Al Ghufran by Kak Dila

Al Ghufran by Kak Dila Insurans Islamik Takaful patuh syariah. Pelan perlindungan patuh syariah. Melindungi semua jenis ins

Selamat tahun 2022.Semoga Allah makbulkan semua hajat dan impian.😍
01/01/2022

Selamat tahun 2022.
Semoga Allah makbulkan semua hajat dan impian.
😍

18/11/2021

ADMITED HARI NI, 18 NOVEMBER 2021
================================

Hari ni admited untuk buat angiogram. Dr nak tengok saiz jantung dan pressure yang tepat dalam paru2 sebelum start ubat baru..

Ubat ni harga kayangan.
15k sebulan.
3 bulan dah boleh keluar axia sebiji 😆😆

Syukur medical card ada..
Kalau harapkan kami yang kais pagi kais petang, mana la mampu... Mungkin terpaksa redha je hidup dalam keadaan sakit tanpa rawatan.
Sebab kat hospital krajaan pun ubat ni kena beli sendiri.

Penyakit rare, ubatan pon harga rare.
Siapa yang hidup dengan penyakit kronik tau la kos rawatan bila dah sakit... Pulmonary hypertension ni masih ramai tak tau ianya sakit apa.

Sampai ada satu makcik dr IG, dia suruh kak dila ikhtiar berurut kat satu tempat ni untuk mengandong. Dah bagi tau dah tak boleh mengandong sebab masalah jantung. Tapi dia kata ikhtiar je mana tau boleh mengandong. Nak suruh urut jantung ke macam mana tu eh makcik? 😆😆😆

Dah bagi tau jugak, bukan kak dila tak boleh mengandong, masalahnya dah 2 kali baby lahir pramatang dan meninggal. Sorang masa seminggu lagi nak cukup 7 bulan, sorang masa seminggu lagi nak cukup 6 bulan.
Lepas tu baru dapat tau ada Pulmonary hypertension.

Kalau nak jalan dekat2 pon kena bertongkatkan abang sado, Nak jalan jauh sikit kena naik wheelchair sebab jantung dah tak kuat, macam mana nak tampung baby? Kalau mengandong, ibu membawa tenaga dan kekuatan 2 orang. Untuk sorang pon jantung termengah2, bagaimana kalau berdua?

Tak pela.. mungkin ramai tak tau lagi pasal sakit ni. Kalau kanser ramai dah tau ape kebendanya tu... tau rawatan dan kesan sampingan rawatan. Sama juga, dulu masa awal2 kemunculan kanser, semua orang tak tau ale bende sakit kanser tu. Bila dah banyak pendedahan dan ilmu yang dikongsikan, budak2 pun dah tau kanser tu apa. Nanti kak dila buat video dan share pasal pulmonary hypertension ni ye.

Kalau tak panjang bebel. Its not me. Hahahha.
Ok, GL dah approve sejam tadi. Ni nurse baru call bagi tau bilik ward dah ready. Minta datang kaunter ambil kunci. Eh! 😆😆😆 Lupe p**ak bukan hotel. suruh datang kaunter bayar deposit R-m 300 sebelum masuk bilik.

Untuk siapa yang tiada Co-Takaful (deductable amount) dalam medical card, 300 ni akan dip**angkan semula masa discharge nanti. Sape yang ada Co-Takaful, tak di p**angkan semula deposit ni dan kalau Co-takaful tu lebih 300, masa discharge kena settle dulu pembayaran balance Co-takaful sebelum boleh balik.

Doakan urusan kak dila dipermudahkan ye. Semoga doa yang baik kembali kepada tuannya... Terima kasih semua! 🥰🥰


17/11/2021
16/11/2021
 5 TIPS ORANG YANG PENDAPATAN TAPI TAK TETAP!Pastikan ada bajer hiburan juga buat kita agar kita tak bosan dengan kerja ...
15/11/2021



5 TIPS ORANG YANG PENDAPATAN TAPI TAK TETAP!

Pastikan ada bajer hiburan juga buat kita agar kita tak bosan dengan kerja kita lama lama. 😁

-credit to Azizul Azli Ahmad-

15/11/2021

KISAH BENAR.

Isteri minta suami ambil takaful. Andai apa2 terjadi pada suami, isteri dan anak2 ada sejumlah pampasan hibah untuk teruskan kehidupan. Kan duit takaful paling cepat sampai ke tangan waris sebelum duit2 lain. Dan tak perlu mellaui proses pembahagian faraid.

Tapi suami melenting dan marah. Tuduh isteri gila duit, tamak harta. Bertegang urat isteri jelaskan. Tapi apakan daya, suami tetap dengan amarahnya..

Takpe wahai isteri... Educate suami anda dari masa ke semasa... Anda juga boleh ambilkan hibah atas nama suami anda.
Cross hibah pon boleh.

Sekarang tengah promosi November, HIBAH SIAKAP HARGA BILIS. Hibah 100k dengan nilai caruman 15 R-m je tau...
Klik link ni untuk maklumat lanjut.
https://linktr.ee/Kak_Dila




15/11/2021



REMOVE DEXCOM G6
==================

Kalau semalam kita dah saksikan bagaimana ibu ini memasang alat untuk monitor bacaan gula dalam darah anaknya yang ada penyakit diabetes / kencing manis.

Hari ni kita saksikan p**a bagaimana cara untuk tanggalkan alat ini setelah 10 hari dibenamkan dalam badan anaknya. Nampak kan bagaimana jarum tu bengkok.
Ngeri dan seram serta kosnya juga agak tinggi.

Walaubagaimanapun, pemasangan sensor ini adalah kaedah terbaik dan antara alat tercanggih untuk pantau bacaan gula dalam darah pesakit diabetes agar rawatan yang diberikan adalah tepat dan sesuai dengan tubuh badan pesakit tersebut.

https://linktr.ee/Kak_Dila



Address

Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Ghufran by Kak Dila posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al Ghufran by Kak Dila:

Share