21/06/2025
🏡 Hibah Takaful Bantu Proses Pengurusan Harta
Ramai ingat takaful cuma lindung masa sakit dan kematian. Tapi ramai belum sedar hibah takaful juga bantu mudahkan pengurusan harta bila kita dah tiada.
💡 Bila berlaku kematian, kebanyakan harta akan dibekukan. Waris perlu lalui proses faraid yang panjang dan rumit kadang makan masa bertahun.
✅ Bagaimana Ia Membantu Urus Harta:
1. Cepat Dikeluarkan
• Pampasan takaful yang dihibahkan akan terus dibayar kepada penerima (contohnya: isteri, anak atau ibu bapa), biasanya dalam masa 14–60 hari selepas kematian, tanpa perlu tunggu surat kuasa.
2. Elak Pembekuan Harta
• Wang pampasan tidak dibekukan kerana ia bukan sebahagian daripada harta pusaka jadi ia boleh digunakan segera untuk , sara hidup keluarga, dan lain-lain.
3. Tidak Tertakluk kepada Faraid
• Ia adalah hadiah (hibah), bukan harta pusaka, maka pemilik sijil takaful boleh pilih sesiapa sahaja sebagai penerima, tanpa perlu ikut pembahagian mengikut faraid.
4. Meringankan Beban Waris
• Dalam saat sedih & terkejut, waris sering tidak tahu nak mula dari mana. Dengan adanya hibah takaful, sekurang-kurangnya mereka ada wang tunai untuk bertahan dan merancang.
📌 Contoh Situasi:
Seorang suami meninggal dunia dan tinggalkan RM200,000 melalui hibah takaful kepada isterinya.
Dalam masa kurang 2 bulan, wang tersebut boleh digunakan isteri untuk:
• Bayar hutang rumah/kereta
• Teruskan perbelanjaan anak
• Elak tekanan kewangan sementara proses faraid lain masih berjalan
📢 Kesimpulan:
Hibah takaful bukan sekadar pelan perlindungan ia adalah satu strategi pengurusan kewangan & perancangan harta yang sangat praktikal dan efektif.