terbaik kepada Kerajaan dan rakyat.

Kunjungan hormat ini turut mencerminkan komitmen berterusan TDA dalam memperkukuh hubungan dengan pihak berkepentingan utama serta memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak yang signifikan kepada pembangunan negara.


*F


Address

Level 17, Tower 6, Sky Park@Cyberjaya, Cyberjaya Darul Ehsan
Cyberjaya
47100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60383224422

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Technology Depository Agency posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Technology Depository Agency:

Share