27/09/2021
Perkongsian ini saya petik daripada Tuan Zuhairi Nopiah- Master of Attraction di dalam telegram channel beliau. Jadi boleh amik masa 4 minits untuk baca tentang pengurusan masa.
Waktu sekolah Menengah dulu, kami diajar tentang pengurusan masa.
Yang datang bagi talk pasal masa ini adalah penulis buku popular Dare To Fail. Tuan Billi Lim.
Apa yang buat saya ingat gila bukan apa yang dia ajar, tetapi gaya rambut dia datang sekolah waktu itu buat kami ketawa tak henti henti.
Tahap ketawa budak sekolah waktu itu, bukan lepas ceramah saja. Malah sampai masuk dewan makan masih teringat gaya rambut dia waktu itu.
Saya s**a cara dia bercakap, sangat yakin bertenaga dan paling penting confident tahap dewa.
Saya rasa dengan gaya rambut begitu, mak saya mungkin akan tuduh saya anak derhaka jika buat rambut begitu walau saya kagum dengan ceramahnya.
Tetapi hingga kini saya masih ingat apa pesannya tentang masa.
1. Buang apa yang tak penting dalam hidup kita, kemas loker, meja study dan jangan letak benda tak penting dalam hidup kita. Semua benda itu memakan masa kita.
Saya ingat waktu itu kami ada bela burung hantu di asrama, kami lepas burung itu sebab banyak buang masa tengok dan cari makan untuknya.
2. Rancang hidup. Saya ingat sejak dengar talk dia saya akan tulis 'Thing To Do' setiap hari. Saya akan tanda apa nak kena buat tiap hari dan rasa puas di penghujung hari semua tercapai.
Bila mampu sikit saya dah mula beli note stiker warna kuning tampal, tapi selalu kena curi oleh senior yang nakal.
3. Prioritize, ini part penting bila dan senaraikan apa nak buat. Kita kena tahu apa nak buat dulu.
Waktu itu saya jadi Ketua Pengawas Asrama, hampir tiap hari ada banyak benda urusan sekolah dan asrama saya kena susun dan siapkan.
Rasa macam mat despatch juga kadang kala perasaan tu. Langsung tak bangga.
4. Be Effective, jangan berlumba dengan sesiapa. Kita hanya perlu capai tujuan kita. Dan kita juga perlu sedar, jangan terlalu mengejar kesempurnaan. Kesempurnaan akan makan banyak masa kita.
Perkara ini saya pegang sampai zaman di universiti, saya jumpa ramai orang yang terlalu idealistic.
Mereka nak siapkan model senibina atau interior dengan sempurna, akhirnya kerja mereka yang lain tak pernah siap.
Mereka kecewa, berhenti dan hari ini hidup mereka biasa biasa sahaja. Masih mencari sempurna.
Jangan terlalu kejar kesempurnaan walaupun ia baik buat model kehidupan.
5. Fokus pada sesuatu yang berkualiti bukannya banyak. Semakin banyak kita buat ia telan masa kita. Tetapi hasil kualiti mungkin tidak bagus.
Saya amalkan untuk peperiksaan, saya hanya fokus apa yang cikgu pesan atau lecturer cakap saja.
Saya tak baca semua soalan sebab study week dulu hanya seminggu nak cover semua topik satu semester memang kerja gila.
6. Siapkan kerja, apa sahaja cabaran kita budayakan habiskan semua kerja kita. Mak pesan buat kerja sampai habis. Jika kerja tak siap, ia akan makan banyak masa kita lainnya.
7. Susun kehidupan, rancang baik baik hidup dari bangun sampai balik ke tempat tidur. Tahu apa kita nak buat dan capai hari itu.
Jika kita ingin meminta maaf atas kesalahan yang kita lakukan di masa lalu, cukup dengan melakukan sesuatu yang benar di masa depan.
Buku dia saya hanya mampu beli bila masuk universiti, biasiswa pertama saya saya beli buku dia. Saya balut dengan plastik jaga baik baik.
Jika ingin belajar cara urus masa supaya hidup kita jadi lebih baik, bacalah di sini.
www.TeknikMasa.com
www.TeknikMasa.com
Moga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Dr. Azizul Azli
Senang je nak urus masa. Malah, kehidupan lebih tenang jika pandai mengurus masa dengan betul. Dapatkan Ebook Mudahnya Mengurus Masa Sekarang