07/10/2021
HARGA TINGGI, NILAI GADAIAN SAMA SAHAJA. TETAPI KENAPA BELI JUGA ?
Terjebak juga.
Saya penyimpan emas, bukan peminat emas koleksi.
Tapi bila keluarkan item yang akan jadi kenangan dan sejarah dalam hidup, rasa rugi kalau tak simpan beberapa keping sebagai kenangan.
Emas koleksi ni harga lebih tinggi. Tapi bila nak gadai di ar-rahnu, nilainya sama macam emas lain juga. Design pada kad tu tak memberi nilai tambah bila nak gadai.
Emas 1 gram, tetap 1 gram juga walauapapun designnya.
Permainan emas koleksi ni tak boleh disamakan dengan emas pelaburan yang lain. Nilainya dianggap mahal hanya bagi peminatnya sahaja.
Macam nombor plat kenderaan.
Ada orang sanggup bayar harga beratus ribu ringgit hanya semata-mata nombor plat sahaja.
Padahal ia hanyalah sekadar nombor!
Orang biasa macam kita tak faham. Tapi bagi peminat nombor plat, lain p**a sudut pandang mereka...
Walaupun saya bukan peminat , tapi bila keluar design special macam ni, rasa ralat kalau tak simpan walaupun beberapa keping...
Teringin jugak nak simpan beberapa keping sebagai kenangan...