24/10/2021
Okay. Story telling time...
My angioplasty experience.
Selepas menunggu selama 2 bulan sejak serangan jantung pada awal Mei untuk temujanji cardiologist di Serdang, kami dimaklumkan boleh buat angio hanya pada tahun 2021, Ogos. Wow...setahun lagi.
Kami minta ke IJN tapi nampaknya tak layak untuk gunakan GL jabatan Missus. Setelah berbincang sana sini termasuk HTJ, call IJN, call Serdang semula masih tak dapat ke IJN dengan GL Missus.
Jadi pilihan adalah untuk gunakan insurans peribadi. Asalnya nak ke IJN juga, tapi memandangkan KL agak jauh kami cuba selidik fasiliti lain yang berhampiran. Pertama sekali tanya NMC (Nilai) melalui panggilan telefon. Sudah dapat costing, tapi NMC mengaku belum pernah buat prosedur stent.
Cuba selidik Columbia Asia Seremban tapi tak cukup maklumat. Kebetulan seorang kenalan yang masuk ke Columbia tiba-tiba dihantar ke IJN. Jadi saya selidik p**a KPJ Seremban, dan merujuk kepada agen insurans kalau ada maklumat rujukan.
Rakan agen maklumkan ada klien pernah buat di KPJ Seremban dan reviewnya bagus. Good news.
Saya call KPJ dan dapatkan temujanji dengan Doktor Tun Fizi Ambrose 2 hari sebelum Raya Haji lepas.
Pada hari temujanji terus berbincang bila tarikh untuk buat prosedur. Dr Tun Fizi cakap buat je minggu depan Selasa (4 Ogos). Nak tunggu apa lagi kan.
Jadi semalam hari prosedurnya.
Admit ke wad pada petang Isnin selepas insurans Prudential luluskan GL saya. Seperti biasa sebelum masuk hospital saya akan contact agen saya untuk bantu mudahkan urusan.
Doktor buat ujian ECG dan echo, kemudian saya diletakkan di wad. Malam itu staf hospital nak beri ubat tidur tapi saya refuse. Saya bukan susah tidur. Sekejap saja saya dah boleh lena.
Sebelum itu staf minta saya baca dan tandatangan consent form (borang persetujuan). Kaget juga kandungannya. Tapi saya alihkan perhatian kepada kesalahan-kesalahan ayat dan grammar untuk dibetulkan. Hahaha. Tak boleh elak, I am a proofreader.
Pagi Selasa, saya diminta bersedia untuk prosedur pada jam 2.00 petang. Saya diminta cukur lengan dan peha. Spesis banyak bulu katakan.
Bila tiba masanya saya disorong ke bilik prosedur di atas katil, dan diberikan Xanax untuk tenangkan diri.
Doktor masuk untuk mulakan prosedur, dan terangkan sekali lagi apa akan berlaku. Nervous ketika itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tawakkal dengan bismillah.
Doktor mulakan prosedur di lengan. Terasa urat ditebuk dan tiub dimasukkan. Not a pleasure. Kita skip part tiub masuk panjang ni ya.
Kemudian terasa sedikit suam bila contrast dye disuntik untuk tengok saluran darah yang tersumbat. Alat atas dada bergerak ke kanan, kiri, atas, bawah untuk mengambil gambar video.
Doktor ingatkan jangan tidur dan bernafas seperti biasa supaya mudah untuk beliau buat kerjanya. Kemudian doktor tunjukkan video di skrin di mana saluran yang tersumbat.
Doktor kata confirmed, 98-99% tersumbat. Perlu dimasukkan belon dan dikembangkan. Ada dua lagi tempat ditunjukkan tapi cuma 30-40%, boleh manage dengan ubat-ubatan.
Doktor proceed dengan prosedur stenting. Terasa sesuatu dimasukkan lagi melalui salur darah. Not something I would willingly repeat. Tahan sajalah.
Sepanjang prosedur saya memang sedar sepenuhnya. Doktor selalu bertanya kalau sakit, dan ingatkan bernafas seperti biasa, jangan tidur.
Tak lama kemudian doktor tunjuk skrin sekali lagi, di mana stent sudah dimasukkan. Salur darah yang tersumbat sudah dibuka dan darah mengalir lancar. Terasa nafas saya kembali normal. Oksigen dihantar dengan baik ke seluruh tubuh.
Alhamdulillah selesai. Kurang daripada 2 jam untuk keseluruhan prosedur.
Doktor hantar ke ICU untuk pemerhatian semalaman sebelum dibenarkan p**ang. Tak sabar nak p**ang ke rumah berehat bersama keluarga.
Doktor kata limitkan pergerakan tangan yang dibuat prosedur selama 2 minggu. Memang lebam jelas kelihatan.
Lepas 2 minggu Insya-Allah boleh aktif semula. Syukur, syukur alhamdulillah.
Rabu, sudah 24 jam pemerhatian dan saya tiada apa-apa masalah. Doktor benarkan discaj p**ang ke rumah.
Insurans diuruskan untuk discaj. Dalam 3 jam selesai proses. Insurans saya polisi lama sejak 2009. Perlu bayar ko-insurans. Kali ini saya perlu bayar RM1k daripada keseluruhan bil hampir RM30k. Polisi baru anak saya ada yang 100% ditanggung insurans.
Alhamdulillah, tak perlu menanti dan sentiasa berjaga-jaga takut berlaku serangan lagi selagi tak buat angioplasty. Sekarang perlu jaga makan dan teruskan dengan ubat-ubatan yang dibekalkan. Temujanji untuk review sebulan dari sekarang.
Saya tak sabar nak mendaki, berbasikal, berkayak dan aktif dengan English Camp semula.
Harapnya adalah manfaat daripada perkongsian saya hari ini.
Kita yang tak mampu bayar sebeban kos untuk rawatan, eloklah dapatkan takaful/insurans. Jangan dengar cakap orang lain tentang buruknya takaful/insurans. Baca dan selidik sendiri, dan cari agen yang dipercayai.
Siapa yang baik hati sangat nak bayarkan bil hospital kita? Sendiri kena tanggung.
Post ini Public. Saya izinkan Share kalau bermanfaat.
Kredit: Norhaizal Ramley
PM sekarang untuk dapatkan
sekarang sebelum terlambat.
0174688357
Kelven Soh
Perunding Takaful Anda