Prestiges AIA Takaful

Prestiges AIA Takaful Takaful Life Planner & Roadtax Renewal Agent

08/12/2021

Perkongsian dari Puan Sariyah Ismail

Saya terpanggil utk berkongsi pengalaman dalam menguruskan harta pusaka abang saya yg

KOS RAWATAN MENCECAH RM300,000 BAGI PESAKIT ICU COVID-19 DI HOSPITAL SWASTA.😱Tular di media sosial bil hospital milik se...
30/09/2021

KOS RAWATAN MENCECAH RM300,000 BAGI PESAKIT ICU COVID-19 DI HOSPITAL SWASTA.😱

Tular di media sosial bil hospital milik seorang pesakit yang berada di hospital swasta selama 46 hari dan difahamkan kos itu ditanggung oleh insurans kelompok TNB.

Kepadatan hospital kerajaan , menjuruskan kita untuk pilih hospital swasta sebagai alternatif. Tapi dengan kos sebanyak tu, simpanan yang ada pun belum tentu cukup untuk tanggung sepenuhnya.

"Tapi ada ke medical card yang cover kos rawatan asbab COVID?"

ADA!

Baru-baru ini, AIA Public Takaful mengumumkan perlindungan kemasukan ke hospital swasta akibat COVID19, sekiranya memerlukan keperluan perubatan ( stage 3 dan ke atas). Dengan kemudahan surat jaminan .

Jadi persoalannya, mana satu kita hendak gunakan?

-Debit Card, simpanan yang dikumpul bertahun-tahun.

atau,

-Credit Card, dimana perlu bayar balik selepas itu.

atau,

-Medical Card, yang akan cover dari RM150,000 sehingga RM2,000,000 setiap tahun.

Malang tidak berbau dan sakit juga tiada signal.

Bertindak segera!

KIik link di bawah dan dapatkan perlindungan buat diri, keluarga dan legasi anda.

https://bit.ly/3uny2lG
https://bit.ly/3uny2lG
https://bit.ly/3uny2lG

Alhamdulillah. Sebanyak RM1.49 Billion telah dikeluarkan untuk manfaat client-client di AIA, dalam masa setengah tahun s...
28/09/2021

Alhamdulillah. Sebanyak RM1.49 Billion telah dikeluarkan untuk manfaat client-client di AIA, dalam masa setengah tahun sahaja.

Yang paling tinggi ialah manfaat medical card, sebanyak RM1.17B. Di mana, manfaat tersebut cover kos dan bil hospital. Banyak tu.

Yang lebih menerujakan walaupun dah keluarkan manfaat sebanyak tu, AIA tetap komited bagi memastikan client dan bakal client untuk terus dilindungi dalam fasa yang bakal bertukar endemik.

Di mana, AIA merupakan syarikat pertama yang melindungi clientnya bagi rawatan Covid19 di hospital swasta. Dengan kemudahan surat jaminan.

"Yah, numbers don't lie". Jangan terus mendengar cakap orang 'takaful penipu'. Sebab bila kita sakit, bukan dia yang akan bantu untuk selesaikan kos perubatan. Right?




Penama KWSP ni pemegang amanah sahaja, beratnya tanggung jawab nya.. Tanggapan kita, penama ni adalah orangg yang akan m...
05/08/2021

Penama KWSP ni pemegang amanah sahaja, beratnya tanggung jawab nya..

Tanggapan kita, penama ni adalah orangg yang akan mewarisi duit kwsp kita, jadi kita letak la nama org tua, nama anak-anak. Bagi nama pasangan tu, ada yg letak, ada yg tak, bergantung kepada sikap dan sifat pasangan tu terhadap dirinya.

Penama bukan pewaris.

Penama ialah pemegang amanah sahaja...orang yg bertanggungjawab untuk menguruskan duit kwsp itu, untuk dibahagikan secara FARAID. Ya, duit itu akan diagihkan secara FARAID kepada waris-waris yang layak.

Jadi, duit tu bukan hak penama sahaja.

Ada orang, dia letak nama penama, pastu dia tidak bagitahu langsung kat penama. Dia buat senyap, dia rahsiakan dan bila dia dh tak ada, dah meninggal, yang si penama tak buat apa-apa sebab dia tidak tahu bahawa dia lah pemegang amanah yg dilantik si mati (arwah) utk menguruskan duit simpanan pekerjaannya.

Maka, duit tu masuklah dlm kategori harta yg tak dituntut.

Kadang lawak pun ada bila bercakap bab mewarisi duit ni...yg perempuan taknak letak nama suami sbb dlm otak dah set, nnt suami kawin lain, pastu bleh bermewah2 dgn hasil duit penat lelah keje dia...maka dia letak nama anak...anak yg dibwh umur 18, dia xbleh menguruskan harta tu smpai dia cukup umur...

Klu skrg usianya 8 tahun, maka dia kena tgu lagi 10 tahun...jadi klu bleh, JANGAN letak nama anak...

Letaklah nama seseorang yg bleh dipercayai, yg jujur dan amanah utk menguruskan duit tersebut...seseorang yg faham akan agama dan tak jahil...kemudian maklumkan tuan punya badan tu yg kita dh lantik dia sbgai penama duit kwsp kita, dan mintak dia laksanakan amanah yg diberi dgn sebaiknya...

Xpyh nak berahsia2 bab letak nama penama ni siapa...kena hebah dan hebohkan agar waris2 kita tahu siapa yg akan menguruskan duit peninggalan kita bila kita dah tiada kelak...

Semoga bermanfaat.

Kredit : Ilmu Hibah & Harta Pusaka

26/06/2021

Keperluan dan kehendak yang perlu kita fahami dalam memilih perlindungan.








Assalamualaikum, Selamat sejahtera.Dapatkan perlindungan buat diri dan keluarga serendah RM2 sehari.Daftar sebelum 30hb ...
25/06/2021

Assalamualaikum, Selamat sejahtera.

Dapatkan perlindungan buat diri dan keluarga serendah RM2 sehari.

Daftar sebelum 30hb JUN 2021 anda layak mendapatkan Manfaat Perlindungan Tambahan Covid 19.

Sekiranya positif covid 19 (walaupun kuarantin di rumah) layak mendapat :

1. RM 1000 elaun tunai
2. RM10,000 untuk kematian.




Ada yang bercadang atau sedang menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan Vaksin Covid 19? Saya nak kongsikan MANFAAT T...
15/06/2021

Ada yang bercadang atau sedang menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan Vaksin Covid 19?

Saya nak kongsikan MANFAAT TAMBAHAN PERCUMA buat semua orang.

PERCUMA Perlindungan Komplikasi Vaksin Covid-19 dari AIA PUBLIC TAKAFUL terbuka untuk semua rakyat Malaysia (BUKAN PELANGGAN AIA JUGA BOLEH REGISTER):-

πŸ›‘RM20,000 seorang bagi kematian akibat komplikasi vaksin COVID-19

πŸ›‘RM100 sehari (maksimum 14 hari) Elaun Harian Hospital bagi penghospitalan akibat kesan sampingan vaksin COVID-19

βœ… Bukan Pelanggan AIA pon boleh
βœ… Rakyat Malaysia di Malaysia sahaja
βœ… 18 tahun ke atas
sebelum amik vaccine
βœ… Mesti daftar melalui pautan ini 14 hari sebelum tarikh vaksinasi
βœ… Tarikh tutup untuk register 30 JUNE 2021.

Boleh kongsi kepada ahli keluarga, ibu ayah, pasangan, adik beradik, rakan-rakan dan saudara mara untuk dapatkan perlindungan percuma ini tanpa kos.

Cepat!!
Pendaftaran dibuka sehingga 30/06/2021

Klik link ini untuk mendaftar

https://www.rsc.aia.net.my/rsc/148150

https://www.rsc.aia.net.my/rsc/148150

https://www.rsc.aia.net.my/rsc/148150

Perlindungan sah sehingga 31/12/2021 atau had jumlah tuntutan sebanyak RM3 Juta, yang mana lebih awal.

Kalau ada yang nak dapatkan Hibah Takaful (serendah RM35) dan Medical Card ( Serendah RM75) boleh tekan link di bawah πŸ‘‡

https://bit.ly/2Sz7mjn

https://bit.ly/2Sz7mjn

Cover satu Malaysia!

06/06/2021

Kenapa yang sudah ada takaful atau insurans perlu review sentiasa polisi mereka? Sama ada yang di ambil medical card, hibah atau lain-lain produk.

Sebagai contoh, anda ambil medical card yang sudah berusia 10 tahun. Bermakna anda ambil pada tahun 2011.

Semak kembali polisi medical card tersebut. Antaranya.

1) Berapakah had tahunan yang disediakan?

2) Berapakah had 'lifetime' yang disediakan? Sekarang kebanyakan syarikat menawarkan had tanpa limit.

3) Tempoh polisi.

"Penting untuk kita sentiasa review sentiasa portfolio perlindungan kita. Supaya masih up to date dan relevan untuk di gunapakai."

Begitu juga dengan polisi-polisi lain seperti hibah, critical illness atau PA (personal accident).

Adakah masih mencukupi untuk menggantikan pendapatan, aset dan lifestyle?

Semak kembali. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk review, boleh tengok pautan di komen.



7 Langkah Asas Pengurusan Kewangan================================Selaku seorang Perunding Takaful, adalah menjadi tugas...
05/06/2021

7 Langkah Asas Pengurusan Kewangan
================================

Selaku seorang Perunding Takaful, adalah menjadi tugas saya untuk menerangkan konsep pengurusan kewangan secara umum.
Di dalam setiap pembentangan secara personal atau taklimat, saya akan mulakan dengan konsep pengurusan kewangan secara umum sebelum fokus kepada takaful.

Ia bertujuan supaya klien saya memahami bahawa takaful adalah merupakan salah satu daripada pelbagai instrumen dalam pengurusan kewangan.

Secara umumnya, asas pengurusan kewangan boleh saya simpulkan kepada 7 Langkah dan Peringkat,

1. PENDAPATAN (Income)

Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada PEKERJAAN seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?

2. SIMPANAN (Saving)

Ia menjadi TERAS kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya. Amalan perancangan kewangan yang baik memerlukan setiap dari kita agar mempunyai SIMPANAN KECEMASAN untuk menghadapi keadaan kewangan yang tidak dijangka dengan memperuntukkan SIMPANAN berjumlah 3-6 bulan PENDAPATAN kita selama sebulan. Jika pendapatan kita RM3,000 sebulan maka sebaik-baiknya kita memperuntukkan SIMPANAN sebanyak RM18,000 untuk TABUNG KECEMASAN.

3. PERBELANJAAN (Expenses)

Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;

PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN

Tetapi, yang sepatutnya ialah;

PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN

Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.

4. PERLINDUNGAN (Protection)

Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi PERLINDUNGAN kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah TAKAFUL.

5. PELABURAN (Investment)

INFLASI akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk MENINGKATKAN PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.

6. PENYUCIAN (Purification)

Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan ZAKAT untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan SUCI. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.

7. PEMBAHAGIAN (Distribution)

Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain p**a. Jadi di sinilah fungsi WASIAT dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan lancar.

HIBAH dalam Takaful boleh dijadikan wang segera untuk waris dan tidak perlu pembahagian secara faraid seperti wasiat. Dengan wang segera inilah boleh digunakan untuk kegunaan kos pengurusan pembahagian harta mengikut faraid.

Jom rancang harta pusaka sebelum ia menjadi harta puaka.

Wallahu'alam.

Kredit: Afyan



04/06/2021

Kena buat ni.

Ada sahabat yang tanya apa perlu ada dalam file personal/faraid kita.

Antara isi kandungan file (cadangan) :

1. Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Buat copy 5-10 keping setiap salinan.
(which sangat membantu sebab bila dalam keadaan kelam kabut, orang dok minta copy. Kepala dah serabut memang tak leh fikir nak photostate kot celah mana)

2. Salinan sijil nikah
(ini pun buat 5 keping salinan setiap satu)

3. Sijil kematian ahli keluarga

4. Senaraikan aset

5. Buat nota senarai hutang samada persorangan, ansuran bulanan atau loan bank. Siapa perlu uruskan? Perlu bayar pakai duit apa seperti daripada KWSP atau insurans?

6. Senaraikan insurans yang kita ambil. Untuk diri sendiri dan orang lain. Nyatakan nama agent juga.

7. Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris

8. Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank. Maklumkan kepada pasangan
(Buat list hardcopy p**a dan softcopy).

9. Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah. Nyatakan nama agent untuk dihubungi.

10. Ada aset berharga seperti emas atau barangan koleksi peribadi yang ingin diagihkan kepada penerima mengikut hasrat tertentu? Jika ada emas digadai, senaraikan di mana dan barang apa.

11. Jika ada buat pelaburan, senaraikan seperti saham, unit trust, koperasi, fixed deposit dan lain-lain

12. Passport. Penting nie sebab nanti kalau waris kita nak renew, kena bawa passport lama. Especially anak-anak.

13. Bincang dengan pasangan sekiranya berlaku kematian serentak anda berdua, siapakah yang akan menjaga dan menjadi pemegang amanah anak-anak.

Boleh tambah lagi jika rasa penting untuk pasangan kita ambil maklum. Ikut keperluan masing-masing. Ini hanyalah sekadar cadangan.

Para isteri jangan salah faham. Kalau suami tak nak buat hibah takaful, puan buat sendiri, puan bayar sendiri kalau mamp...
29/05/2021

Para isteri jangan salah faham. Kalau suami tak nak buat hibah takaful, puan buat sendiri, puan bayar sendiri kalau mampu. Macam ni penerangan ringkasnya.

1. Pemilik polisi: isteri
2. Orang dilindungi: suami
3. Penerima hibah: isteri

βœ… Jika suami meninggal dunia: isteri dapat pampasan.

βœ… Jika suami sakit kritikal: isteri dapat pampasan.

βœ… Jika suami hilang upaya kekal: isteri dapat pampasan.

βœ… Jika suami umur panjang sehingga 70 tahun, pampasan hibah tak dapat, tapi isteri akan dapat duit tunai hasil dari kematangan sijil hibah takaful.

Klik link ni untuk WhatsApp saya,
wasap.my/601126456811/HibahTakafulMurah

Saya sedia membantu anda secara online untuk dapatkan free consultation mengikut bajet anda dan penerangan lebih lanjut. 😊

Nak buat medical card pun boleh sekali.

Bonus extra : (Medical card cover rawatan Covid-19 dan side effect vaksin)

Kredit : penulis asal



APA YANG ISTERI PERLU TAHU BERKAITAN HARTA PUSAKA SUAMI?1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membu...
29/05/2021

APA YANG ISTERI PERLU TAHU BERKAITAN HARTA PUSAKA SUAMI?

1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.

2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.

3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.

4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.

5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur lapan tahun dan anak lelaki berumur dua hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur dua hari.

6. Jika suami meninggal dunia dan dua hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.

7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.

8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.

9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.

10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.

11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.

12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.

13. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, ibu bapa, anak perempuan dan adik beradik. Suami hanya meletakan nama Isteri seorang sahaja sebagai penama Hibah Takaful, maka waris-waris lain tiada hak untuk menuntut.

Kredit: Penulis Asal



Address

Prominence
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prestiges AIA Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Prestiges AIA Takaful:

Share