24/12/2025
Saya tak merokok.
Saya tak v**e.
Saya tak minum arak.
Saya tak hisap dadah.
Saya bers**an — treadmill, gym, 3–4 kali seminggu.
Saya jaga pemakanan.
Tak ambil gula putih, ganti stevia.
Nasi sehari sekali, lebihkan sayur dan protein.
Setiap pagi telur separuh masak 2 biji.
Protein kegemaran saya: daging.
Kopi? Kurang manis atau tanpa gula.
Pendek kata, saya cuba jaga diri sebaik mungkin.
Namun akhirnya saya sedar…
Apa yang kita jaga, apa yang kita s**a, apa yang kita rasa “betul” —
semua itu bukan jaminan apa-apa.
Sebab bila Allah nak uji,
tak kira siapa kita,
tak kira gaya hidup kita,
tak kira umur kita.
Allah uji saya dengan Cancer Lymphoma Hodgkin,
sejenis ketumbuhan yang membesar dalam paru-paru.
Dalam masa lebih kurang 3 bulan sahaja,
saiznya membesar hampir 9cm.
Allahuakbar.
Saya tak salahkan takdir.
Saya tak persoalkan “kenapa aku”.
Saya percaya —
apa yang Allah beri hari ini adalah penghapus dosa-dosa semalam,
dan satu peluang untuk saya kembali kepada-Nya.
Peluang untuk bertaubat.
Peluang untuk perbaiki ibadah.
Peluang untuk hidup dengan hati yang lebih dekat dengan Allah.
Tahun 2026 bakal menjadi perjalanan baru saya —
perjalanan sebagai seorang Cancer Fighter.
Saya mohon doa kalian semua,
agar setiap urusan rawatan saya dipermudahkan,
dan Allah kurniakan kesembuhan,
supaya saya dapat kembali menjalani hidup seperti biasa.
Dan untuk isteriku —
terima kasih kerana setia menemani,
dari awal hingga ke hari ini.
Terima kasih kerana sabar dengan kerenah orang sakit.
Doa dan kasih sayangmu adalah kekuatan terbesar saya.
Semoga kisah ini menjadi peringatan —
sihat itu nikmat,
sakit itu tarbiah,
dan setiap ujian itu tanda Allah masih sayang.
🤍
Kredit : Mohd Luqman Al-hakim Nizan