HAFIS ISNON - Financial Consultant

HAFIS ISNON - Financial Consultant Saya merupakan Financial Consultant yang berdaftar dengan Badan Berkanun.

SESI AUF-MBZ (ISLAMIC BUSINESS SCHOOL)Great sharing session this morning!Alhamdulillah baru sahaja selesai sesi bersama ...
28/01/2023

SESI AUF-MBZ (ISLAMIC BUSINESS SCHOOL)

Great sharing session this morning!

Alhamdulillah baru sahaja selesai sesi bersama AUF MBZ melalui Islamic Business School yang mengadakan seminar keusahawanan kaedah Abdul Rahman bin Auf.

Sesi perkongsian dari beberapa ikon pada pagi ini iaitu Ustaz Syamsul Debat, Dato' Dr. Izhar Ariff, DS Mahadi BZ dan juga Dato' Dr. Lawrence.

Paling best ada tetamu istimewa, Nabil Ahmad.

Perniagaan adalah satu jalan untuk bangunkan ekonomi masyarakat. Persoalannya ialah, bagaimanakah kita berniaga? Acuan manakah yang kita ikut?

Mengambil keperibadian dan kejayaan salah seorang sahabat Nabi yang terkenal, Saidina Abdul Rahman Bin Auf dalam perniagaan.

Powerful sharing by great person. Alhamdulillah.

Salam Sabtu semua.

Financial Designer,
Hafis Isnon

SESI AUF-MBZ (ISLAMIC BUSINESS SCHOOL)Great sharing session this morning!Alhamdulillah baru sahaja selesai sesi bersama ...
21/01/2023

SESI AUF-MBZ (ISLAMIC BUSINESS SCHOOL)

Great sharing session this morning!

Alhamdulillah baru sahaja selesai sesi bersama AUF MBZ melalui Islamic Business School yang mengadakan seminar keusahawanan kaedah Abdul Rahman bin Auf.
Sesi perkongsian dari beberapa ikon pada pagi ini iaitu Dato' Dr. Nazri Khan (DDNK), Dato' Dr. Izhar Ariff, DS Mahadi BZ dan juga Dato' Dr. Lawrence.

Perniagaan adalah satu jalan untuk bangunkan ekonomi masyarakat. Persoalannya ialah, bagaimanakah kita berniaga? Acuan manakah yang kita ikut?

Mengambil keperibadian dan kejayaan salah seorang sahabat Nabi yang terkenal, Saidina Abdul Rahman Bin Auf dalam perniagaan.

Saya kongsikan beberapa point yang saya pelajari pagi ini.

Mesyuarat perlu pendek, efektif & padat

MANFAAT MESYUARAT (MUSYAWARRAH) (Dr Izhar Arif)
1-Wujudkan protokol kerja
2-Komunikasi berkesan
3-Timbalbalik
4-Solusi
5-Minimum 3 point disampaikan

KENAPA MARKET SAHAM SEKARANG MULA NAIK?
-Sekarang ini dikatakan sebagai "A wild Summer".
-The Wild Summer will turns Small Investors into Whales.

BASIC INVESTOR CHARACTER (DDNK)
1-Winning Mindset (Winning perspective)
2-Cool attitude
3-Learn from mistake
4-Must have rules & system
5-Overall psychology, good negotiator

Powerful sharing by great person. Alhamdulillah.

Salam Sabtu semua.

Financial Designer,
Hafis Isnon

ANOTHER SUBMISSION ⏰Rindu betul suasana meriah di office HQ setiap kali nak buat submission. Apabila jadi PKP, banyak ya...
18/01/2023

ANOTHER SUBMISSION ⏰

Rindu betul suasana meriah di office HQ setiap kali nak buat submission. Apabila jadi PKP, banyak yang terbatas.

Tak semua orang mengalami situasi yang sama setiap kali diumumkan berlakunya PKP. Mana yang tidak mengalami sebarang cabaran dan tekanan, mungkin tidak rasa apa.

Kalau nak ikutkan hati, memang rasa nak maki dengan segala apa yang tengah jadi sekarang. Pengurusan negara yang nampak lopong, politik yang tidak stabil, masyarakat yang degil dan asyik salahkan keadaan (sebahagian masyarakat) dan macam-macam lagi.

Sebenarnya memang rasa tertekan bila sektor bidang kerja kita tidak boleh dilakukan/dibenarkan apabila berlaku PKP. Semuanya tersangkut. Duit keluar macam air, tapi masuk macam angin.

Stress, putus asa, mati akal.

Saya doakan semua supaya dapat bertahan dan bersabar. Kita pasti akan keluar dari kemelut ini. Kita pasti akan kecapi rasa bahagia semula. In shaa Allah.

Apabila jadi pandemik sebegini, baru saya nampak pentingnya simpanan kewangan yang stabil. Dan di sinilah kita baru nampak bahawa perlunya kita jadikan "BUAT DUIT DENGAN DUIT".

Tapi bagaimana?

Dengan instrumen pelaburan yang betul. 💸💸💸💸

Financial Designer,
Hafis Isnon

COACHING WITH DATO' DR. LAWRENCE 🙌🏼Mini group personal coaching with Dato' Dr. Lawrence. Amazing sharing for todayyyyyy!...
17/01/2023

COACHING WITH DATO' DR. LAWRENCE 🙌🏼

Mini group personal coaching with Dato' Dr. Lawrence. Amazing sharing for todayyyyyy!

3 IMPORTANT CLOSING STEP 🔥🔥🔥

Thank you Drlawrencewalter Ng .

Financial Designer,
HAFIS ISNON - Financial Consultant

TANGGUNGJAWAB FINANCIAL CONSULTANT 👍🏼Alhamdullillah. Semalam selesai follow up dengan pihak HQ. Pagi ini kita update kep...
16/01/2023

TANGGUNGJAWAB FINANCIAL CONSULTANT 👍🏼

Alhamdullillah. Semalam selesai follow up dengan pihak HQ. Pagi ini kita update kepada semua client berkenaan statement mereka.

Kebiasaanya apa yang perlu Financial Consultant lakukan?

Financial Consultant tidak boleh sekadar berlepas tangan. Mereka perlu pastikan semua client mendapat maklumat terkini berkenaan pelaburan mereka. Bahkan, mereka juga perlu bantu untuk client baca dan fahamkan statement mereka.

Kenapa Financial Consultant perlu bantu client?

Financial Consultant bukan sekadar close case dan kejar komisen semata. Besar tanggungjawab Financial Consultant. Mereka perlu bantu client untuk gandakan kewangan mereka melalui platform dan portfolio yang sesuai dengan client.

Rasa gembira dan puas hati apabila dapat compliment/feedback sebegini dari client. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua client saya.

Saya akan terus berkerja sama ada secara terbuka atau tertutup. Saya akan kongsikan peluang potensi instrumen pelaburan yang ada dalam market.

Terpulang kepada anda untuk ambil tindakan. Peluang sentiasa terbuka.

Jom invest mengikut portfolio yang sesuai dengan anda. 💸

Ayuh bertindak!

☎️ http://www.wasap.my/60109022964/Investment
☎️ http://www.wasap.my/60109022964/Investment
☎️ http://www.wasap.my/60109022964/Investment

Financial Designer,
HAFIS ISNON - Financial Consultant

KUDAKAN PELABURAN 🐎Sebagai Financial Consultant, selagi mana instrumen pelaburan itu mampu memberikan manfaat kepada cli...
16/01/2023

KUDAKAN PELABURAN 🐎

Sebagai Financial Consultant, selagi mana instrumen pelaburan itu mampu memberikan manfaat kepada client serta selari dengan matlamat kewangan client; selagi itu kita akan nasihatkan kepada client.

Kita tidak terikat dengan satu instrumen sahaja. Kita mahu berkongsi kebaikan setiap instrumen yang kita yakin mampu memberikan kebaikan kepada client kita.

Mengkaji pro & cons sesuatu instrumen pelaburan itu menjadi tanggungjawab kami.

Risiko sentiasa ada dalam pelaburan. Tinggi atau rendah pulangan. Lama atau singkat pulangan. Itu sahaja.

Saya tertarik dengan kata-kata Faizul Ridzuan; "Property ni cuma tools untuk kau kaya. Kau kudakan property untuk jadi kaya dan buat duit. End goal kita bukan nak jadi kaya. Tapi end goal kita ialah nak ada masa dengan keluarga, nak gembirakan keluarga, nak bawa keluarga bercuti luar negara. "

That's hit my BIG WHY.

Kita cuma memperkudakan segala instrumen yang ada.

Matlamat akhir kita ialah kita cuma ingin bahagia dengan cara yang berbeza.

Tak salah nak jadi kaya. Jadi kaya dan bantu orang sekeliling kita.

Financial Designer,
HAFIS ISNON - Financial Consultant

TERIMA KASIH ABANG DELIVERY 🛵Alhamdulillah. Sampai pun borang submission. Pagi tadi request, tengahari update, petang te...
14/01/2023

TERIMA KASIH ABANG DELIVERY 🛵

Alhamdulillah. Sampai pun borang submission. Pagi tadi request, tengahari update, petang terus dapat. Demi client, kita akan berikan yang terbaik.

Musuh dalam dunia investment ialah MASA.

Semakin lambat anda mengambil tindakan untuk melakukan investment (platform yang betul & sesuai), semakin anda akan terpisah jauh dengan peluang pulangan.

Nampak macam cliche sahaja kan?

Antara hit question yang biasanya akan ditanya oleh speaker kepada audience sebarang event melibatkan sales (seperti investment, property, protection); WHEN IS THE BEST TIME TO SIGN UP?

Pasti speaker akan menjawab; YESTERDAY IS THE BEST.

Semakin lambat, semakin anda akan tertinggal sedikit ke belakang.

Borang submission investment saya baru sahaja sampai. Terima kasih Abang Lalamove. Semoga selamat perjalanan pergi dan pulang.

Ada sesiapa ingin saya bantu, boleh hubungi saya. ☎️

Financial Designer,
HAFIS ISNON - Financial Consultant

WEEKEND SHARING ✨Siapa tak kenal dengan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah. One of the great Isl...
14/01/2023

WEEKEND SHARING ✨

Siapa tak kenal dengan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah. One of the great Islamic Finance advisor.

Amazing sharing by this figure just now. Alhamdulillah. Thank you so much Tan Sri.

WEEKEND BOOSTER 🔥🔥🔥Bersemangat sesi pagi ini bersama DS Mahadi dan Dato' Dr Lawrence. Powerful sharing with special gues...
14/01/2023

WEEKEND BOOSTER 🔥🔥🔥

Bersemangat sesi pagi ini bersama DS Mahadi dan Dato' Dr Lawrence. Powerful sharing with special guest, Prof Madya Dato' Dr Mohd Izhar Ariff.

Bercerita berkenaan kisah inspirasi sahabat Nabi, Abdul Rahmna Bin Auf.

Kita perlu jadi kaya untuk bantu masyarakat kita. Alhamdulillah. Amazing sharing!

Financial Designer,
HAFIS ISNON - Financial Consultant

KALAU ADA RM1,000,000? 💸💸💸Kalau anda ada RM1,000,000, apa anda akan buat?Berbelanja tak ingat dunia?Simpan dalam peti be...
13/01/2023

KALAU ADA RM1,000,000? 💸💸💸

Kalau anda ada RM1,000,000, apa anda akan buat?

Berbelanja tak ingat dunia?
Simpan dalam peti besi sampai tua?
Diversify semua di tempat berbeza?
Bakar je semua duit macam Joker?

Kita ada hak untuk buat pilihan yang bijak ke atas duit simpanan kita. Bayangkan kalau anda ada RM1,000,000, apa yang anda perlu lakukan?

1-Tarik nafas dan tahan diri supaya sentiasa waras.

2-Ubah mindset dari belanjakan semua duit kepada simpankan semua duit.

3-Kekalkan gaya hidup yang sama.

4-Sentiasa beringat bahawa duit tersebut boleh habis sekelip mata.

5-Cari dan ambil tahu di mana tempat yang kita boleh simpan duit kita.

6-Diversify di platform invesment yang berbeza.

7-Ambil tahu platform investment low risk, medium risk dan high risk.

8-Nak mudah cari Financial Consultant.

9-Boleh cari saya. Hehe.

10-Anda sudah boleh buat DUIT berkerja untuk dapatkan DUIT.

Sebagai Financial Consultant, pasti kami mahukan yang terbaik untuk semua client kami. Hubungi kami untuk kami bantu gandakan duit anda melalui instrumen pelaburan yang mampu memberi potensi pulangan yang lebih baik.

In shaa Allah.

☎️ http://www.wasap.my/60109022964/PotensiPelaburan

☎️ http://www.wasap.my/60109022964/PotensiPelaburan

☎️ http://www.wasap.my/60109022964/PotensiPelaburan

Financial designer,
HAFIS ISNON - Financial Consultant

THE PERSUIT OF HAPPYNESS 😊Cerita ni sangat inspiring!Untuk sesiapa yang melakukan kerja berkaitan Sales/Marketing/Consul...
13/01/2023

THE PERSUIT OF HAPPYNESS 😊

Cerita ni sangat inspiring!

Untuk sesiapa yang melakukan kerja berkaitan Sales/Marketing/Consultant; sangatlah recommended!

Saya kongsikan sedikit sebanyak jalan cerita ini. Kisah mengenai seorang lelaki yang tidak pernah putus asa, Chris Gardner. Beliau merupakan penjual scanner. Bermacam gelagat yang berlaku sepanjang menjadi penjual scanner. Scanner kena curi, scanner tertinggal di train station dan banyak lagi. Sampai la satu scene di mana beliau terlihat ramai orang berkerjaya di sebuah bangun Broker Saham. Dengan azam yang tinggi beliau nyatakan kepada isteri bahawa beliau mahu mencuba nasib dengan kerjaya baru. Namun, terpaksa melalui Intership program terlebih dahulu. Sayangnya, isteri beliau meninggalkan beliau atas faktor tekanan kewangan dan tidak mempercayai impian Chris.

Sedih sangat scene tersebut.

Dipendekkan cerita, Chris sangat struggle sepanjang menyertai program Internship tersebut. Tanpa duit yang cukup, hidup berpindah, dihalau owner dan terpaksa tidur di gelandangan. Scene sepanjang tempoh internship ini sangat inspiring!

Sehinggalah akhirnya, Chris yang terpilih untuk mendapat permanent position sebagai broker di sana. Scene kegembiraan dan rasa sebak dengan berita pemilihan beliau adalah scene paling terbaik. Saya boleh bayangkan betapa penatnya seseorang yang telah bersusah payah dan akhirnya dia berjaya.

Tertarik dengan beberapa baris dialog dalam movie ini.

Lord, don't move the mountain.
Give me strength to climb it~

Selamat menonton.

BERIKAN MANFAAT ✨Sebagai Financial Consultant, tugas kita ini sebenarnya sangat besar dan penting kepada masyarakat. Kit...
13/01/2023

BERIKAN MANFAAT ✨

Sebagai Financial Consultant, tugas kita ini sebenarnya sangat besar dan penting kepada masyarakat. Kita bukan sekadar mengejar sales semata. Niat dan perjuangan kita perlu lebih besar dari itu.

Inilah wadah perjuangan kita. Saya senaraikan beberapa tugas dan tanggungjawab sebagai Financial Consultant:

✅ Membantu client meletakkan duit mereka di tempat yang betul.

✅ Membantu client untuk mengenalpasti potensi instrumen pelaburan yang ada dalam market.

✅ Membantu client memudahcara segala pendaftaran polisi/product pelaburan yang dimahukan.

✅ Membantu client untuk memaksimakan simpanan mereka di tempat yang berbeza.

✅ Membantu client untuk cakna peluang pelaburan dan risiko pelaburan.

✅ Membantu client untuk membuat pelaburan di platform yang bersesuaian dengan client.

✅ Membantu client untuk faham topografi instrumen pelaburan.

✅ Membantu client untuk mendapatkan profit dalam masa yang singkat.

✅ Membantu client untuk memahami dunia instrumen pelaburan.

✅ Membantu client untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik melalui pelaburan.

Banyak bukan tugas sebagai Financial Consultant? Saya sangat s**a apabila dapat membantu semua client saya. Dan saya sangat berharap untuk bantu lebih ramai client.

Jika anda ingin membuat pelaburan, jom kita set zoom dan audit tentang mindset kita terhadap pelaburan.

KITA MAMPU JIKA KITA MAHU!

Financial Designer,
HAFIS ISNON - Financial Consultant

Address

Rekascape
Cyberjaya
63000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HAFIS ISNON - Financial Consultant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HAFIS ISNON - Financial Consultant:

Share