14/06/2023
Alhamdulillah selesai join sharing dari District Manager HM Key Group iaitu Tuan Khairul Ezuwan.
Sharing harini adalah lebih kepada Critical Illnes iaitu Sakit Kritikal. Tuan Key ni merupakan salah seorang penghidap penyakit kritikal. Alhamdulillah beliau dah sediakan perlindungan sakit kritikal untuk diri beliau awal2. Beliau sendiri tak pernah jangka bahawa beliau akan terkena sakit kritikal. Beliau merupakan individu yang active dalam bersukan. So bila kita bersukan atau bersenam ni akan membuatkan diri kita ni lebih sihat.
Walaubagaimanapun. Seperti yang kita tahu penyakit ni tak kenal siapa kita. Tak kira pangkat dan darjat. Jika sakit tu nak datang, dia akan datang juga. Tak ada sesiapa yang boleh elak.
Kita memang tak mampu nak elak dari terkena penyakit2 kritikal atau apa jua penyakit. Tapi kita mampu untuk mendapatkan perlindungan diri bagi mendapatkan rawatan yang terbaik. As long as kita masih sihat, in shaa Allah kita boleh apply takaful ni untuk protect diri.
Maksud saya protect diri tu adalah protect income kita. Once bila kita dah terkena sakit kritikal ni, kita pasti akan susah untuk bekerja. So bila kita susah untuk bekerja ni, income kita pun akan tidak stabil. Bila income tak stabil, macam mana kita nak dapatkan rawatan ? So bila kita ada income protection ni, atleast dia dapat membantu kita sedikit sebanyak untuk maintain saving dan income kita.
Itu lah sedikit sebanyak posting saya pada harini. A good sharing dari Tuan Key pada pagi ni. Thank you so much for your sharing. Saya doakan Tuan Key sentiasa dalam keadaan yang sihat dan semoga urusan transplant Tuan Key dipermudahkan in shaa Allah, Aamiin🤲🤲