FxPro Global

FxPro Global Platform perkongsian ilmu dan peluang pelaburan patuh syariah untuk bantu anda capai kebebasan kewangan.

Kami bersyukur atas kepercayaan ahli-ahli sekalian untuk melabur bersama kami. Insya-Allah, semoga keuntungan yang dirai...
07/01/2026

Kami bersyukur atas kepercayaan ahli-ahli sekalian untuk melabur bersama kami. Insya-Allah, semoga keuntungan yang diraih memberi keberkatan dan faedah berpanjangan.

Shahril Mokhtar dilantik jadi Pengarah Urusan DestiniKUALA LUMPUR: Destini Bhd melantik semula Datuk Seri Dr Shahril Mok...
07/01/2026

Shahril Mokhtar dilantik jadi Pengarah Urusan Destini

KUALA LUMPUR: Destini Bhd melantik semula Datuk Seri Dr Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan kumpulan yang baharu, hanya sebulan selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp itu menyertai lembaga pengarah kumpulan kejuruteraan berkenaan sebagai Pengarah Eksekutif.

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, Destini berkata pelantikan semula itu berkuat kuasa serta-merta.

Shahril, 54, sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada 4 Disember 2025.

Selain pernah berkhidmat di MRT Corp, Shahril juga pernah memegang jawatan Pengarah Urusan kumpulan di Prasarana Malaysia Bhd.

Beliau turut pernah memegang jawatan eksekutif dan pengarah di beberapa syarikat, termasuk syarikat tersenarai seperti CSH Alliance Bhd, yang kini dikenali sebagai Velocity Capital Partner Bhd, Green Packet Bhd dan Taghill Holdings Bhd.

Ketika ini, beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah West River Bhd dan EVD Bhd.

KUALA LUMPUR: Destini Bhd melantik semula Datuk Seri Dr Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan kumpulan yang baharu, hanya sebulan selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp itu menyertai lembaga pengarah kumpulan kejuruteraan berkenaan sebagai Pengarah Eksekutif.

Formula "3-S" Untuk PemulaSektor: Pilih sektor yang tengah "trending" (Contoh: Sektor tenaga boleh diperbaharui atau tek...
05/01/2026

Formula "3-S" Untuk Pemula
Sektor: Pilih sektor yang tengah "trending" (Contoh: Sektor tenaga boleh diperbaharui atau teknologi AI).

Saiz: Untuk pemula, pilih syarikat Blue Chip (Syarikat besar, stabil, dan sudah lama bertapak) kerana risikonya lebih rendah.

Sabar: Jangan beli hari ini, harap esok jadi jutawan. Biar syarikat itu berkembang, harga saham akan ikut sekali.

Dagangan derivatif Bursa Malaysia catat rekod baharu 2025KUALA LUMPUR: Pasaran derivatif Bursa Malaysia Bhd mencipta rek...
03/01/2026

Dagangan derivatif Bursa Malaysia catat rekod baharu 2025

KUALA LUMPUR: Pasaran derivatif Bursa Malaysia Bhd mencipta rekod baharu apabila mencatat jumlah dagangan tahunan tertinggi dalam sejarah bagi tahun kedua berturut-turut pada 2025, dengan 23.30 juta kontrak, meningkat dua peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dalam satu hantaran di media sosial hari ini, Bursa Malaysia memaklumkan pencapaian itu mencerminkan peralihan yang semakin ketara dalam kalangan peserta pasaran yang memilih platform berkenaan bagi mengharungi ketidaktentuan serta mengurus risiko dalam persekitaran global yang kian berubah.

Menurutnya, niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) terus mendominasi pasaran dengan 19.62 juta kontrak diniagakan, meningkat empat peratus, didorong faktor ekonomi sebenar termasuk dasar biodiesel, gangguan cuaca, perkembangan geopolitik serta perubahan aliran perdagangan global.

Keadaan itu, katanya, sekali gus mengukuhkan peranan derivatif yang diniagakan di bursa sebagai instrumen penting dalam mengurus ketidaktentuan pasaran.

Bursa Malaysia turut memaklumkan tahap mudah tunai meningkat merentas pelbagai produk, dibuktikan dengan beberapa pencapaian penting termasuk rekod jumlah dagangan harian tertinggi pasaran derivatif sebanyak 197,458 kontrak pada 29 Oktober 2025.

Selain itu, dagangan selepas waktu pasaran biasa bagi niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI) mencatat paras tertinggi baharu dengan 7,979 kontrak pada 25 Mac 2025, manakala niaga hadapan emas (FGLD) merekodkan jumlah dagangan harian tertinggi sejak dilancarkan semula, iaitu 1,193 kontrak pada 11 April 2025.

Bursa Malaysia menegaskan pihaknya akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh mudah tunai, meluaskan akses serta menyediakan rangkaian produk yang menyokong penemuan harga dan pemindahan risiko secara berkesan, selaras dengan komitmen untuk kekal sebagai pasaran yang boleh dipercayai pada masa hadapan.

KUALA LUMPUR: Pasaran derivatif Bursa Malaysia Bhd mencipta rekod baharu apabila mencatat jumlah dagangan tahunan tertinggi dalam sejarah bagi tahun kedua berturut-turut pada 2025, dengan 23.30 juta kontrak, meningkat dua peratus berbanding tahun sebelumnya.

Malaysia Airports perkukuh rangkaian penerbangan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026SEPANG: Malaysia Airports memperku...
02/01/2026

Malaysia Airports perkukuh rangkaian penerbangan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

SEPANG: Malaysia Airports memperkukuh rangkaiannya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) bagi memastikan ketibaan yang lancar, boleh dipercayai dan mesra, disokong oleh operasi cekap serta kemudahan yang dinaik taraf di lapangan terbang antarabangsa mahupun domestik.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani, berkata keutamaan syarikat itu menjelang TMM2026 adalah untuk menguruskan peningkatan jumlah trafik sambil mengekalkan prestasi yang konsisten dan boleh dipercayai di semua lapangan terbang.

"Sebagai pengendali pintu masuk negara, semua lapangan terbang kami beroperasi di bawah rangka kerja penyelarasan di peringkat nasional bagi memastikan piawaian perkhidmatan yang seragam di setiap pintu masuk... tumpuan kami adalah terhadap penggunaan aset yang cekap, proses operasi yang stabil dan kerjasama erat dengan rakan syarikat penerbangan.

"Ini membolehkan kami menyokong pertumbuhan kesalinghubungan, mengurus aliran penumpang pada waktu puncak serta menyediakan operasi lapangan terbang yang boleh dipercayai dan selaras dengan jangkaan antarabangsa sama ada di lapangan terbang antarabangsa atau domestik," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menterjemahkan pendekatan ini ke dalam tindakan, lapangan terbang di seluruh negara telah melalui penaiktarafan yang disasarkan pada 2025, dengan pemodenan menyeluruh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi teras utama program tersebut.

Di Terminal 1 dan Terminal 2, lebih daripada 30 inisiatif penambahbaikan telah dilaksanakan bagi menyokong perjalanan penumpang yang lebih lancar dan inklusif termasuk menaik taraf sistem pemprosesan penumpang, peluasan kemudahan layan diri, pembaharuan kemudahan awam serta penambahbaikan tawaran komersial.

Mohd Izani berkata, inisiatif utama termasuk penaiktarafan kaunter daftar masuk dan kios serahan bagasi terbuka, pengenalan sistem pengurusan akses kenderaan bagi memperbaiki aliran trafik di kawasan pelepasan serta penyediaan 12,500 troli penumpang baharu, 100 kerusi roda percuma dan 210 kereta sorong bayi.

Beliau berkata, penambahbaikan lain terdiri daripada tandas mesra keluarga, ruang menunggu berkonsep terbuka yang dibaik pulih, kemudahan surau yang dinaik taraf dan pelancaran Calm Room bagi penumpang Terminal 2 dengan ketidakupayaan tersembunyi.

Menyedari bahawa pengalaman TMM2026 bermula di setiap pintu masuk, Malaysia Airports turut mempercepat kerja-kerja menaik taraf di lapangan terbang lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan beberapa pintu masuk domestik terpilih.

"Penambahbaikan ini merangkumi pelancaran Sistem Serahan Bagasi Layan Diri, sistem parkir tanpa tunai, penaiktarafan eskalator serta pembaharuan kemudahan surau dan tandas sekali gus memastikan keseragaman kualiti perkhidmatan di seluruh rangkaian," katanya.

Seiring pelaksanaan TMM2026, Malaysia Airports terus menjalin kerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Seni dan Budaya serta pihak berkepentingan industri bagi menyelaraskan operasi lapangan terbang dengan matlamat pelancongan negara sekali gus memastikan setiap ketibaan memberikan pengenalan yang lancar dan efisien kepada negara selaras dengan piawaian global dan mencerminkan keramahan unik Malaysia.

Beliau berkata, selari dengan penambahbaikan yang berfokuskan penumpang, Malaysia Airports juga telah memperkukuh strategi penglibatan syarikat penerbangan bagi menyokong pertumbuhan kesalinghubungan udara melalui insentif untuk laluan baharu dan yang diperluas.

"Kesemua usaha ini turut disokong oleh Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Charter (GSPC) Tourism Malaysia di bawah Belanjawan 2026, yang membolehkan syarikat penerbangan melaksanakan aktiviti pemasaran dan promosi di luar negara bagi merancakkan pelancongan masuk melalui penerbangan berjadual dan penerbangan sewa khas," katanya.

SEPANG: Malaysia Airports memperkukuh rangkaiannya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) bagi memastikan ketibaan yang lancar, boleh dipercayai dan mesra, disokong oleh operasi cekap serta kemudahan yang dinaik taraf di lapangan terbang antarabangsa mahupun domestik.

Simpan pengajaran, buang kekesalan. Mari melangkah ke 2026 dengan azam yang lebih tenang dan fokus yang lebih tajam.
31/12/2025

Simpan pengajaran, buang kekesalan. Mari melangkah ke 2026 dengan azam yang lebih tenang dan fokus yang lebih tajam.

Langkah lindungi pelangganU Mobile Sdn Bhd menyekat lebih 265 juta panggilan penipuan dan cubaan khidmat pesanan ringkas...
30/12/2025

Langkah lindungi pelanggan

U Mobile Sdn Bhd menyekat lebih 265 juta panggilan penipuan dan cubaan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu di seluruh negara sejak melaksanakan perlindungan penipuan peringkat rangkaian secara menyeluruh merentasi rangkaian 4G dan 5G syarikat itu setakat Disember 2025.

Dalam kenyataan bersama, U Mobile dan Cellusys berkata, inisiatif yang dikuasakan oleh teknologi tembok api (firewall) canggih Cellusys itu membolehkan syarikat telekomunikasi berkenaan menyekat cubaan penipuan melalui proses saringan semua panggilan masuk dan SMS di peringkat rangkaian, sekali gus menghalang komunikasi mencurigakan daripada sampai ke peranti pelanggan.

"Langkah penyelesaian berkenaan melindungi pelanggan U Mobile daripada panggilan penipuan yang menyamar sebagai pihak berkuasa dan institusi, serangan pancingan data melalui SMS (smishing), identiti pemanggil palsu atau dimanipulasi, serta kempen jenayah berskala besar yang menyasarkan pengguna di Malaysia," katanya.

Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen berkata, pelaksanaan penyelesaian perlindungan penipuan canggih daripada Cellusys mencerminkan komitmen syarikat telekomunikasi itu dalam melindungi pelanggan daripada aktiviti penipuan.

"Kami akan terus mempertingkat rangkaian kami melalui teknologi bagi melindungi pelanggan dengan lebih baik merangkumi perkhidmatan suara, pemesejan dan data.

"Dalam usaha kami mengembangkan rangkaian 5G generasi baharu ke seluruh negara, aspek keselamatan kekal sebagai keutamaan teras kerana kesalinghubungan yang dipercayai adalah penting bagi ekonomi digital yang berdaya tahan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cellusys Brendan Cleary berkata, pelaksanaan oleh U Mobile menetapkan penanda aras bagi pencegahan penipuan di Malaysia dan serantau.

"Pelaksanaan ini membuktikan perkara yang boleh dicapai apabila pengendali memberi komitmen kepada pertahanan yang terbukti dan berfungsi dalam dunia sebenar, bukannya sekadar perancangan masa hadapan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, memetik hasil kajian Global Anti-Scam Alliance mendapati 73 peratus rakyat Malaysia melaporkan pernah menerima panggilan penipuan atau SMS palsu, antara kadar tertinggi di Asia Tenggara, dengan kumpulan jenayah semakin giat menyasarkan isi rumah, warga emas dan golongan rentan..

Kuala Lumpur U Mobile Sdn Bhd menyekat lebih 265 juta panggilan penipuan dan cubaan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu di seluruh negara sejak melaksanakan perlindungan penipuan peringkat rangkaian secara menyeluruh merentasi rangkaian 4G dan 5G syarikat itu setakat Disember 2025. Dalam kenyataan ....

Janji Bulan Bintang? Hati-hati, Itu Mungkin Gharar!"Dapat tawaran melabur RM1,000, esok dapat RM10,000? Nampak macam men...
29/12/2025

Janji Bulan Bintang? Hati-hati, Itu Mungkin Gharar!

"Dapat tawaran melabur RM1,000, esok dapat RM10,000? Nampak macam menarik, tapi dalam Islam, ini ada unsur Gharar (ketidakpastian) dan mungkin Maysir (judi).

Pelaburan Islamik yang sebenar memerlukan:

Masa: Bukan skim kaya sekelip mata.

Akad yang Jelas: Tahu ke mana duit dilaburkan.

Perniagaan Real: Ada aktiviti ekonomi yang dijalankan, bukan sekadar 'rolling' duit orang baru.

Jangan biarkan impian cepat kaya memakan modal titik peluh anda. Melabur dengan ilmu, bukan dengan emosi."

Resintech menang kontrak RM16.07 juta bekal paip di KembojaKUALA LUMPUR: Resintech Bhd memperoleh kontrak bernilai RM16....
27/12/2025

Resintech menang kontrak RM16.07 juta bekal paip di Kemboja

KUALA LUMPUR: Resintech Bhd memperoleh kontrak bernilai RM16.07 juta bagi membekal dan menghantar paip serta kelengkapan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) untuk satu projek kemudahan air di Kemboja.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata anak syarikatnya, Resintech Plastics (M) Sdn Bhd, menandatangani kontrak itu dengan Lembaga Bekalan Air Phnom Penh bagi Fasa 3 projek bekalan air Bakheng.

Kontrak berkenaan sah selama lima bulan bermula 26 Disember 2025 dan tidak boleh diperbaharui.

"Sekiranya tiada sebarang keadaan luar jangka, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan serta aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, sehingga tamat tempoh kontrak," katanya.

Lembaga Bekalan Air Phnom Penh bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan pembekalan air minuman kepada pelanggan kediaman, komersial dan industri di Phnom Penh serta kawasan sekitarnya.

KUALA LUMPUR: Resintech Bhd memperoleh kontrak bernilai RM16.07 juta bagi membekal dan menghantar paip serta kelengkapan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) untuk satu projek kemudahan air di Kemboja.

Salam Jumaat Penghujung Tahun 🍃"Satu lagi Jumaat telah tiba. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat-Mu sepanjang tahun...
26/12/2025

Salam Jumaat Penghujung Tahun 🍃

"Satu lagi Jumaat telah tiba. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat-Mu sepanjang tahun ini. Moga sisa-sisa hari di tahun 2025 ini membawa seribu satu kebaikan buat kita semua."

Address

2F-1F, 28 1F Precinct 1 @ Sunway Wellesley Jalan Muthu Palaniappan
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FxPro Global posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share