05/10/2026
5 KRITERIA BELI EMAS PELABURAN
Kriteria pemilihan emas yang terbaik sangat memainkan peranan penting sebelum kita memilih mana-mana emas simpanan ataupun pelaburan.
Bila ada kriteria ini,barulah ia dapat menentukan sejauh mana anda dapat menjana keuntungan dengan emas.
Ada 5 kriteria yang anda perlu lihat sebelum anda buat keputusan untuk beli emas.
Pertama, harga per gram yang rendah. Sebelum beli, bandingkan βharga per gramβ emas tersebut dengan beberapa pengeluar emas FIZIKAL yang lain.
Kriteria ke-2,kadar spread. Spread adalah selisih harga semasa beli dan jual emas sama seperti money changer.
Spread emas pelaburan yang baik mesti 10% dan ke bawah.
Spread ini menentukan berapa cepat atau berapa banyak keuntungan dalam simpanan emas anda.
Lagi nipis spread value, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.
Pakar sarankan pelaburan emas terbaik mempunyai spread 10% dan ke bawah.
Ke-3, stok tiada had. Jika harga emas turun, itu adalah masa yang terbaik untuk anda beli emas tetapi jika penjual emas tiada stok emas, anda terpaksa tunggu sehingga harga emas naik, baru dapat beli emas.
Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak pernah ada stok yang tidak mencukupi untuk anda beli.
Ke-4, cawangan jual beli banyak. Banyak ejen emas boleh menjual emas tetapi tidak banyak yang mampu nak beli balik emas tersebut disebabkan modal yang terhad.
Jadi, pilihlah jenama emas yang mudah dibeli dan mudah dijual.
Ke-5, syarat jual balik tidak cerewet. Banyak syarikat emas tidak mahu menerima emas yang tidak dalam keadaan yang baik atau akan meletakkan harga belian yang lebih rendah atas sebab emas yang rosak.
Emas yang paling baik ialah emas yang pengeluarnya jamin beli balik tanpa syarat.
Inilah antara kriteria yang perlu anda jadikan keutamaan sebelum memilih mana-mana jenama produk emas, bukan hanya fokus kepada 1 kriteria sahaja.